Followers

Afeeya Warded Diagnose RSV Pneumonia

 Pengalaman yang tak akan dilupakan. 20 Feb afeeya terpaksa warded sebab nafas tiba-tiba laju. 18 Feb Afeeya demam, Malam Tu Kami bagi ubat demam. Esoknya demam dia dah kebah cuma berkahak. Hari isnin macam biasa Kami hantar dia pergi taska. Pagi Tu masih elok dia susu. Pukul 10 pagi teacher dia WhatsApp cakap Afeeya taknak makan & Susu, sekali dia bagi video Afeeya nafas laju. Terus ambil emergency leave dan balik ambil afeeya. 

Iqbal tengah Jaga SPM terus inform ketua pengawas untuk balik ambil Afeeya. Kelam kabut kami ke taska. Bila dah ambil terus breastfeed sebab risau dia lapar. Alhamdulillah elok je dia minum & gelak-gelak bila nampak papa mama dia. Confused kejap Afeeya ni okay atau tak sebenarnya. Tapi Kami decide untuk pergi emergency jugak sebab risau kan nafas dia laju dan ada lengkuk dekat dada. 

Terus ke emergency Hospital UITM Puncak Alam. Lepas dah ambil detail Afeeya, buat RTK test, terus ke bilik pantauan. Dalam tu Afeeya kena cek darah, paras oxygen, x-tray, ambil sample darah & sedut kahak. Menangis dia bila kena masukkan branula & sedut kahak. Banyak kahak dia dikeluarkan kata nurse. Kesian Afeeya. Lepas dapat result x-tray, memang banyak fluid dalam paru-paru dia. Dr bagitau dia kena warded sebab memang ada rapid breathing. 



Masih Dalam emergency. kena neb & masukkan branula. Mama masih dengan baju kerja. Sampai ke malam mama pakai baju kerja. Dah Malam pukul 9 baru Iqbal balik rumah dan bawakkan baju, baru mama tukar baju. 

Terus ditolak ke ward kanak-kanak. Dekat ward nasib baik Afeeya behave, kurang menangis nak banding kan dengan anak-anak yang lain. Cuma dia nak mengempeng je, tak boleh tinggal dia sorang-sorang dekat katil sebab dia tak biasa dengan tempat tu.

Bila pagi Dr cek, nafas dia masih laju dan berlengkuk. Dr decide untuk bagi oxygen lagi besar untuk bantu pernafasan afeeya. Afeeya kena puasa selama 3 jam untuk ambil sample kahak. Dr datang dan mintak neb untuk 3 Jenis ubat berturut2. Bila dah puasa & ambil neb 3 kali, nurse ambil afeeya untuk sedut kahak dan ambil sample kahak. Alhamdulillah kahak dia beransur baik. Bila mama ambil tengok dah ada tube oxygen yang besar dekat hidung. Nurse datang bawak mesin oxygen untuk afeeya. Mula- mula pakai dia mengamuk sebab tak selesa. Dalam 15 minit dukung dia baru ok. Tapi dia agak tak selesa dengan oxygen tu. 


Afeeya kena neb setiap 4 jam. On antibiotics Dan ubat. Setiap pagi & petang Dr datang cek, still Ada kahak Dalam paru-paru Dan nafas masih berlengkuk. Jadi kena pakai oxygen Tu dulundan pantau. Mama harapkan Dr tukar oxygen  lain tapi tak boleh lagi. Lama-lama afeeya pun dah redho dengan segala tube Tu. Nasib baik malam-malam dia tidur macam biasa. Walaupun sekeliling bising, tetap tidur dengan nyenyak. Kadang-kadang kesian dekat dia bila dia dah tidur tiba-tiba nurse datang check lagi malam-malam. Dia merengek juga. Kena dukung pujuk-pujuk baru dia diam. 


