Followers

MARHABAN YA RAMADHAN 2017


Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua.

Aku ada lagi lebih kurang 2 minggu dekat perlis. Alahai rindu nya dekat kelaurga di kampung. Tahun ni kejap je dapat berpuasa dekat rumah. Dek kerana paper final aku habis 10 hb dan projek presentation sampai 12 hb. Jadinya 13 hb baru dapat balik kampung. Sob sob .

Nak balik study week memang tak dapat la sebab projek bertimbun nak kena buat. Macam macam benda lagi tak siap. Bertabah lah wahai hati jantung sekalian. Semester ni sangat menguji kesabaran dan mental fizikal semua lah.  Sabar sabar.

Harapnya masih mampu bertahan nak siapkan semua projek dan balik kampung dengan senang hati. Balik kampung nanti baru boleh nak cari baju raya semua. Sekarang memang tak dan nak pikir baju raya bagai. Tak ada baju raya pon i ok jaa. Huhuhu. Usia makin meningkat, makin tak kisah dan dengan persiapan semua tu. Yang pasti nak balik kampung buat biskut raya. hehehe. Aku dah gian lama tak baking baking ni. Rindu oven oii.

Korang macam mana? Puasa dekat rumah sendiri ka? puasa dekat kampung ka? ke tak puasa? hehehe, faham la kalau yang perempuan tak puasa. Kalau yang lelaki ni. Aaduiii puasa yaa. jangan buat malu dekat adik adik pulak.

Selamat berpuasa guys. Jangan lupa perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan ni. In shaa Allah ganjaran berlipat kali ganda. Siapa yang tak nak kan. Ramadhan setahun sekali je. Mana tahu Ramadhan depan jumpa lagi atau tak kan. Jadi sementara masih berpeluang berjumpa bulan yang mulia ni. Gunakan dengan sepenuhnya. In shaa Allah.

4 comments

  1. Salam Ramadhan, selamat menjalani ibadah puasa 😄 Sy puasa kat kampung 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. waah seronok nya puasa kat kampung. selamat menjalani ibadah puasa jugaa

      Delete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa aswaleyla. Semoga sentiasa sihat dan ceria. Semoga bulan ramadhan tahun ni lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa ya.

    ReplyDelete