Hai.
Dah hari ke empat tahun 2023, muka surat 4 lah kan. Baru ada kesempatan nak update. Setiap kali tahun baru mesti ada aza, baru atau azam lama yang dibawa ke tahun baru kan? Rupanya dah lama tak selit azam dekat blog. Tahun-tahun sebelum ni berlalu cepat sangat kan sampai tak sempat nak fikir azam.
Apa azam tahun 2023 leyla?
1. Update blog lebih kerap. Macam biasalah azam ni setiap tahun pun ada tapi tengok lah sekerap mana je update. Hehe, tapi berazam tu penting jugak kan. Blog ni in shaa Allah leyla nak convert kan kepada lifestyle & parenting blog, lebih banyak perkara-perkara parenting terutamanya perkembangan Afeeya dekat sini. Dekat blog la leyla simpan cerita-cerita yang lebih panjnag dan detail. Kalau dekat ig ke facebook cuma caption-caption pendek sahaja, nak tulis lebih-lebih risau orang cakap menunjuk pulak nanti.
2. Saving. Nak buat saving lebih banyak, nak plan balik income dan outcome. Sebab bukan jenis yang berjimat cermat, nak buat saving ni adalah benda yang paling payah bagi leyla. Kena kuatkan iman kuatkan hati untuk ada saving macam orang lain. Doakan berjaya ya.
3. Aqiqah afeeya. In shaa Allah plan aqiqah untuk afeeya bulan 6 nanti sekali dengan sambutan hari lahir dia sekali. Ini bukan lah 1 azam tapi cuma checklist untuk tahun ni. Tapi selitkan sekali dekat sini.
4. More healthy. Healthy dari segi mental dan fizikal. Sebab baru lepas bersalin, badan cepat sangat penat dan sakit-sakit. Macam mana nak jadi healthy person? hmm kena study lagi bab ni.
5. More family and ibadah time. Makin lama kita akan rasa jarak kita dengan pencipta makin jauh, bila kita tersedar tu, cepat-cepat kena pulihkan semula, perlahan-lahan cari balik mana yang kurang. Bila kita dah pulihkan hubungan dengan pencipta in shaa Allah hubungan kita sesama manusia pun lebih senang dan dekat.
6. Staycation? need once at least. Nak tenangkan diri dari kesibukan kerja dan rutin harian. Nak bawak Afeeya jalan-jalan juga luangkan masa dengan dia. Lepas je kahwin memang life rasa sangat laju sampaikan tak pernah lagi kami bercuti bersama. Mungkin dah sampai masa untuk slow down kan kesibukan harian. Kena cari weekend yang boleh spent well dengan family kecil.
okay itu saja lah yang leyla senaraikan. Nak senaraikan banyak-banyak takut tak tercapai. Selamat tahun baru semua! semoga azam dan harapan untuk tahun baru korang tercapai juga. Happy new year! Welcome 2023.
5 comments
insyaallah...semoga tercapai semua apa yang awak azamkan
ReplyDeleteameen. in shaa Allah. selamat tahun baru ammi
DeleteSelamat tahun baru...semoga dipermudahkan mencapai niat-niat yang baik tu.
ReplyDeletemudah-mudahan tercapai semua yang dihajati. aminnnn selamat tahun baru ;-)
ReplyDeletebetmatik
ReplyDeletekralbet
betpark
tipobet
slot siteleri
kibris bahis siteleri
poker siteleri
bonus veren siteler
mobil ödeme bahis
NZNDX4