Followers

Kadet Wanita Ketenteraan Terbaik Senior (UniMAP)

IMG_0910

IMG_0917

Asyik aku berkemas barang palapes kat dalam kotak, (Cewahh, macam nak tutup kotak simpan bawah katil dah kan, mentang-mentang latihan dah habis). Terjumpa satu piala. Terimbau kenangan lama. Aku diberi satu penghargaan 'Kadet Wanita Terbaik Senior'. Tak sangka aku dapat gelaran tu sedangkan aku lah salah seorang kadet yang paling suka menuang. (Menuang bermaksud curi tulang,mengelat dan selalu menyorok belakang tandas kalau kena buat kerja).

Mungkin sebab masa tu awal-awal diberi jawatan sarjan ketika latihan kem tahunan (LKT). Jadi sarjan seawal tu buat aku pening dan terseksa jiwa dan raga. Aku tahu tu idea senior aku yang nak kenakan aku. Yelah, aku ni kan kuat menuang, selalu hilang, maknanya tak ada lah nampak muka aku di kalangan pegawai. Sebenarnya cuma malas nak tunjuk muka ni buat kerja. Biar kita buat kerja underground je. Kerja buat tapi orang tak nampak. Ye ke buat ?

Aku sangat berterima kasih dekat senior aku yang dah kenakan aku tu. Kalau tak sampai sekarang aku tak belajar apa-apa. Sekurang-kurangnya jalankan tugas sambil belajar. Yelah kalau tak dapat jawatan, aku memang menuang je lah.

Nak cerita semasa aku pegang jawatan sarjan tu, aku macam orang bodoh je tak tahu apa-apa. Tak tahu macam mana nak deal dengan kawan kawan yang menuang untuk buat kerja. Masa tu nak makan pon dah tak lalu, semua pasal model kau kena settle kan. Tapi alhamdulillah aku ada kawan kawan yang sangat bagus dan bekerjasama. Dorang siap cakap, "tak apa,aku tolong hang, jangan risau. Selagi aku ada, semua kerja settle". Haa, ni lah aku suka. Bila kita baik dengan orang,orang pun akan baik dengan kita. Alhamdulillah masa tu platun aku dapat platun terbaik dan model yang terbaik berbanding senior kami yang lepas. The best ever defence's model.  (Kapten Sharol yang cakap.Bukan aku reka cerita)

Lepas dah masuk medan, aku lagi yang jadi sarjan. Bila bermalam dalam kawasan kelapa sawit, sepatotnya aku orang yang paling belakang kena tidur. Ya Allah, masa tu aku takut sangat sebab aku ni sejak azali lagi seorang yang penakut. Tapi nasib baik aku kena tidur dengan budak perempuan kat depan sikit. Lega rasa. Tu pon tak tidur sangat sebab tidur dengan nyamuk. Biasa lah kan .

Bila dah masuk betol betol medan, kena gali kubu persendirian. Aku kena satu kubu dengan budak laki. Naib baik depa banyak tolong. Masa tu lagi penat nak kena pastikan semua anak buah dapat makan, dapat minum, keadaan baik,buat kerja elok. Seriously mental masa tu, cuaca panas yang amat sangat. Kami kena gali kubu tengah tanah lapang atas bukit. Pokok nak berteduh ada, tapi jauh. Masa tu lah boleh tengok siapa yang selalu menuang. Sebab masa tu aku pon menuang lagi . Menuang sambil buat kerja laa. Mula lah ada yang terpekik menyesal masuk palapes. Lepas tu semua pakat doa nak redup. Tuhan bagi hujan selebat lebat nya sampai kan air penuh dalam kubu. Baru masing masing menyesal. Menyesal pun dah tak guna. berhujan lah sampai ke malam. Makan nasi pun berkuahkan air hujan.

Malam tu kami tidur dalam kesejukan. Menggeletar sejuk hingga ke tulang. Tu lah sejuk yang aku rasa paling seksa dalam hidup aku selama 21 tahun ni. Nasib jurulatih masih berperikemanusiaan. Semua pakaian dia bagi kami untuk selimut. Tu pun sejuk lagi. Dibuatnya unggun api. Kami tidur keliling unggun api, muka kaki dah pedih kena api, tapi badan tetap menggigil.

Esoknya aku baru lepas jawatan. Aku jadi kadet biasa, petangnya aku kena pegang jawatan Lans Koperal, hari terakhir tukar pangkat jadi Krew Mortar pulak. Hidup aku tak lepas dari jawatan. Memang kena buli betol lah. Tapi buli yang berpelajaran.

Sungguh pengalaman ni sangat bermakna. Takkan aku lupakan sampai bila bila. Bukan niat dihati nak show off ataupun menunjuk yang aku ni hebat dapat piala atau apa sekalipun. Cuma sedikit pengalaman untuk dikongsi walaupun askar sebenar akan gelak dan ejek aku bila baca entry ni. Sebab benda kecil kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sertai perang dan operasi yang lebih hebat. Tapi cukuplah untuk mengisi ruang minda dan hati supaya aku lebih cekal menempuhi liku kehidupan. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk junior yang bakal menyertai palapes ni.



Baca yang berkaitan  :

10 comments

  1. wah..aktif dan bersemangat leyla

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, semangat sebab terpaksa kak kt

      Delete
  2. Nice entry, keep it up..tahniah sebab dapat piala lagi. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee. terima kasih. in shaa Allah

      Delete
  3. mak dara mcm akk, dh x kuat dah.hehehe

    ReplyDelete

  4. Sarjan,

    Harga jerih perih tu mahal, ramai yang nak ulang balik zaman dulu, tapi rasanya ni sarjan dah lalui dgn puah hati lah ye tak.Teruskan dengan semangat berjuang tu, juga semangat menuang.


    yang ikhlas,
    penulis nota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. ye la fr. penat lelah tu sekali ja. nak suruh ulang tu kena pikir dua tiga kali la pulak

      Delete
  5. aduhhh... terimbau kenangan zaman sekolah dulu.. akak pun aktif kadet ni.. muka sunburn tak payah cakap arr... dari jauh dah boleh kenal siapa kadet siapa tak... hahahahaha..!! :)

    apapun tahniah Leyla... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunburn tu paling tak suka. tapi tetap tak boleh nak lari sebab lela suka main panas. tak suruh pun lela pi main jugak. hehehe mekasih kak ain

      Delete