Weekend lepas kami bawak afeeya pergi picnic. Picnic pertama untuk afeeya. Sebelum kahwin memang selalu jugak papa mama berpicnic. Lepas je kawen dah tak picnic dah, masak dan makan dekat rumah je. Sekarang bawak afeeya pulak picnic sambil-sambil afeeya boleh tengok dunia luar dan explore lebih banyak lagi. Afeeya suka sangat kalau bab berjalan, memang dia behave je tak ada buat perangai. Jadi senang la nak bawak keluar.
Kami masak spicy Korea chicken with rice & homemade burger. Masa untuk masak cuma 1-2 jam sahaja tapi bila dengan afeeya jadi 3-4 jam baru siap masak. Afeeya susah tidur kalau dekat rumah, lagi kalau dengar suara papa dia, dia memang bangun nak main. Dia tidur 5-10 minit je. Macam mana nak masak. Terpaksa la mama papa bergilir-gilir masak. Maka siap lah menu untuk picnic.
Tapi.... Lepas je siap masak, bila tengah siap-siap nak keluar, langit dah mula gelap. Cepat-cepat packing barang & keluar rumah. Bila masuk kereta je hujan. Dan hujan Makin lebat. Cadangnya nak picnic dekat Gamuda Gardens tapi memandangkan hujan, Kami tukar plan. Cari tempat Yang tak hujan. Senang je nak Cari. Search je Google weather tempat Yang nak dituju tu. Kami search pantai remis Dan tak hujan dekat sana. Berharapkan pantai remis tu cantik lah. Tapi bila sampai. Hmmmmm tak menarik ya pantai dekat situ. Nak Cari port parking punya susah. Kalau ada pun laut, Dan ada benteng Yang tinggi. Jadi payah nak nampak laut. Akhir nya jumpa tempat tepi laut tapi jalannya sangat sempit. Menang ngam-ngam 1 kereta masuk. Parking je lah dekat situ dan bukak bonet kereta, set up dalam kereta, turun Kan seat Dan set up lapik Dan berpicnic lah kita dalam kereta.
Maka tenanggggg... Ribut jiwaaaaa... Ribut jugak jiwa nya bila park tengah jalan Lepas Tu orang lalu Lalang macam nak lalu padahal hujung Tu dah jalan Mari. Tak block jalan orang pun.
Nah menu nya bukan main. Beef burger homemade sedap gila. Spicy Korean chicken 🥵, rice & orange juice. Sekali dengan kaki 'caca' dekat situ. (Rabbit afeeya)
Lepas dah makan cepat-cepat ambik gambar sekeping dua Lepas Tu terus gerak mencari mall sudahnya. Dah sampai depan I-central city mall, afeeya tidur. Kesian nak kejutkan dia jadi Kami terus balik rumah. Saja jalan pusing-pusing sampai ke Shah alam 🤣.
1 comments
nnt dah besar sikit dah boleh main air laut pula ;-)
ReplyDelete