Followers

RESEPI BURGER PROSPERITY HOMEMADE ALA MCD

 


Assalamualaikum. 

Bulan 12 & bulan 1 adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh penggemar prosperity burger Mcdonald. Tak ketinggalan iqbal yang dah 2 tahun tunggu nak makan prosperity. 2 tahun lepas asyik tak sempat je kesana kesini, bila dah ada masa nak beli rupanya dah habis musim prosperity. Post sebelum ni leyla ada buat burger untuk picnic kan? Rupanya bila makan burger prosperity tu, rasa hampir sama macam burger yang leyla buat tu. Cuma daging leyla buat tebal dan tak selembut daging burger mcdonald. Dan bawang leyla fry sekejap, kalau mcdonald letak bawang holand yang fresh. 

Jadi leyla nak share cara buat burger properity sendiri dekat rumah. Senang je rupanya. Sangat mudah. Jom kita start. 

First sekali kita perlukan:

-Roti burger (beli dekat bakery lagi sedap, nak buat sendiri lagi disarankan)

-daging kisar (tak kisah brand apa. ramly pon boleh)

-butter 2 sb

-black paper tumbuk + serbuk

-sos tiram 2sb

-kicap manis 2 sb

-bawang holand hiris nipis

-tepung gandum 2 sb

-air 1 gelas


Mula-mula defrost kan daging kisar dulu. Masukkan cukup rasa sikit bagi ada perasa. Tepung jagung sikit supaya dia lekat together. Sikit je dalam 1 sudu je, jangan banyak. Bahagikan beberapa bahagian & leperkan ikut saiz dan ketebalan yang kita suka. Kalau mcdonald punya nipis je. Kalau tebal takot keras pulak nanti. 

Dalam kuali, panaskan 1 sudu butter dan masak daging tadi. Jangan terlalu kering dan garing, bagi dia sedikit juicy, baru daging tu lembut. 

Bila dah siap, keluarkan daging. Air dan butter dalam kuali jangan buang, kita buat sos blackpaper dia pulak. 

Masukkan butter, masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi warna gold. Masukkan air dan kacau. Masukkan bawang besar yg diporong dadu,Tumbuk black paper kasar dan masukkan dalam kuali, masuk sos tiram, kicap manis dan perasa secukupnya. Leyla guna cukup rasa je, kalau guna garam takot terlebih masin nanti.  Masak sampai pekat yang kita nak. 

Lepas dah siap, celupkan daging tadi kedalam sos. Angkat dan letakkan kedalam roti. Letak bawang holand yang dah dihiris nipis tadi. Siap! Senang, mudah dan sedap. 

Bila iqbal makan prosperity terus dia cakap, "eh, rasa dia macam la macam burger ynag awak buat, lepas ni kita beli kentang je la, lepas tu awak buat burger, lagi puas makan" haaa tengok, sekarang kami memang jarang makan kat luar sebab homecook rate dah 5 bintang. Tak perlu makan kat luar dah. Acececeh. 


Ini roti Yang Leyla beli dekat bakery aeon. Lebih lembut berbanding roti bun dekat kedai runcit. Muffin Tu selingan sebab sebelum siap burger Kita alas perut dengan muffin dulu. Not bad juga muffin aeon ni. Sedap. 



Taraaa. Jadi lah car boot picnic Kita. Sebab tak de tempat Yang menarik. Kita picnic Dalam kereta sajaa. 

Okay selamat mencuba korang. Buatlah untuk family korang, berbaloi dan lebih sedap. Percayalah. 

4 comments

  1. menarik ni! in case dah tak ada idea nak makan apa boleh try buat burger sendiri ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kalau xde idea boleh buat homemade burger ni

      Delete
  2. senang je nak buat....bahan pun simple je.
    nak cuba jugalah buat mana tau husband approve.
    semalam baru makan PB...kena rm24 juga sebab order thru grab huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. barang simple je. tapi rasa boleh pergi. hehe. sekarang pb macam makin kecik, makan 1 tak cukup. 2 org dah 40 ringgit. buat sendiri lagi puas makan

      Delete