Followers

INSPIRASI DAN PENDORONG

Assalamualaikum.

Bila terasa down sikit, terasa macam give up, apa korang buat ?

Kalau aku, aku akan jadi diam dan aku akan fikir balik, kenapa aku ada disini sekarang. Tak kisah lah sekarang tengah duk atas katil ke, duk atas kerusi ka. Yang pasti kenapa aku berada di sesuatu tempat dan keadaan sekarang.

Paling mudah, kenapa aku berada dalam keadaan seorang pelajar yang masih menuntut di institusi pendidikan awam dan masih belum tahu ke mana arah tuju masa hadapan.

Kenapa? Siapa yang menyebabkan aku berada di tahap sekarang?
Yang paling tepat ya, Qada dan Qadar Allah yang dah tentukan aku akan berada disini, dan menjalani hidup seperti ini. Tapi ini juga satu pilihan yang aku buat sendiri tanpa paksaan sesiapa.

Bila aku di depan, sebenarnya ramai orang dibelakang aku yang memberi dorongan dan tak lupa juga ada yang membenci. Kita tak boleh lari dari haters sebab setiap langkah yang kita ambil sudah tentu ada orang dengki dan cuba untuk jatuhkan kita. Tapi jangan mudah salahkan mereka kerana mereka juga salah satu penguat untuk kita sampai ke tahap ini.


Keluarga. Ibu bapa.

Keluarga adalah pendorong dan ibu bapa yang menjadi inspirasi untuk aku sampai ke tahap ni. Jujur aku cakap, aku bukan dari keluarga berduit dan bukan dari keluarga yang berpelajaran tetapi aku cukup ajaran dan didikan dari ibu bapa. Ma belajar sampai sekolah rendah je. Berhenti masa sekolah menengah sebab keluarga susah, kena jaga adik beradik yang lain. Ayah pun belajar sampai SRP ja, Kalau sekarang ni PT3 la.

Sebab kan ma dengan ayah tak mampu nak belajar tinggi, sebab tu aku bercita cita nak belajar tinggi. Harapan aku suatu hari nanti mereka boleh pakai jubah konvo aku. Boleh pegang segulung ijazah dari aku.

Dari kecil, aku bukan hidup dalam kemewahan sebab tu aku nak kerja sedap sedap. Nak bagi kesenangan dekat ma ayah. Supaya mereka boleh merasa hidup senang macam orang lain. Kalau dulu ma cerita, ais krim Malaysia yang 5 sen tu pun ma tak mampu nak belikan untuk aku. Kalau tengahari sebelum orang jual ais krim lalu, ma mesti suruh aku tidur sebab tak nak bagi aku tengok orang jual aiskrim tu, nanti aku mintak kesian pulak kalau tak bagi. Sampai tahap tu susahnya.

Ilmu.

Ilmu jugak bagi pendorong untuk aku terus belajar. Walaupun ramai yang cakap "Sambung lagi ke belajar? tak puas lagi ke belajar ? anak mak cik lepas habis tingkatan 5 dah cakap bosan, taknak belajar dah".

Bukan masalah bosan  sebenarnya. Tapi seronok bila belajar. Atau mungkin aku belum bersedia nak tempuh alam pekerjaan.


Sebenarnya belajar ni stress apalagi dengan course aku yang memang stress out ni. Banyak kerja, projek, study nak kena cover. Tapi terpaksa jugak aku lalui sebab tak akan ada orang dah yang akan buat untuk kita melainkan diri kita sendiri.

Satu ayat yang memang aku pegang dan sebab ni jugak aku tak putus asa sambung belajar. MUM SAID "Kalau kita tahu kita tak cantik, belajar lah. Kalau kita tak boleh guna kan kecantikan untuk senang, jadi gunakan ilmu untuk senang. Kita tak cantik pun, tapi bila berjaya ramai je yang nak".

DAD SAID "Jangan sebab kita tak ada ilmu, kita ditinggalkan terkontang kanting. Bila kita tak ada ilmu, tak ada kerjaya, senang je orang nak buang kita"

Dua orang yang selalu bagi kata semangat untuk aku terus melangkah ke hadapan.

