Followers

TAK TIDUR SIAPKAN SKETCHES TU PERKARA BIASA.

Assalamualaikum.

Hai korang, aku tengah bosan ni tak tahu nak buat apa sedangkan kerja berlambak lambak nak kena siapkan. Tapi sebab tak tahu nak mulakan yang mana, jadi kita mulakan dengan blog. 😜😜

Okay nak cakap pasal sketches. Mana tahu ada yang berminat nak sambung degree dalam kos aku ni kan. Boleh la tengok tengok keadaan kos ni macam mana. Aku bukan tak nak bagi korang ambik kos ni, cuma korang kena tahu minat korang kat mana. Kalau tanya aku memang aku suruh ambik sebab memang aku minat kos ni. Minat sangat sangat.

Kos kami ni memang agak penat sikit memandangkan banyak projek yang kena buat. Tapi yang best nya kami tak banyak subjek yang kena baca dan masuk dewan exam untuk jawab final exam yang mengarut tu. Sory, kenapa aku cakap mengarut? Sebab korang cuma belajar bagai nak rak, hafal segala mak nenek untuk pass exam dan lepas keluar dewan exam korang delete memory, clean data semua bagai. Ye lah, nak masuk ilmu lain pulak sem depan. Takut tak muat space. 😂😂😂

Berbalik kepada cerita sketches kita. Kalau sebelum buat projek berkait rapat dengan idea, design dan produk, kami memnag kena buat drawing yang bukannya 1 drawing. Sem pertama kami kena buat 40 sketches revolusion. Time ni kau tak payah cakap lukisan aku macam budak tadika baru kenal ayam itik. Aku bukan dilahirkan dengan kebolehan melukis dengan cantik dan aku memang tak pandai melukis dari sekolah rendah sampai lah dunia universiti yang membuatkan aku kena melukis. Ohdemm.

Naik sem 2 lecturer cakap buat lukisan lebih daripada 20 sketches tapi lebih banyak buat, lebih banyak dapat markah. Nak tak nak korang kena struggle banyakkan sketches sebab markah 100 % bergantung kepada lecturer. Kan dah cakap tadi tak ada final exam. Tak ada kena jawab hitam putih.

Naik sem 3 lecturer macam dah rushing push buat kerja laju laju sebab nak biasa kan kerja dalam industri. 😱😱😱 Yelah, keja industrii semua kejar date line. Mana boleh nak main main macam dekat universiti.  Mana boleh nak drag drag masa kan.


Buat sketces sampai pukul 4 pagi tu biasa. Tu pun sebab tinggal separuh. Kalau semua nak buat malam tu memang tak tidur dan memang tak siap. 😓😓😓

Yang ni buat dalam group. Lecturer cuma mintak 5 drawing sorang dan 1 group akan jadi 15 skethes tapi nak 2 thumbnail. Part thumbnail ni yang sesak jugak tapi kalau aku, aku lebih suka buat thumnail. Bagi aku buat thumbnail semua pun boleh. Cehhhh belagak nak mateyy.


Ini lah yang dipanggil thumbnail. Lukis banyak banyak idea dalam 1 kertas sahaja. Tapi kami kena buat dua. Lebih baik macam ni daripada kena lukis dekat kertas lain lain dan sangatlah membazir. Mohon jangan buat muka macam ni 😒😒 lepas tengok aku lukis. Aku memang tak terror bab lukis. Ni sejenis paksa rela kena lukis.


Ni 15 sketches yang tak seberapa. Kami semua dulu budak pure engineering. Jadi memang tak ada bakat seni. Mohon budak pure design jangan gelak kat kami ya.


Ni group kami. Memang semua perempuan dan ni group memang kekal dari sem 1 lagi. Sebab aku cukup memegang teguh pendirian "Ingat tak ada lelaki aku tak boleh buat?" 😏😏 Begitu yakin padahal kadnag kadang susah jugak bab bab nak keluar beli barang dekat dekat. Biasa lelaki boleh je pinjam moto kawan ke apa kan. Tak tak kisah pun sebab kami dah biasa susah senang bersama ni.

Lepas ni banyak lagi yang kena buat. Nanti aku update by projek kalau aku ingat dan ada mood nak update. Mana tahu junior junior boleh baca. Mana tahu adik adik matrik berminat nak jadi design engineer kan? In shaa Allah kalau ada rezeki dan usaha dapat...

14 comments

  1. Ok la nih..cer suruh saya yang lukis..orang lidi pandai la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. dlu kite pon mcm tu. lame2 jdi dah terbiasa

      Delete
  2. Org seni.. Kita ni buta seni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg je bru lela celik sikit. sebelum ni buta jugak

      Delete
  3. Kalau Ain menangis dah mintak tkar kos. betul la tu kalau minat semua boleh. minat tu penting lpastu usaha :)


    blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. lela mmg minat. boleh buat ka tak boleh, telan jugak laa

      Delete
  4. For someone yang kata tak pandai melukis dari kecil, your lukisan is very nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk degree baru belajar lukis ni. huhuhu. lambat sikit

      Delete
  5. tangan berseni.. tak macam kita tangan kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cuba belum tahu wak. mana tahu ada bakat terpendam

      Delete
  6. Pen kaler nampak macam mahal. Khas untuk sketches ya dik.

    Akak de buat GA template, jemput join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak. 1 kotak 200 lela beli. menangis nak beli. yeeeyy nak join lahh.

      Delete
  7. cantiknyaa lukisan..

    ReplyDelete
  8. eh dh cntik sngt dh ni.. sy minat lukis. tp tak pandai. haha

    ReplyDelete