Followers

8 Month Old

 Baby Afeeya dah masuk 8 bulan. Akal dah makin panjang, gigi je belum keluar lagi. Dah nampak kelibat gigi dia tapi belum keluar dari gusi lagi. 

Post lepas Afeeya kurang makan, mama dah risau tapi nasib baik kawan-kawan blogger mama cakap normal. Boleh baca komen dekat post <SINI>. Bagus kawan-kawan blogger mama bagi pendapat. 

So bulan ni dia dah kembali makan. Ambil dekat taska teacher dia cakap. 'Afeeya makan banyakkk sangatt hari ni. Dia suka akak masak macam tu'. Alhamdulillah lega mama. Apa  yang dia suka sangat tu? Leyla cuma masak sup ayam dengan nasi dan blend semua. Habis dia makan. Hari ni leyla bagi 2 bekas kecik, kot-kot tak cukup hehe. Dekat rumah pun bukan main makan banyak. Makan malam habis semangkuk bubur, mulut nganga je selalu kalau nak suap, kalau tak sebelum ni asyik mengelak je.

Cerita gigi dia, asalkan dia demam je semua ingat sebab gigi nak keluar tapi sampai sekarang tak ada lagi. Minggu lepas baru perasan yang ada gigi 2 batang dekat bawah nak keluar. tapi belum sampai atas lagi, baru nampak putih-putih dekat gusi dia. Orang cakap lambat tumbuh takpe, lambat nak rosak nanti. Sebenarnya bagusnya sebab lambat nak mengigit bila masa menyusu. Seram tuu dengar, Ditarik-tarik pun dah sakit apa lagi kalau digigit. 

Ini budak panjang akal sangat, dekat school ada aktiviti, semalam ada aktiviti 'choose my identity'. Kemain dia melaram siap posing-posing dengan girl assoseries dia. Kemain ya nak. Lucu-lucu je Afeeya ni. Tengok anak dara ku melaram macam orang dah besar. hey awak baru masuk 8 bulan tau. 


Ingat kan teacher dia letakkan posing macam ni. Bila tengok video, elok pulak dia memang posing macam tu. Afeeya dah boleh take over job mama as model baju pengantin tok ma. Lepas ni dah boleh pass job dekat Afeeya dah, mama pon dah lama tak photoshoot baju-baju pengantin tok ma. Menurun betul ya!




Bawak jalan Ikea kemain ye suka bila sampai kids section. Setiap kali masuk Ikea dia akan pau soft toys. Lepas tu letak dalam baby cot dia seronok, siap gelak-gelak. Kami tengah berkira-kira nak belikan baby cot untuk Afeeya sebab katil sekarang dia dah conquer sampai papa dia tidur sipi-sipi hujung katil. Tapi kan nanti beli last-last dia tidur dekat kami jugak kan macam mana? Pikir lagi 2 3 kali. 

Rambut tu bahagian depan dah sehelai dua. Bila ikat lagi nampak macam professor botak tengah. Cepat la tumbuh rambut Afeeya boleh buat hair style untuk dia. Pejam celik dah besar panjang dah, sekejap je rasanya, nanti tengok dah besar boleh berlari dah. Tetiba sedih hukhuk. 


5 comments

  1. Alhamdulillah.. Afeeya dah 8 bulan, pandai main, pandai makan.. cepat2 membesar naa, boleh jadi kawan mama nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tu la X sabar dah besar nnti boleh jadi geng mama

      Delete
  2. Comelnya baby
    Semoga sentiasa sihat dan membesar sebagai johan

    ReplyDelete
  3. Baby mmg cepat besar.. tahu2 dah pandai jalan, tahu2 dah masuk tadika.. hehe

    ReplyDelete