Followers

IKEA SOFT TOY & HIGH CHAIR FOR BABY

 Assalamualaikum. 

8/11 appointment check up afeeya macam biasa dekat klinik kesihatan. Cucuk untuk 5 bulan. Berat dan tinggi afeeya normal. Usia 5 bulan berat 6.2 kg, tinggi 59cm. Naik secara normal. Masa cucuk haruslah menangis kan sekejap, lepas dah cucuk pujuk kejap terus diam. Balik rumah, mama dengan papa sarapan dulu dan siapkan afeeya. Kita keluar pergi Ikea Damansara sebab mama excited nak beli highchair untuk afeeya. Bulan depan afeeya dah boleh makan, jadi kita prepare sikit-sikit dulu. 

Dah sampai ikea macam biasa lah pusing dulu 1 show room tu tengok apa yang menarik. Banyak benda dalam kepala mama nak beli tapi sabarrrr. hahaha. Sekarang nak beli high chair afeeya je, jangan ubah plan. Jalan jalan ternampak soft toy panda, terus mata afeeya pandang pand atu dan tangan dia terkuis-kuis panda, dia sekarang dah tahu barang-barang dan ada minat pada sesuatu barang tu, papa tanya afeeya nak ke? mata afeeya tetap pada panda tu sambil usaha nak capai. Ok lah, ambil lah 1 panda bawak balik. Seronok lah dia. 

Habis pusing 1 showroom, sambung pusing store dekat bawah pulak. Sambil mata mama perhatikan barang-barang dapur. Uiiii betul-betul uji keimanan. Tahan-tahan.. itu bajet lain pulak. Dah pusing 1 store masih tak jumpa highchair afeeya. Dekat atas tu tulis out of stock tapi macam mustahil. Bila ke tempat rak banyak-banyak tu, sepampam kerusi tu digantung dekat rak. Banyak ya stock dia sebenarnya. Terus grab 1 set high chair tu. Dekat atas tadi dah grab 1 towel dan panda afeeya. Ok dah, cukup-cukup. pergi bayar. hahaha 

Iqbal selalu cakap, kalau masuk ikea mesti selalu sesat kan. Sebenarnya bukan sesat tapi kita kena lalu semua showroom untuk keluar walaupun kita tak nak lalu dah showroom dan nak turun ke bawah untuk beli or bayar barang. Jalan dia memang akan buat kita pusing-pusing semua showroom. Penat ya berjalan dekat ikea. 

Yeyyy dah dapat high chair afeeya. ready untuk makan bulan depan. Mama so excited dan mama tahu afeeya lagi excited sebab asyik mintak dan tengok mama papa dia makan sampai meleleh air liur. Sabar ya nak, bulan depan awak makan ok. 

Yang ni memang selalu interframe dan very protective 'abang'. Kalau lily kacau afeeya dia datang marah si lily. Tapi kadang-kadang dia malas layan dan nampak sedih bila asyik main dengan afeeya dan tak layan dia. Kena jugak ambil hati dia. Kalau tak dia jadi anak sulong yang tersakiti. Sabar lah, anak sulong kena banyak sabar. 

Next leyla kongsi preparation lain untuk first food & first meal afeeya dekat blog okayh. stay tune. 

2 comments