Followers

#Cabaran20Hari Apa erti puasa bagi anda?

Apa erti puasa bagi anda anda dan anda ? Seperti yang sedia maklum
Puasa merupakan terjemah dari shoum (bahasa Arab) yang berarti menahan diri dari sesuatu. Sedangkan menurut istilah puasa adalah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa dimulai dari terbit fajar (subuh) sampai terbenam matahari (maghrib).
Pengertian puasa ini telah diterangkan dalam firman Allah surat Al-Baqarah (2) ayat 187

Tapi takkan menahan diri dari perkara membatalkan puasa sahaja. Macam mana dengan perkara perkara yang tak membatalkan puasa tetapi mendatangkan dosa kepada kita. Sedangkan dibulan mulia ini kita berebut nak tambah pahala. Maklumlah pahala berlipat kali ganda di bulan ramadhan.

Bagi aku, selain dari pengertian diatas, ada lagi erti puasa yang lain. Menjaga pertuturan, menjaga pandangan dan menjaga pendengaran daripada mendengar perkara yang tidak berfaedah. Menjaga pertuturan dengan tidak bercakap perkara yang sia sia seperti mengumpat dan mencarut. Menjaga pandangan dengan tidak melihat perkara yang tak elok seperti  lucah dan sebagainya. Kadang kadang media banyak tayangkan gambar tak elok ni, jadi tak payah lah tengok, mungkin tertengok, lepas tu tutup la. Jangan la perhati lebih lebih. Menjaga pendengaran dengan tidak mendengar perkara perkara lagha seperti mengumpat dan mendengar lagu lagu yang tidak mendatang kan faedah. Dengar nashid dan zikir sangat digalakkan.


Next, pengertian puasa bagi aku membaiki kekurangan diri dalam segi agama. Kalau dulu solat tak cukup 5 waktu, kita cuba cukupkan 5 waktu. Ibadah puasa tak diterima tau kalau solat tak cukup 5 waktu. rujuk kat sini Puasa Tapi Tak Solat.Lepas tu hadirkan diri ke solat terawih. Masa ni la nak buat amal banyak banyak. Bukan bulan puasa sahaja sebenarnya, setiap hari kena buat amal. Tapi kita cume manusia biasa yang mengharapkan pahala yang berganda, Ye idok ? Lagi, cuba cukupkan apa yang tak cukup, lebihkan apa yang kurang dalam agama. 

Gunakan lah masa di bulan Ramadhan ni dengan sepenuhnya. Peristiwa 1 Ramadhan cukup membuatkan aku bersyukur sebab masih diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan. Tengah hari 1 Ramadhan aku keluar merempit dengan ayah aku ke kedai ma. Dalam perjalanan nampak bas dengan cermin bahagian pemandu pecah teruk, bumper dah kemek. Ayah perlahan kan motosikal, depan sikit daripada bas tersebut, di laluan aku, ada darah mengalir, banyak ! macam tumpahan cat 2 botol! Rupa nya bas tu kemalangan dengan sebuah kereta.Mungkin silap pemandu kereta kerana memotong dikawasan selekoh. Pemandu tu meninggal ! Al fatihah. Pemandu kereta tu pelajar ! umur lebih kurang aku ! YA ALLAH ! kasihan, tak sempat berbuka puasa 1 Ramadhan, dia sudah pergi buat selamanya. Dia cuma berjumpa Ramadhan tahun ini selama beberapa jam. Sayu hati aku . Bersyukur aku masih berjumpa 10 Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah YA ALLAH. Kau pertemukan aku dengan Ramadhan hari esok dan tahun tahun seterusnya, AMEEN ~



Entry berkaitan 


3 comments

  1. selamat berpuasa leyla..n selamat menyahut #cabaran20hari

    ReplyDelete
  2. Suka tgk cerita Korea tak? ...seksi tuu baik lelaki maupun gegeirl dia..huh ! hilang pahala posa..

    (tutup jer tv habis cerita) .

    Syukur kita masih dipertemukan dgn Ramadhan kali ini. Selamat berpuasa Lela.

    ReplyDelete
  3. he he he....

    jangan bergosip kurang juga pahala puasa...

    ReplyDelete