Assalamualaikum.
Macam mana semua ? sihat ? Semalam macam mana? sempat tak tengok Supermoon? Atau negeri korang hujan ? Setahu lela Penang dalam pulau hujan sebab kawan lela cakap dia tak dapat tengok sebab petang tu hujan lebat.
Alhamdulillah orang Perlis masih diberi peluang tengok Supermoon ni. Kenapa nak tengok sangat? Sebab kejadian ni terjadi 18 tahun sekali ja. Jadi kejadian seterusnya akan berlaku pada 2034. Emm, agak agak sempat lagi tak kita nak jumpa 2034? Lama lagi tu. Masa tu lela dah umur 40 dah. Tua dah tu.
Ok, jom kita tengok lela punya gambar dari Perlis. Dari tingkat 5 blok Kolej Kediaman Uniciti Alam, Unimap.
Cantik tak ? Cantik tak ? Ni ada sedikit retouch dan kalau tengok real lagi cantik sebenarnya. Cuma ya lah, tiada lens kamera yang boleh mengatasi nikmat mata kita sendiri. Jom ucap Alhamdulillah atas nikmat mata ni dulu.
Itu sahaja yang lela boleh kongsi. Banyak gambar yang sama ja sebab duk bertenggek satu tempat tu ja. Nak ambil gambar rare kan lela memang bertenggek sorang je. Tapi lagi seronok sorang sebab boleh take time, boleh suka hati kita nak duk lama mana, nak shoot banyak mana. Tapi yang tak seronok nya tak ada muka kita !
Tengok ramai kan yang duk menunggu Supermoon ni. Semangat depa semua shoot kat bawah tu. Kata atas lagi lawa sebenarnya. Orang cakap Supermoon ni lebih besar dari kebiasaan. Tapi sebenarnya dia tengok atas tempat jugak. Kat sini nampak kecil ja, tapi terang sangat cahaya dia. Lawa sangat. Sesetengah tempat nampak besar dan kadang ada sampai nampak kawah.
Ok, supermoon, nanti jumpa lagi in shaa Allah kalau panjang umur dan diberi peluang. Nanti kita tengok dengan my little mermaid. Ramai little mermaid.
Gambar diambil menggunakan.
Olympus Pen-lite 6. Mirrrorless.
2 comments
Wow. Bestnya dapat tengok. Kt area klang ni mendung masa supermoon tu. Nampak mcm biasa je bulan tu 😅
ReplyDeleteAnyway, salam perkenalan. Sy baru berjinak2 dlm dunia blogging ni. 😊
Bestnyaaaa lela dapat tengok! Dan gambar semua cantik! Siqah suka 😍 bertuah dapat tengok supermoon :)
ReplyDelete