ALHAMDULILLAH. Pada hari ini aku masih berpeluang berjumpa dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan ramadan. Di setiap doa yang kita panjatkan, ada satu doa dengan penuh harapan. Agar kita boleh berjumpa lagi bulan Ramadan. Bulan yang penuh ganjaran dan kemuliaan.
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.Sungguh suci orang-orang yang menunaikan ibadah puasa di sisi ALLAH.
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
Sumber : http://cahayapurnama.com/
Terbukti mulia nya hari hari di bulan Ramadan. Dikesempatan ini, saya aswaleyla dari aswaleyladotcom mengucapkan selamat berpuasa dan memohon maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan lalu agar kita dapat menjalankan ibadat puasa ini dengan sempurna. Ameen...
0 comments