Aku sangat suka cara ayah aku. Dia tak pernah marah kalau aku tak lepas exam, Ada je dulu dulu masa sekolah aku fail. Addmath, Lk, Fizik, Kimia memang selalu failed. Tapi alhamdulillah SPM semua A dengan B ja.

Bila aku telefon dan cakap tak boleh jawab exam, siap pesan awal awal lagi jangan marah. Ma akan cakap " Tak apa, buat je setakat yang mampu. Jangan paksa otak tu fikir. Buat setakat yang kita boleh, kalau tak berjaya pun ma tak paksa kalau itu je yang mampu"

Ayah akan cakap " Tak apa, sekarang pun dah buat yang terbaik. Sekurang kurangnya kak na boleh jadi yang lebih  baik dari ayah, bukan jadi satu aras dengan ayah"

Pernah cakap dengan mak ayah lepas habis final exam last diploma. Aku cakap aku dah taknak sambung degree. Ma dengan ayah ok je tak halang. Diorang cakap tu keputusan aku dan diorang ok ja. Tapi dalam masa yang sama ayah cakap.

"Belajar ni ibarat kita panjat pokok, nak ambil buah dekat atas tu. Kita dah naik separuh, maknanya diploma lah. Dan kita dah berjaya ambil dan makan buah tu. Cuma kita ada lagi satu keputusan untuk terus panjat keatas untuk ambil lagi buah yang masak ranum dekat puncak, maknanya degree. Jadi mana yang kak na pilih, nak makan buah yang tengah tengah atau nak terus panjat ambil buah dekat atas?"

Aku pun buat la loyar buruk sikit. "Macam mana kalau panjat sampai puncak, tapi tak ada buah dah rupanya"

"Kalau tak ada buah, sekurang kurangnya kita dah puas hati sampai puncak. Tak ada lah hidup ni terus tertanya tanya apa yang ada dekat puncak tu, ada buah ke tak de. Menyesal tak kalau aku tak panjat lagi?"

Macam tu la aku selalu kena psycho dengan ma dan ayah. Aku ni tak boleh orang bagi kata semangat, terus bersemangat. Tapi bersemangat time tu je la. Lepas tu slow balik. Kena orang selalu bagi semangat.

Duit.

Entry ni jujur dari diri sendiri dan sejujurnya aku belajar pun sebab duit jugak. Hey, jangan tipu kalau korang belajar bukan sebab duit. Haruslah sebab duit sebab sekarang semua benda perlukan duit. Nak masuk tandas pun pakai duit. Bukan 30 sen dah, sekarang dah 50 sen. Jadi duit tu penting ke tak penting?


Sekarang cinta pun pakai duit dah. Hahaha. Nampak sangat aku materialistik. Lantak la nak cakap apa, apa aku peduli. Bukan duit bertimbun yang aku dambakan. Cuma duit yang boleh menyara dan meneruskan kehidupan. Cinta tak bawak kemana kalau hanya duk bawah ketiak mak, merempit sana sini, tidur bangun pukul 1 2 petang. Tu bukan cinta nama nya. Itu bodoh namanya.

Masa Depan.

Masa depan adalah sesuatu yang paling ditakuti sebab kita tak tahu masa depan kita macam mana. Mungkin ajal menjemput kita lebih awal berbanding masa depan. Tu lain cerita la sebab ajal maut ni kat tangan tuhan. Kita tak tahu kan. Tapi...


Kita tetap kena fikirkan masa depan kita. Ye dak? bukan hanya tunggu maut datang menjemput. Tu pun tugas sebagai manusia dan ummat Islam.

Aku tak cantik. Tapi aku tahu aku ada cantik nya yang tersendiri. 

Eh, suka hati kau la lah nak cakap macam tu pun. 

2 comments

  1. Pendorong akak selain en tunang, keluarga..dah tentu la Dania..kalau akak rasa down akak akan jumpa dania...pas tu sure ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. kalau yg dah ada anak, pendorong dan penguat mesti ank2 kan

      Delete