#Cabaran20Hari Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas Yang Aku Amal Ketika di Universiti
Pengalaman berpuasa di negeri orang dan secara bersendirian sangat mencabar walaupun muka tak tunjuk pun itu adalah sesuatu yang susah. 5 tahun berpuasa di sekolah menengah tak cukup mencabar berbanding dengan perpuasa di universiti. Sebab masa sekolah menengah, pihak dewan makan dah sediakan makanan untuk bersahur. Kita cuma bangun dan turun makan sahaja. Sahur pun kawan kawan yang kejut. Kadang kadang tu siap buat announcement, pasang zikir pagi pagi buta. Mana tak nye tak bangun.
Tapi berpuasa di universiti, semua atas bahu sendiri. Nak bangun sahur ke tak. Nak cari makanan kat mane, Nak makan apa . Nak masak ke macam mane. Nak bangun pukul berapa. Semua tu kena pikir sendiri. Tetapi biasa nya orang perempuan ni tak kisah bangun sahur ke tak. Apa lagi remaja macam aku ni. Kalau boleh nak tidur je. Malas nak bangun sahur.
Mak aku memang tak boleh kalau aku tak bangun sahur. Ma bimbang takot aku kena gastrik. Pernah ada pengalaman tapi tu pon lepas raya dah. Muntah muntah macam orang mengandung. Aku bimbang mase tu. Walaupun tak pernah buat benda terkutuk tu, tapi tetap bimbang. Hahaha .
Ma akan kejut aku bile waktu sahur. Ma call sampai aku bangun. Terpaksa lah aku bangun sahur walaupun tak ada nasi yang terhidang.
Nak tahu aku makan apa ?
Cuma 11 biji kurma dengan air kosong ataupun segelas air susu . Tapi cukup untuk beri tenaga kepada aku sepanjang sehari puasa. Tip ni ma lah yang ajar. Dia suruh aku beli kurma letak kat bilik . Tak pun roti. Tapi aku lebih amalkan kurma sebagai makanan sahur. Tip ni ma dengar dekat corong radio rasanya. Mulanya aku memang tak percaya. Macam mana kurma boleh beri tenaga dengan cuma 11 biji, sebab perut aku ni sebesar tong. Tapi bila aku cuba, betol ! Aku tak rasa lapar langsung. Ini bukan entry iklan kurma yusoff tayyob ke apa ye. Ini entry perkongsian ikhlas dari hati .
Jadi kepada penuntut yang masih berjuang di universiti tu, boleh la cuba bersahur dengan buah kurma dan air kosong ja. Tak perlu membazir keluar beli nasi 2 pinggan untuk bersahur. Kurma da cukup memberi tenaga kepada tubuh badan kita. Lagipun kurma kan makanan sunnah. Nabi kita sendiri pon amalkan cara bersahur yang sama. Kurma dan air zam zam. Tapi kita ni mana nak cari air zam zam kan. Air kosong pon dah memadai. In shaa Allah.
13 comments
Wah lagi senang kan...
ReplyDeletesenang dan simple k.SA
Deletestok kurma memang kena sentiasa ada untuk masa2 kecemasan
ReplyDelete#clickclicknufnang
betol tu k.azi. wlaupun bukan bulan puasa
DeleteBetul.. tak cuba tak tahu.. ;)
ReplyDeletebetol3. patot cube ni.
DeleteSalam bonde kalau puasa ganti atau sunat,
ReplyDeletemakan kurma dgn air jer.. nak share :
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html
kalau puasa ganti lg la tak masak bile sahur
Deleteeh....kt sini pun xde gmbar makan lah
ReplyDeletekite mkn kurma je. xde mknn best
Deletemakanan sunnah kan leyla .Alhamdulillah .
ReplyDeletehehe. ye k.ana. alhamdulillah
Deletesamelah leyla....akk pun rasa makan kurma masa sahur boleh jadi sumber tenaga sepanjang hari.... akk kalau nak sahur ringkas, akk suka oat + susu segar + serbuk koko... sedap jugak :D hehehehe dan tenaga dari oat macam kurma jugak..tahan sepanjang hari :D
ReplyDelete