Followers

Cara buat Mirepoix untuk baby

Bila baby Afeeya dah makin besar, makanan pun dah nak kena perbagaikan. Bulan ni dah masuk 6 Bulan, jadi Leyla dah start buat mirepoix ni untuk tambahkan perasa dalam makanan afeeya. 

Apa itu Mirepoix? 

"Mirepoix (cara sebutan: meer-PWAH) adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak. Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan." 

Cara nak masak Mirepoix ni senang je Dan gunakan 3 bahan sahaja. Bawang Holland, carrot & saderi. 


Ratio dia sebanyak 2:1:1. 


2 bawang Holland: 1 carrot: 1 saderi. 

Cara nya potong dadu semua bahan diatas, masukkan 1 kiub unsalted butter dalam kuali panas, guna olive oil atau palm oil pun boleh juga. 

Tumiskan kesemua sayur diatas sehingga layu. Bau dia wangi semerbak 1 rumah sampai kan Iqbal masuk dapur tanya masak apa sedap sangat bau. Dia ingatkan masak untuk dia. >,<

Kalau belum layu boleh tambahkan sedikit air. Bila air dah kering dan sayur dah layu, blendkan kesemua sayur tadi sehingga hancur. 


Hasil tumis. 

Blend sehingga halus. 


Bila dah siap blend. Masukkan kedalam silicone ice cube Dan bekukan dalam freezer. Yang warna Oren pekat tu puree pumpkin yang Leyla dah bekukan. Mirepoix Yang warna kuning sikit tu.  Bila nak masak, ambil je 1 atau 2 kiub untuk masukkan dalam masakkan. Mirepoix ni tahan selama 3 bulan dalam freezer. Jadi mommy boleh buat banyak-banyak. Biasa pun buat untuk 1 minggu je paling lama kan. 

Masakkan apa Yang boleh guna Mirepoix ni? Semua Jenis masakkan. Nak masak bubur nasi, sup Ayam, masak lemak, tomyam atau apa-apa saja masakkan boleh guna Mirepoix. Mommy boleh lah cuba buat nanti untuk sedapkan lagi masakkan baby. 

Next nak buat chicken feet stock (CFS) pulak. Lagi sedap dan berkhasiat untuk baby. Kaki ayam kan banyak khasiat dia. Nanti leyla share dalam ni jugak ya. 

Apa khasiat mirepoix ni ? 

Bawang
-Menambahkan rasa sedap dalam makanan
-baik untuk kesihatan jantung, meningkatkan sistem imuniti serta tinggi vitamin C.
-meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap zat besi dari makanan.

Carrot
-sumber serat, kalium, vitamin A, C dan B yang hebat, bahkan kaya dengan beta-karoten.
Nutrien ini menjadikan ia bermanfaat untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh bayi, menyokong fungsi hati, meningkatkan kesihatan mata, serta membantu melawan jangkitan.
-Sayuran akar seperti lobak merah juga membantu menghalang pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan membantu sel sedia ada dalam luka penyembuhan.

Saderi
-saderi mengandungi quercetin – flavonoid dengan sifat anti-radang yang membantu melindungi jantung.
-Sumber vitamin A, C, K, antioksidan, kalium, dan zat besi yang membantu mengatur tekanan darah di samping meningkatkan proses perkembangan bayi secara umumnya.

Ok mommy, selamat mencuba ya. 

8 comments

  1. Kira macam perasalah untuk masakan baby ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu WP. masuk je dalam apa masakan baby, konfem bau semerbak.

      Delete
  2. ni dapat reneh dalam sup tulang pun sedap ni leyla semerbak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. nanti leyla try reneh buat sup tulang.

      Delete
  3. rasa macam kena study balik semula nak bagi baby makan. haha. last tinggalkan 4 tahun lepas wahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee. sekarang banyak menu2 best untuk baby. banyak resepi homecook best2 dorg share dekat tiktok n ig. senang dah sekarang tak macam dulu

      Delete
  4. mmg kena guna bawang holland ya leyla? bawang bombay tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak. mungkin sebab bawang holand ada manis-manis dan tak pedas berbanding dengan bawang bombay yang rasa dia pedas2.

      Delete