Vaksin Locky di klinik verterinar Puncak Alam| Hujung minggu lepas kami pergi vaksin kucing di Kitty's Cottage Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Alam. Awal nya nak pergi Klinik Dr Zul Erwan Sungai Buloh tapi sebab booking last minit, jadi penuh.
Minggu depan nak balik kampung Terengganu, kucing dekat kampung banyak yang kena demam selsema sebab cuaca dekat sana sejuk, jadi kena hantar Locky vacsin jugak takut berjangkit dengan kucing lain. Tak jauh sangat dari rumah klinik Kitty's Cottage ni. Boleh walk in je untuk vaksin, mudah la sikit kan tak perlu nak booking awal.
Sabtu petang lepas balik kerja, makan tengah hari, rehat kejap baru keluar vaksin. Kalau tak silap boleh walk in pukul 10-1, pukul 2-5 petang. Bila masuk klinik, ramai juga yang hantar kucing untuk divacsin. Macam-macam jenis kucing pun ada. Tunggu giliran agak lama juga sebab banyak kucing yang tengah tunggu turn.
Bila sampai turn Locky, masuk bilik doktor dan angkat dia keluar. Lepas tu bagitahu doktor yang bulu dia pun gugur teruk. Bila doktor belek bulu dia rupanya banyak hama. Hama tu yang makan bulu kucing sampai bulu gugur sangat banyak. Lepas tu doktor cek suhu badan dia untuk pastikan dia sihat sebelum divaksin. Lepas tu timbang berat. 4.3kg, kurus je locky ni, tapi ni pun dah naik sikit berat, 2 3 minggu sebelum ni lagi badan dia susut. Doktor suapkan ubat cacing dulu.
Lepas tu doktor prepare jarum dan cucuk atas punggung dia. Menggelupur si locky siap jerit kuat-kuat marah. Waaaaawaaa maaaa maaaaa. Sampai jelas dia sebut mama, haha nak gelak pun ada kami yang dengar ni, tapi kesian pun ada sebab dia tak pernah kena cucuk. Lepas dah siap doktor titikkan ubat kutu untuk matikan hama dekat bulu dia. Doktor cakap kalau dia demam 2 3 hari ni normal sebab kesan dari vaksin dan tak boleh mandikan dia selama seminggu.
Keluar untuk buat pembayaran, semua sekali RM78. Vaksin RM35 dan RM43 untuk ubat cacing dan juga ubat kutu. Dah selesai semua, bulan depan kena datang lagi untuk vaksin dos kedua.
Overall okay la kat sini, cuma akak front desk tu macam tak mesra sikit, tanya pun macam kena marah, kita just tanya untuk kepastian saja. Lepas tu ada kucing klinik tu gemuk dan garang. Normal la customer tengok dan geram kan, kita rasa nak gosok-gosok kan. Bila gosok-gosok kena cakar, lepas tu akak front desk tu cakap "dia tak boleh main, dia tu garang, jangan main dengan dia" lepas tu husband panggil dan cakap cuba tengok tangan awak tu. Sekali tengok dah berdarah 3 garis, darah banyak pulak tu. Terus ambil hand sanitizer letak, pedih la jugak tapi itu cara untuk hentikan darah. Nasib baik leyla memang jenis biasa dah kena cakar kucing jadi its not a big deal. Tapi kalau orang lain yang tak biasa kesian la jugak, sepatutnya dia inform bila tengok oarng dekat dengan kucing dia. Then memang dia tak tanya ok ke tak. Buat tak tahu je macam tu. Hmmmm tak elok la macam tu kan. Tapi doktor kat situ okay, ramah dan akan explain kalau kita tanya apa-apa.
Muka budak lepas kena cucuk bontot. Kuat betul drama dia, terus tidur atas riba macam tu sampai rumah. Lenguh jugak kaki meriba dia ni sebab lepas balik Iqbal nak cari kopi & nampak pasar malam, jadi dia singgah pasar malam dulu. Leyla sambung meriba locky dalam kereta. Aduii macam mana la nak dapat adik nanti kalau perangai dia macam ni.
Ini cerita papa nya bacakan Surah Maryam untuk adik baby dalam perut. Dia sekali pun kena dengar lah, dia ni memang behave je kalau berdoa ke mengaji tapi kalau leyla solat kadang-kadang dia tak behave nak tangkap telekung yang bergerak-gerak. Kalau iqbal solat dia elok je tunggu kat sebelah. Tapi kalau time doa memang selalu ajak dia doa sekali. Awalnya dua-dua kusyuk lagi, si locky ni masih kusyuk dengar papa dia mengaji, adik pun dekat dalam perut bergerak-gerak. 15 minit lepas tu ............
Tengok la apa jadi dekat dia. Tidur lena ya siap terkejut-terkejut macam baby tu. Lama tidurnya sampai habis mengaji pun tak bangun lagi. Adik baby kat dalam perut pun dah diam. Tidur juga gamaknya. Dua-dua kusyuk dengar papa dia mengaji sampai tertidur. Aduh anak-anak. Tak sabar nak tunggu adik keluar macam mana la gayanya di locky ni nanti.
Itu saja lah kisah si locky, sebelum ni leyla tak sempat nak update pasak locky, sekarang baru sempat nak tulis pasal si locky ni. Ini lah yang menceriakan rumah kami. Marah sayang geram kadang-kadang tu, tapi kalau tak ada dia rindu. Terutama iqbal. Kalau locky termuntah ke tercicir berak, dia yang bersihkan, tapi dalam masa sama dia marah-marah sampai tak bertegur sehari dengan locky, si locky pun macam tahu papa dia marah jadi sehari dua tu dia akan behave dan cari mama dia sambil buat muka kesian. Yang jadi mangsa mama dia la kena pujuk papa suruh baik semula. Tapi kalau tinggal locky jauh sikit tak sampai sehari pun iqbal dah tanya apa la locky tu buat kat rumah, rindu locky laaa. Aduh, tu la teman gaduh teman rindu dia. Harap kehadiran adik baby ni lebih memeriahkan lagi rumah kami.
6 comments
chomeyy je bulus tuuh.., 😅😅
ReplyDeletehehe itu la wak. kadang2 geram kena cubit2. perangai dia pandai betul.
Deletecomel locky.. boleh tahan harga vaksin kucing
ReplyDeletehehe itu la. haah harga dia boleh tahan juga, tapi kalau nak pergi klinik vet kerajaan susah pulak kena pergi weekdays n ramai jugak. redho je la membayor
DeleteHensem si oyen
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat selepas divaksin
Comelnya. Ada juga kucing dirumah tapi belum ada kesempatan nak divaksin lagi. Dah la banyak kucing-kucing lain. Risau juga.
ReplyDelete