Followers

Mengapa Perlu Biarkan Bayi Makan Comot 'Messy Eating'

 Mula perkenalkan makanan pejal pada Afeeya, leyla dah biarkan dia bermain dengan makanan ataupun makan secara 'messy eating'. Tapi cuma dirumah, bila dekat taska, leyla percaya yang teacher dia suap macam biasa. 

Berterabur, bersepah tu perkara biasa. Mama kena banyak sabar, take turn untuk bersihkan eating area Afeeya. Biasanya bila leyla dah suapkan afeeya, iqbal yang akan bersihkan eating area Afeeya. Kalau iqbal busy, leyla akan lap bahagian atas dan lantai iqbal akan mop lepas tu. Tapi banyak nya iqbal yang settle kan semua sebab lepas Afeeya makan, nak kena basuh tangan mulut kepala semua dan tukarkan baju dia. Lepas dah tukar baju dia mintak susu, bila leyla dah susukan dia, iqbal la yang kena settle kan meja makan. 

Banyak manfaat Messy Eating ni. 

1. Ransangan sensori yang kuat. 

Bila baby mula bermain dengan makan, secara tak langsung akan beri rangsangan sensori pada tangan melalui texture makan yang dipegang. Secara tak langsung dia akan merangsang otak bayi untuk proses dan bertindak balas. Bila dia dah mula ramas-ramas makanan dia, otak dia berfikir dan ambil masa untuk makan sebab fokus pada makanan yang dipegang. Kena banyak sabar tunggu dia habis makan dan main. 

2.Belajar makan sendiri. 

Bila baby mula memegang makan dengan tangan, secara tak langsung dia akan bawa makan kemulut dan makan. Kebiasaannya baby akan ambil apa saja yang jumpa dilantai, bila makanan depan mata, baby akan buat benda yang sama, jadi secara tak langsung dia kan belajar makan dengan sendirinya. 

3.Mengelak masalah sensori. 

Bila baby banyak terdedah dengan jenis texture yang berbeza, deria pada bayi akan lebih sensitif dan baby senang nak adapt persekitaraan. Lagi merisaukan kalau baby tak nak sentuh makanan dan rasa geli bila sentuh texture berlainan. itu tanda deria baby kurang sensitif. Kena banyakkan buat sensori aktiviti. 

4.Menarik minat baby untuk makan. 

Sebenarnya waktu makan baby adalah waktu bermain bagi baby. Jangan terlalu strict semasa suap baby makan. Baby makan bukan untuk kenyang kerana baby makan dengan jumlah yang sedikit sahaja. Selebihnya untuk bermain, ini kerana baby masih bergantung kepada susu yang diminum, makan solid hanya lah sebagai pelengkap di peringkat awal. 

Perkara yang tak boleh buat semasa Messy Eating.

- Merampas sudu atau menarik makanan dari tangan baby

-Buat reaksi ketika baby membaling makan atau sudu. Sebalik kita perlu tenang dan senyum, sebab baby suka pada reaksi, bila kita buat muka marah tau membebl, baby akan terus ulang perbuatan tu sebab mahukan reaksi dari ibu. 

-Jangan main henfon semasa baby makan, selain dari kena allert daripada terjadi apa-apa ketika baby makan, baby juga perlukan perhatian dan dorongan kita untuk makan, kalau kita menghadap henfon, baby pun bosan dan tak berminat untuk makan. 

-Mengambil tisu atau tuala ketil dan mengelap bahagian meja. Sepatutnya kita biarkan saja baby main dengan keadaan comot.

-Jangan lap mulut dan kepala baby bila comot dengan makanan, biarkan sehingga selesai sesi makan, baru lah basuh comot-comot tu. 

Perkara yang perlu dilakukan ketika Messy Eating

-Biarkan baby dalam keadaan comot dan explore makan didepan mata nya. Otak bayi sedang bertindak balas dengan situasi tersebut. Jangan risau, good result akan dapat di akhirnya. Cuma makan masa sikit. 

-Tunggu hingga akhir hidangan untuk membersihkan baby. 

-Mandi lepas makan, biasa nya kalau Afeeya dah comot sangat leyla mandikan je terus. Tapi cuma light bath. Bukak baju seluar dan diapers, tapi sabun bahagian yang kotor sahaja, jangan la malam-malam sampai mandikan 1 badan. Lepas tu basuh pee pee dia dan tukar diapers dan baju baru. Baru lah dia selesa untuk tidur. Konfem minum susu terus tidur. 

-Basuh tangan dan mulut secara perlahan. Jangan rub mulut baby terlalu kuat. Lebih elok kalau letak air dalam mangkuk dan basuh tangan macam orang-orang zaman dulu. Lepas tu lap perlahan mulut. Kalau afeeya dia ambil peluang untuk tap tap kan air sampai terpecik, sudahnya mama bukak baju seluar dia dan tukar baju baru sebab dah basah. 

Ok, lepas ni boleh la spent masa lebih sikit semasa makan bersama baby, seronok tengok dia makan dan seharusnya kuatkan kesabaran bila tengok keadaan bersepah. Lama kelamaan baby akan lebih kemas dan pandai makan sendiri. Boleh mulakan seawal 6 bulan atau pun 9 bulan. 

Semoga bermanfaat mommy!

4 comments

  1. Seronok yaa Afeeya messy eating. Tapi betul lah, nak biar anak makan sendiri ni memang perlu sabar yg tinggi supaya dapat kebaikan2 messy eating yg macam leyla share tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. tinggi sgt kesabaran nya kak. kadang kecik besar2 je tgk. nak marah. tapi kena sabarrr

      Delete
  2. comot ms ni x pe... jgn dah bsr nnt mkn pun comot mmg nk kena cubitlah gamaknya...

    amboiii afeeya tu mkn buah dragon ke...mandi?😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. moga besar2 nanti pandai makan sendiri. konfem aunty, lepas makan konfem kena mandikan dia 1 badan terus

      Delete