Followers

Suami maut selepas tipu isteri



Suami maut selepas tipu isteri bahawa ingin menghadiri kursus sedangkan bernikah satu lagi


Kota Tinggi: Tiga maut termasuk dua beranak dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak Petron Jalan Mawai, di sini, 5 pagi tadi.
Kemalangan membabitkan kereta jenis Ford Fiesta 1.8 yang dipandu Rohayu Abas, 29, seorang kakitangan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dua lagi penumpang kereta adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan ibunya, Rokiah Abu Bakar, 52 dari Kampung Sri Aman, Skudai, Johor Bahru.
Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir tanpa muatan.
Pemandu lori cedera di mata terkena sepihan kaca.
Jurucakap polis berkata, Rokiah yang duduk di kerusi penumpang belakang dikatakan tercampak keluar menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badan.
Semua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Petikan Metro Harian

"Hari ini baru saya tahu dia berkahwin seorang lagi" Farah Fadila Faiza.27 isteri pertama Abdullah Suhaime yang terkorban bersama ibu dan isteri baru yang baru dinikahi 3 hari lalu.

"Pada ahad lalu suami ada beritahu saya bahawa dia hendak menghadiri kursus selama beberapa hari. Saya juga ada mengirim pesanan ringkas ke telefon bimbitnya beberapa hari lalu mengadu sakit kaki tetapi tidak dibalas". Kata isterinya pertama nya lagi.

" Saya juga tidak tahu ibu mertua dan 'isteri baru' ada bersamanya. Sehinggalah pagi ini (semalam) sebaik sahaja saya dimaklumkan kemalangan terbabit. Barulah saya tahu dia sudah bernikah seorang lagi". Sambung si isteri.

"Rahayu isteri kedua abang, dan dia baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka kesana 3 hari lalu". Kata adik kepada Abdullah Suhaime.

1 comments

  1. Sudah tertulis jodoh dan ajal
    Leyla dah boleh komen

    ReplyDelete