Followers

Susu Yang Sesuai Untuk Kucing

SUSU UNTUK KUCING BARU LAHIR

Susu Yang Sesuai Untuk Kucing

Masih ingat Leo ? lebih manja kami panggil Mat Yo. Ada entry pasal Mat Yo sebelum ni. Mungkin dah terpadam sebab konon nye nak kemas kemas blog, tengah syok kemas cek balik rupa nya dah hilang banyak entry. Sayang betol. Cuba nak back up balik tapi tak menjadi. Akhirnya aku pasrah.

Berbalik kepada cerita kita.

Susu Untuk Kucing

Sangat mencabar bila nak jaga anak kucing yang kematian ibu. Baru umur sehari, ibu Mat Yo mati sebab terlekat adik beradik Mat Yo yang lain. Semua adik beradik dia mati. Tinggallah Mat Yo sendirian. Bukan aku yang jaga Mat Yo ni. Aku cuma tolong tolong ma je . Ma lah yang jaga Mat Yo bagai menatang minyak yang penuh. Macam orang berpantang anak kecil, padahal anak kucing.

Sebelum ni ma beli susu untuk anak kucing baru lahir dekat pet shop Kuala Terengganu. Botol susu untuk anak kucing jugak. Ada dua jenis, besar dan kecik. Beli yang kecik sebab Mat Yo baby lagi. Susu dekat pet shop harga dalam RM 12. Sama harga dengan botol susu kecil tu. 

Bila dah besar sikit, bagi minum susu Anmum. Kebanyakan kucing rumah aku memang minum susu anmum semasa kecil. In case kalau kucing tu tak nyusu dengan ibu dia ataupun susu ibu kucing tak banyak. Bila kucing minum susu anmum, aku perhati memang cepat bijak berbanding kucing lain. Bijak bukan bermakna kucing pandai membaca menulis, tapi mudah untuk diajar. Mudah ajar dia membuang ditempat yang sepatutnya, mudah ajar dia kenal tempat tidur dia, dan dua mudah belajar dari kucing kucing yang dah senior. Kalau dia tengok kucing senior memanjat ataupun garu kayu, dia kan ikut. 

Hari tu Mat Yo makan kelkatu, Tahu apa itu kelkatu?  Lepas dia makan kelkatu tu, dia jadi macam lelah, tak leh bernafas. Kalau bernafas ada macam bunyi susah nak bernafas. Bawak pergi klinik veterinar, doktor yang selalu cek dia tak ada. Ada student praktikal. Diorang cuma bagi antibiotik dan ubat cacing sebab perut Mat Yo macam buncit. Esok nya makin teruk. Call doktor lagi, dia cakap bagi minum susu kambing, bagi dia sihat. Pergi klinik veterinar, Beli susu kambing. Fresh punya taw. Sebotol 250ml RM3. 

Sampai sekarang dia minum susu kambing. Ketagih dengan susu kambing pulak. Kalau minum tanak lepas botol dia. Kalau tarik, berebut rebut tanak lepas. 

Jadi susu yang terbaik untuk anak kucing adalah :

  1. Susu dekat pet shop.
  2. Susu Anmum 
  3. Susu kambing adalah terbaik.
Lepas ni boleh la bagi antara ketiga susu di atas untuk kucing. Susu ni sangat sesuai untuk kucing.

13 comments

  1. wah...bagus info ni...tp botol tu mmg ada mcm tu ke lela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. mmg ada botol mcm tu kak gojes

      Delete
  2. waaaa anmum eh.. high taste kucing2 ni hehehe.. ala shian nyee Mat Yo.. xpe xpe jaga bebaik nanti besaq bleh buat kawan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. mahal pulak tu susu ni. tapi nnti kucing bijak sikit laa. sel otak bersambung. ehehe

      Delete
  3. bagus bela kucing.. pahala

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiwan kesayangan nabi Muhammad S.A.W.in syaa Allah ada bahagian pahala nya

      Delete
  4. Kat mana pet shop tu? saya nk cari susu kucing tu. huhu. kena bancuh ke btw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat semua petshop ad rasenye. Dye mcm susu debu, kne bancuh mcm susu baby tu kak

      Delete
  5. Hi, i baru ambil anak kucing dalam 4/5 weeks old, right now bagi susu full cream je but ingat nak tukar to susu yang betul betul sesuai dengan anak kucing. Kalau anmum tu yang mana satu? And susu kambing fresh tu ada gambar tak brand dia or anything so i boleh cari. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu anmum yang untuk baby baru lahir tu pun dah ok dah.sye pon pakai yang tu ja

      Delete
  6. Susu kambing tu memang untuk kucing atau susu kambing manusia pun boleh? Macam susu hi goat, boleh?

    ReplyDelete