Hari ke 2 maklong Afeeya datang bawa balloon unicorn & b-bear (Yang coklat). Papa nya bawa Kan panda dia. Rabbit aka caca dia bawak Malam Lepas warded lagi. Ramai la kawan-kawan dia atas katil. Bertabah - tambah. Boleh la hilangkan bosan dia dekat katil. 


Hari ke 3 belum discharge lagi. Pagi-pagi bangun Dr Ulfa Afeeya dah briefing dekat dr-dr lain apa nak kena buat hari ni. Kemain ya muka serious. Oxygen masih on Yang besar. Tak boleh tukar lagi sebab nafas dia masih laju. Kena bantuan mesin juga untuk bernafas. 

Lama-lama dia dah redho dengan segala procedure nurse bagi dia. Setiap 4 jam, masuk antibiotics, ubat, neb, nurse cakap dia bagus sebab diam je kalau neb. Sebenarnya dia dah redho dengan semua Tu, awal Tu dia Pon mengamuk tak suka juga. Last-last dia tidur je bila orang neb. 


Hari ke-4 pukul 10 pagi baru Dr bagi green light untuk bukak oxygen. Lepas bukak oxygen kena pantau keadaan Afeeya boleh tak tanpa bantuan oxygen. Alhamdulillah Lepas bukak oxygen bukan main lagi happy budak ni. Asyik gelak-gelak je. Bawak lah berjalan keliling ward. Jumpa nurse je dia nak pergi dengan nurse, jumpa mak cik cleaner Pon dia nak pergi. Pantang jumpa orang dia senyum. 


Hari Tu papa kena Jaga SPM dekat hospital. Boleh la papa datang jenguk Afeeya sekejap. Seronok dia papa dia datang bawak dia pusing-pusing. Bukan main memeluk papa. Anak mama papa betul dia ni sorang. 


Alhamdulillah petang dah boleh discharge, cukuplah selama 4 Hari 3 Malam mama dengan Afeeya check in di ward. Jangan sakit-sakit lagi ya Afeeya, mama risau sangat, sampai fikir nak berhenti kerja je tapi apakan daya, banyak nak kena fikirkan sebelum buat keputusan Tu. Sabar sikit je lagi. 


Terima kasih untuk staff, doktor & nurse Yang merawat Afeeya selama dia dekat ward. Layanan dorang sangat terbaik dan puas hati. Hospital pun superb cantik dan bersih. Senang nak dapatkan makanan. Bahagian Lobi banyak betul makanan fancy2 Ada richiamo coffee, kiosk2 Yang Jual makanan dan buah-buahan, cafe. Senang nak dapatkan makanan. 

Itu lah pengalaman Afeeya warded selama 4 Hari 3 Malam. Banyak lagi cerita sepanjang disana. Cerita paling win nasib baik doktor tak sempat rakam aksi mama Afeeya lompat palang katil turun bawah tanpa turunkan palang dia. Doktor Tu terkejut beruk tengok aksi Tu depan Mata. Dia cakap nasib baik tak sempat rakam. Sampai nak discharge dia ungkit cerita Tu depan Iqbal. Hahaha nasib baik la dah kawen Kan. Kalau tak, tak Ada orang nak buat Bini ni. 🤣 Ganas betul mama Afeeya ni. 

Semoga Afeeya terus sihat Dan anak-anak yang baca entry ni juga terus sihat walafiat. Buat sementara ni afeeya Kami quarantine Kan dekat rumah. Tak hantar taska sebab risaukan anak-anak orang lain. Sebab dia kena RSV, RSV adalah virus Yang senang berjangkit Dalam kalangan kanak2. Jadi bahaya bila Afeeya dekat dengan mereka. Bahaya juga untuk Afeeya bila bercampur dengan ramai orang. 





5 comments

  1. lama acik tak tengok afeeya....sentiasa sihat ye sayang afeeya ceria selalu
    kesian sangat kalau baby demam ni mamapapa pun susah hati nak makan pun tak selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen. terima kasih aunty. ya mama papa terus jadi huru hara. tapi tak pe, asalkan afeeya sihat

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete