Followers

CHECK UP KALI KE KETIGA | CUCUK KANCING GIGI UNTUK IBU MENGANDUNG

Cucuk kancing gigi untuk ibu mengandung| Macam biasalah setiap bulan akan kena pergi check up mengandung dekat klinik kesihatan. Baru masuk minggu ke 20 hari ni, lebih kurang 5 bulan hamil. Pejam celik pejam celik dah 5 bulan, awal-awal dulu rasa lama je, sekarang eh dah rasa cepat je masa berlalu. Seram sejuk pulak nak hampir dengan due bersalin. 

Macam biasa juga kalau monthly check up, kena ambil darah, cek air kencing dan cek berat. Dulu memang jenis takut jarum, tapi sekarang bila dah pergi klinik kerajaan, dah redha bila kena cucuk ambil darah demi baby. Lepas dah settle semua, jumpa nurse dan nurse akan catat dekat buku pink. Bila dah ambil darah boleh tengok la result HB, result Hb ni tak boleh rendah sangat, Alhamdulillah masih ok, walaupun menurun. Normal ya untuk Hb turun bila baby dah makin besar, tapi jangan turun berlalu banyak dan rendah. 

Lepas nurse tengok berat, eh berat awak naik banyak ni. Oh ye ke? hehe. Naik 2.5kg. Bagi chance la nurse, awal pregnant saya punya berat drop sampai 3 kg, ni naik 2.5 kg ok la balik berat asalkan, sebab tak larat sangat badan bila berat under 50kg, bila dah naik ni rasa bertenaga sikit. Memang berat selalu nya 51-52 kg je, dalam katogeri kurus ya untuk tinggi 160. Tapi pagi tadi timbang dah 52 kg lebih. opsss. 

Lepas tu nurse dah gesa suruh minum air gula cepat-cepat sebab berat naik banyak sangat katanya. Baik lah, 2 minggu lagi kita minum air gula. huhu. Kan dah cakap redha je tadi dengan apa yang bakal jadi. Lepas tu nurse minta baring dan ukur perut. Okay dah, perut tak de nampak sangat lagi. Lepas tu dia tanya dah rasa baby gerak dah ? Dah. 

"Ok, kita cucuk kancing gigi la kalau macam tu" haaa. terbeliak mata mama, hari ni nurse ? nurse gelak je, kenapa tak nak lagi ke ? hmmm, boleh la nurse hari ni terus sebab malas nak ulang alik datang klinik kesihatan sebab perlu mintak cuti bagai kan. Redha lagi sobs. 

Dah cucuk tu mak ai sakit jugak, ingat kan macam cucuk vaksin je tak rasa apa-apa. Sekali rasa 1 tangan tu menjalar nya. Tapi tak lama, jangan takut ok mommy2 yang baca ni. Lepas tu rasa ngilu la tangan belah kiri makan masa 2 3 hari. Tangan kanan cucuk ambik darah, kiri kancing gigi adoi. Balik pulak husband tak ada kat rumah sebab ada kem sekolah 2 hari 1 malam. Sedih la sorang-sorang kat rumah, kalau tak semua benda la husband buatkan mentang-mentang sakit tangan, tapi kena masak sendiri. Masak je la simple2 makan nasi dengan ayam kicap je. 

Kenapa nak kena cucuk kancing gigi ?


Suntikan tetanus atau penyakit tetanus (kancing gigi) adalah berbeza dari penyakit lain yang boleh dicegah dengan vaksin kerana ianya bukan berjangkit melalui manusia. Bakteria untuk penyakit ini boleh ditemui di dalam pasir, tanah, dan measuki badan manusia melalui kulit apabila ada objek tajam atau luka yang disebabkan oleh objek yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Ibu mengandung diberi pelalian toksoid suntikan tetanus supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi yang baru lahir dan mencegah bayi dari mendapat tetanus. Bayi boleh mendapat tetanus sekiranya tali pusat dipotong dengan menggunakan peralatan yang tidak disucikuman dan juga melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubatan tradisional di pusat.

Jadi penting ya untuk ducuk kancing gigi ni. Nurse tu cakap lepas je dah rasa baby bergerak, dah boleh cucuk kancing gigi. 2 dose. Dose pertama bila kita dah rasa pergerakan baby, dose ke dua pula 1 bulan selepas dose pertama maknanya check up bulan depan kena cucuk lagi sekali. Jangan risau sebab sakit kejap je. 


Preggy mom nak masuk 5 bulan. kena tunjuk macam tu baru nampak bumb. Kalau tak dia sembunyi. Bersama Dr.Raihana founder susu efferty susu ukhtiar hamil. Ppttsss, baby dalam tu pun baby efferty tau. Ok selesai bab kancing gigi, next nak kena minum air gula pula. Harap okay je semuanya nanti. 

Read : Ikhtiar hamil dengan Efferty 


2 comments

  1. still kurus lagi tu.. cantik mommy.. semoga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  2. Semoga ibu dan baby dalam kandungan sentiasa sihat
    dan dipermudahkan urusan kelahirannya nanti

    ReplyDelete