Followers

Cara Melatih Anak Untuk Berpuasa

Cara Melatih Anak Untuk Berpuasa


Aku memang tak ada anak lagi sebab belum kahwin. Tapi aku ada pengalaman menjadi kanak kanak yang baru mula belajar berpuasa. Kat sini aku nak kongsi sikit macam mana cara mak aku buat untuk ajar aku kenal apa itu puasa. 

1. Ajar niat puasa dengan kaedah nyanyian. Kenapa ? sebab dengan kaedaan nyanyian, senang anak anak nak ingat niat puasa. Lagi satu sebab, bila nyanyian tu happening, mesti anak anak pon happening nak belajar berpuasa.

2. Ajaklah anak-anak makan sahur bersama keluarga, ini untuk membiasakan diri agar mereka dapat memahami waktu sahur. Pastikan mereka bersahur untuk dapatkan sumber tenaga.

3. Menu makanan sahur dibuat sesuai dengan kesukaan anak. Tanya mereka menu untuk bersahur. 

4.  Di siang hari jika anak kita merasa lapar dan tidak boleh menahan lapar, biarkan mereka makan pada tengah hari . Dan pujuk anak bagitahu dia dah berjaya puasa setengah hari, esok lagi setengah hari. minggu depan dah boleh puasa penuh sehari.

5. Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sangat gemarkan permainan dan menonton kartun. Oleh itu, galakkan mereka untuk menonton rancangan kartun berunsur keislaman seperti Upin dan Ipin yang banyak memberi teladan dan pengajaran

6.   mengelak anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka.

7. Berikan motivasi dan penghargaan kepada anak-anak jika mereka berhasil berpuasa satu hari penuh. Penghargaan boleh dari segi wang saku dan menu kesukaan untuk berbuka puasa.

8. Berbuka dengan menu pilihan anak anak.

9. Dulu aku selalu nangis nangis nak berbuka puasa bila ada lagi 1 2 jam waktu berbuka puasa.
    Cerita mak aku bagi untuk semangat aku :
" Kita baru puasa sehari, dah lapar nak berbuka. Cuba k.na tengok kucing yang kena buang tepi jalan tu, bukan sehari tak makan, tapi berhari hari. Dia kecik tapi boleh tahan makan, k.na yang besar dari kucing ni takkan tak leh tahan, sikit lagi nak bukak puasa"  
Aku pon sampai nangis2 pulak sebab sedih ingatkan kucing kena buang tepi jalan tu. kekekeh.

Cerita kedua :
"tengok dalam tv tu, budak budak besar k.na jugak, tak makan banyak hari. Tapi diorang juat je tahan lapar. Tak nangis pon macam k.na. Kejap lagi boleh la makan "
Sampai sekarang aku ingat cerita ni. Kucing pon jadi cerita. Sebab aku kan kawan dengan kucing je time kecik kecik.

10. Pastikan anak anak tidur awal untuk bangun sahur pada keesokan harinya pulak.

0 comments