Followers

CARA BAIKI NASI KURANG MASAK ATAU MENTAH

Assalamualaikum.

Sape pernah masak nasi tak masak ? Yang ni lah saat paling berdebar kalau nak masak bagi perempuan. Antara nasi tak masak atau nasi hangit. Kalau jadi macam tu malu woo.

Kadang kadang bukan sengaja masak nasi mentah ni. Banyak faktor yang mendorong terutama nya jenis beras dan kuantiti beras. Jenis beras ni kalau lela memang selesa sangat pakai beras faizah sebab kalau sikit air ka, banyak air ke, tetap masak elok je nasi tu.

Kuantiti pulak kalau selalu kita masak 3 pot je untuk makan 1 famili kecil, tiba tiba keluarg mak mertua datang ramai ramai. Kena masak pulak 10 pot, memang kelabah ketiak la macam tu. Dah la kena masak banyak, mak tertua pulak nak makan. Kena ke mentah sekali terus jadi menantu hantu. 👻👻👻

Nak dijadikan cerita aku masak nasi lemak dan kuantiti sampai penuh periuk kecik tu. Aku masak dalam 1kg setengah. Banyak la jugakkan. Lepastu aku pulak beli beras yang timbang kilo dekat kedai runcit bawah universiti ni ja. Aku syak memang bukan beras faizah lah.

Bila masak ai nak nangis pun ada tengok nasi tak masak. Duduk pikir macam mana nak makan esok. Teringatlah cara cara nak masak balik nasi mentah ni. Berkesan tau.

1. Biasa kalau ma aku dia angkat rice cooker tu masak je atas dapur gas dengan api yang perlahan sampai lah nasi tu masak. Tambah air dalam setengah cawan dan selalu kena pantau api sebab nantikan hangit bahagian bawah tu sampai jiran 4 biji rumah pon boleh bau lagi nasi hangit.

2. Buat lubang bahagian tengah nasi dan letak mangkuk kecil berisi air panas. Dan tekan rice cooker tu. Kalau dia tendang balik tak apa. Biarkan dia keep warm ja sampai lama lama. Nanti nasi  tu inshaa Allah akan masak cuma makan masa sikit lah.



Dua tips ni je bagi aku berkesan. Nak bagi tips lain macam susah. Pakai je lah tips ni. Paling ok pakai yang letak air dalam mangkuk tu sebab nanti akan berlaku proses kondensasi dan akan melembabkan dan memasakkan nasi yang mentah tadi . Lagi satu jangan kacau atau gaul tau. Nanti melekat lekat dan lembik pulak nasi tu. Biar je dia masak sendiri lama lama.


Selamat mencuba semua . 👋👋😗😗😗😗

10 comments

  1. Terima kasih kongsi tips...betul ini juga yang mama kak PC ajar..kadang luar jangkaan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. kdg2 tu lain beras lain ragam

      Delete
  2. wahhh baru tahu tips ni. thankyou lela :D

    ReplyDelete
  3. wahh ilmu baru today!! thks

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. nnti kalau jadi mcm ni tak ada lah cuak sangt

      Delete
  4. wah !! walaupun nasik kakak jarang mentah, tapi tips nih sangat berguna.. hee~ thanx tau..

    ReplyDelete
  5. Baru tahu tips ni. Sgt berguna kalau masalah ni terjadi, takkan nk buang ja kan nasi tu... thanks aswaleyla..

    ReplyDelete
  6. Stkat ni x pnh msak nasi mntah. Sbb?? X pnh msak bnyk. Hehe
    Tp kut2 terjadi, dh ada tipsnya dh. Hehe

    ReplyDelete
  7. I needed this as I punya nasi selalu tak menjadi. Thank you for sharing!

    ReplyDelete