Followers

THE ROUNDUP : APRIL

Hello guys.



Ya, macam susah nak percaya sekarang ni dah masuk bulan Mei.

Rasa macam sekejap sangat April berlalu. Nampak sekejap tetapi bulan April paling banyak tekanan yang aku rasa. Terutamanya dalam pelajaran. Kejar mengejar deadline assignment dan project macam berlari 100m pecut. Sebab tu aku rasa sebulan bagaikan seminggu.

Tengok lah entry pun ciput sangat. Sungguh tak sempat aku nak fikir idea nak menulis,nak baca entry kawan kawan blogger pun rasa macam tak boleh nak concentrate. Sebab tu aku dah jarang blogwalking dan tinggal komen dekat blog korang. Bayangkan kawan kawan tanya soalan, tak pun explain apa apa, aku dah tak boleh nak brain, dah tak boleh nak fikir apa yang kawan aku tengah cakap. Mata je yang berkelip kelip. Otak tak boleh nak proses maklumat. Sedih rasa bila keadaan dah jadi macam ni..

Minggu ni lepas sikit nak bernyawa. Lagi 3 minggu nak kena kejar deadline project lain pulak. 3 project lagi yang tertunggak. Bertabah lah. Rasa nya bulan ni pun memang rasa macam seminggu lagi. Bulan lepas 4 entry je yang aku mampu karang. Bila lah aku boleh nak konsisten update setiap hari 1 entry. Bukan tak boleh nak copy paste, tapi aku sangat lah tak suka non original entry. Biar lah entry aku tak berkualiti bagi pakar pakar blog, tapi entry aku lahir dari hati dan diterjemah dengan tulisan. Tak berkualiti bagi pakar blog tapi masih berkualiti bagi aku. Dan bermakna untuk aku walaupun tulisan cacamarba tak berseni. Hhehee.

THE ROUNDUP : MARCH

10 TIPS UNTUK PELAJAR UNIVERSITI


5 comments

  1. pejam celik pejam celik dah Mei..mmg masa tu tak tunggu kita dah..huhu

    ReplyDelete
  2. semoga di permudahkan segala urusan ye. keep calm and do the best. good luck for the upcoming projects. :)

    ReplyDelete
  3. Menulis dari hati, pasti jatuh hati �� Selesaikan satu persatu, pelan-pelan

    ReplyDelete
  4. Dah May. Sebulan lagi untuk jumpa Ramadan :)

    Takpe Lela. Utamakan belajar dan kehidupan dulu. Blog can wait :)

    ReplyDelete
  5. Lol, I yg dok rumah saja ni pon tak dapat nak update every day. stay chill dear and I hope everything went well for you!

    ReplyDelete