Followers

RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI CONFIRM SEDAP

 Assalamualaikum. 

Dah lama tak update resepi dekat blog. Now nak kongsikan resepi nasi ayam ala hainan mix style sendiri. Disebabkan tengah berbadan dua, selera dia pun mix. Biasa nya nasi ayam hainan ayam nya rebus sahaja kan, tapi sebab leyla tak berapa boleh makan ayam yang basah-basah macam tu. Jadinya kena goreng ayam tu style sendiri. Sayur juga biasa nya taugeh kan, tapi ini sayur melayu style sahaja salad dan timun jepun. 

Untuk nasi ayam paling first kena rebus ayam terlebih dahulu untuk dapatkan sup stock ayam untuk step seterusnya. 

Bahan rebusan ayam: 

1. Setengah ekor ayam

2. Halia 1 inchi (potong nipis)

3. 1 kuib ayam

4. stock ayam maggi (optional kalau tak ada pun tak apa)

5. 2 Sudu minyak bijan (ini yang buat nasi ayam lebih sedap, wangi dan lain dari yang lain)

Rebus ayam sehingga empuk atau separa masak, pastikan air rebusan melebihi paras ayam atau lebihkan. Air rebusan lebih tak apa. 

Bila dah masak ayam, angkat ayam dan masukkan dalam bekas lain bersama sedikit ais. Ais tu bertujuan untuk menghentikan proses masak pada ayam. Air rebusan jangan buang. 

Next masak nasi dulu. Bahan-bahan:

1. Beras

2. Halia ( hiris nipis)

3. Bawang merah 1 biji (hiris nipis)

3. Daun pandan (optional)

4. Titiskan sedikit minyak bijan

5. Air rebusan ayam tadi 

Lepas dah basuh beras bersih. Tumiskan bahan tadi dengan sedikit butter atau olive oil. Bila dah naik bau dan keperangan, masukkan beras. Goreng sekejap selama 2 minit macam tu, masukkan dan rice cooker dan gunakan air rebusan ayam untuk masak nasi. Letakkan secubit garam. Ok dah boleh masak nasi macam biasa. Kalau ada daun pandan, masukkan daun pandan nak bagi wangi. 

Okay next buat sambal lada. Iqbal memang jenis makan pedas, dan leyla sejak mengandung, anak dalam perut ikut bapaknya, asyik nak makan pedas je, jadi sambal lada ni leyla buat pedas. 

Bahan-bahan:

1. Segenggam cili (agak-agak ikot tahap pedas yang kita nak)

2. 1 Biji lada besar

3. 1 atau setengah  Biji tomato ( kalau taknak pedas pakai 1 biji)

4. Sedikit perahan limau nipis

5. 1 Senduk air rebusan ayam

6. Sedikit garam & perasa

Blend semua bahan ni sampai hancur dan nampak texture macam sambal nasi ayam tu. Done. Guna air rebusan tau jangan guna air biasa nanti kurang sedap. 

Lepas tu lebihan sup tadi panaskan sampai mendidih balik, masukkan garam & perasa secukup nya. Masukkan minyak bijan sikit dan tabur dengan daun sup dan juga bawang goreng. Siap part sup. Sup kosong ja, kalau nak tambah ayam boleh je tambah kaki ayam ke, leher ayam ke kan. 

Last sekali kicap & ayam. Ayam tadi leyla gaulkan dengan kicap manis, guna kicap masin pon boleh. Leyla lebih prefer kicap manis, nnti goreng dia berkaremal.  Agak-agak kicap tu jangan banyak sangat, cukup untuk lebihan nanti nak buat kicap tu je, dalam setengah mangkuk kecik. Masukkan minyak bijan, agak-agak dalam 2 3 sudu. Gaul ayam tadi bersama kicap dan minyak bijan. Perap sekejap, bagi kicap tu rata dengan ayam, then goreng sekejap ikot garing mana yang kita nak. Nanti akan jadi macam berkaremal sikit. Lagi sedap, bau pun wangi ja. 

Then lebih kicap dari goreng ayam tadi boleh la letak dalam mangkuk untuk dimakan bersama nanti. Dah siap goreng boleh la hidang kan bersama nasi, salad, timun & tomato. Siap lah nasi ayam style sendiri. Kami memang suka letak minyak bijan tu dalam masakan, jadi lebih wangi dan sedap. Biasanya dalam sayur goreng atau sup memang tambahkan minyak bijan. Rasa dia ala-ala chinese style sikit. 


Selamat mencuba dan menjamu selera semua. Sekejap je nak siapkan nasi ayam ni sebenarnya. Tak rumit sangat, kunci dia gunakan air rebusan ayam tadi untuk semua benda konfem akan terhasilnya nasi ayam yang setanding dengan kedai. Masak sendiri lagi sedap sebenarnya daripada beli dikedai. Jangan lupa cuba ya. Bye.

Thanks for reading this entry !

3 comments

  1. Menarik olahan resipi nasi ayam ni. Boleh cuba nanti. Terima kasih share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba nanti kak hehe. sama-sama :)

      Delete
  2. tgk gmbr pon sedapp 👍👍

    ReplyDelete