Followers

MAKANAN PERTAMA BAYI 6 BULAN

 

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah Afeeya dah masuk 6 bulan dan dah mula makan untuk kali pertama. Mama nervous + excited sangat. Excited nak prepare kan makanan untuk afeeya dan nervous macam mana nak suap makanan untuk afeeya sebab pertama kali. Alhamdulillah everything going very smooth. Afeeya pun makan dengan semangat dan tak tolak makanan. 

Pengenalan makanan pertama untuk bayi 6 bulan adalah bubur kosong sahaja. Bubur nasi + extract virgin olive oil ( eevo ). Leyla tambah BM (breast milk) sikit supaya afeeya rasa lebih sedap. Bukan main seronok lagi dia makan. Tapi tak boleh banyak sangat sebab baru je lagi. Untuk bagi rasa je. Susu ibu tetap jadi nutrisi yang utama bagi bayi. Solid food cuma makanan tambahan sahaja. Tetap kena susu amount macam biasa ikut kehendak anak. Leyla pun dah mula bagi air kosong lepas makan bubur. Dah boleh kenalkan kepada baby tapi sikit je dalam 2 oz je dulu. 

Kenapa perlu bagi bubur kosong sahaja? 
 
Sebab bubur atau nasi adalah makan ruji bagi rakyat Malaysia. Jadi kita kenalkan makanan ruji dulu pada bayi. Lagi 1 untuk elakkan anak jadi picker eater. Bila kita kenalkan anak dengan makanan manis terlebih dahulu. Anak akan lebih suka makan makanan manis dan berperisa, jadi anak akan susah makan bila tiada manis dalam makanan. 

4 days rule ? Bagi menu yang sama kepada bayi selama 4 hari berturut-turut. Dalam masa 4 hari, perhatikan bayi sembelit atau naik ruam pada badan. Lepas 4 hari baru bertukar ke sayur atau buah lain. Leyla tak follow sangat 4 days rule ni. hehe. Cuma perhatikan bayi lepas makan beberapa hari. Setakat ni afeeya makan bubur kosong, bubur + pak choy, bubur + brokoli, puree buah naga & puri avocado alhamdulillah okay. Takut jugak dia alergik atau sembelit. Harap okay. Saya jenis mama yang tak sabar nak bagi anak makan macam-macam. hehe. 

Elakkan anak dari makanan pembunuh selera makan anak. 

Makanan macam mana tu yang membunuh selera makan anak? Makanan yang diproses seperti nugget sosej dan sebagainya. Makanan segera, nestum, cerelac dan lain-lain yang boleh menyebabkan bayi jadi picker eater. Bagi makanan homecook adalah yang terbaik. 

Resepi bubur Kosong 

2 sudu beras sumo (baik untuk penghadaman & naikkan berat baby) 

1 sudu kecil Extract virgin olive oil (EEVO) 

Bilas beras sehingga bersih. Sekali bilas sudah memadai. Rebus beras sehingga masak dan lembik. Blend halus nasi yang dah masak tadi. Titiskan EEVO Dan kacau sebati. Buatkan sejuk dan boleh suapkan untuk bayi.  


0 comments