Sambungan dari Menu Berbuka Puasa Part 1 dan Menu Berbuka Puasa Part 2
Menu Berbuka Puasa 21 Ramadhan
Menu:
Black Pepper Steak
Bahan-bahan:1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Menu Berbuka Puasa 22 Ramadhan
Menu:
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
Menu Berbuka Puasa 23 Ramadhan
Menu:
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
Menu Berbuka Puasa 24 Ramadhan
Menu:
24. Soto Ayam
Bahan A1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
Menu Berbuka Puasa 25 Ramadhan
Menu:
NASI PAPRIK
Bahan-bahan:5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
26 Ramadhan
Menu:
Nasi Dagang
Bahan-bahan:5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
Menu Berbuka Puasa 27 Ramadhan
Menu:
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
Menu Berbuka Puasa 28 Ramadhan
Menu:
Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
29 Ramadhan
Menu:
Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
Menu Berbuka Puasa 30 Ramadhan
Menu:
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.
2 comments
Wow...menarik ni...da ujung2 puasa ni tktau dah nak masak apa...bole pilih menu kt sini...tq sharing...
ReplyDeleteBaru nak tanya gambar blackpepper steak tu lela masak ke, sekali nampak gambar tu ade watermark orang lain. Haaaaa, ingat lela yang masak
ReplyDeleteJemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!