Followers

MINUM AIR GULA DAN DETAIL SCAN DI POLIKLINIK KEN RIMBA

 Minum air gula dan detail scan di Poliklinik Ken Rimba| Bab minum air gula ni memang buat semua bakal ibu seram kan sebab dimomokkan dengan air gula yang tak sedap. Termasuklah diri sendiri yang seram dengan air gula tu. Temujanji bulanan buat dekat klinik kesihatan sahaja, cuma untuk minum air gula request dengan nurse nak minum dekat swasta sebab nak buat sekali dengan detail scan *mencari alasan betul ya!. Nasib baik nurse tu okay je. Ataupun boleh juga beli air gula berperisa dekat swasta lepas tu minum dekat kk, janji air gula tu nurse dah sahkan boleh la. Lagipun kalau minum air gula kena pergi klinik awal, biasanya leyla ambil cuti halfday tengah hari. Kalau ambil pagi, sudahnya tak pergi kerja sehari sebab dah penat dan kadang-kadang drag masa sampai pukul 1 baru habis dekat kk. Kalau minum dekat klinik swasta boleh buat hari ahad cuma kena bayar RM45. 


Kalau dekat swasta boleh pilih nak flavor oren ataupun anggur dan boleh pilih nak suam, biasa ataupun sejuk. Jadi leyla pilih oren sejuk. Sebelum minum air gula ni, kena ambil darah dulu. Lepas dah ambil darah boleh start minum, minum cepat-cepat bagi habis. Sedap je, cuma rasa macam macam air twister manis sikit. Lagi manis air lychee strawberry zus coffee lagi daripada air gula ni. Lepas dah habis minum, kena tunggu 2 jam untuk ambil darah sekali lagi. Boleh keluar jalan-jalan or balik rumah sambung tidur dulu. hehe. Tapi nurse kk nasihatkan leyla just tunggu dekat klinik sebab nanti kalau kita jalan-jalan badan penat, result keluar tak cantik. Jadi rehat je dalam klinik tu. Lagipun leyla ada detail scan, lepas minum air gula sekejap dia panggil untuk detail scan pula, tak ada la nak menunggu terlalu lama kan. 


Ni harga untuk minum air gula dekat Poliklinik Ken Rimba tu. Leyla pilih yang perisa oren tu, ada gas sikit-sikit, okay la minum sejuk-sejuk macam minum air f&n je. Boleh la minum dengan bertenang hehe. Siap offer dekat iqbal lagi, memang tak nak la dia.😆

Lepas tu duduk kejap, dia panggil untuk detail scan pulak. Untuk apa detail scan ni ? Penting ke ? Kalau mommy ada bajet, sangat disarankan untuk buat detail scan ni. 

Apa yang dimaksudkan dengan detail scan?

Detail scan ini merupakan 2d black and white ultrasound scan untuk tengok anggota-anggota badan baby. Eg) brain, heart, limbs, kidney, perut dan lain-lain. 

Fetal brain (kepala baby) pula kita tengok banyak benda. Otak belakang (cerebellum), cecair dalam otak (lateral ventricles, cm), tissue otak (choroid plexus), saiz kepala, banyak lagi. Nak kena pastikan saiz okay dan tak ada benda asing disitu.

Apa lagi yang diperiksa ketika detail scan ? 

☝Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak.

☝Muka – profil muka, soket diantara mata, hidung, mulut dan lelangit.

☝Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.

☝Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen

☝Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing

☝Tulang belakang

☝Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.

☝Jantina baby

☝Tali pusat

☝Keadaan serviks ibu

☝Kedudukan uri – perlu diperhati samada normal atau uri rendah. Tahan kencing dulu untuk dapat result yang ok. 

☝Amaun amniotic fluid – diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim

Alhamdulillah leyla scan baby dalam keadaan sihat walafiat kat dalam perut. Siap sembunyi muka dekat uri lagi, sampai sudah tak pusing muka dia taknak tunjuk. Malu sangat dia nak tunjuk muka, cantik sangat tu sampai semua seri mama dia ambik. Dia suka benamkan muka dekat uri buat macam bantal tidur dia. Amboii diaa... Dah scan tempat-tempat lain semua okay, nak tengok muka balik sampai sudah tak nak pusing, dah sonographer tu kacau-kacau dia, dia tutup muka dengan tangan pulak sampai hisap jari. Adikk adikk. 

Minggu 18 hari tu leyla dah buat gender scan dekat sini jugak. Gender scan sahaja RM20. Murah kan, jadi saja-saja scan sebab mama dia tak sabor. Siap betting dengan iqbal kalau lelaki, leyla belanja aiskrim, kalau perempuan iqbal belanja leyla aiskrim. Kami memang dah bersedia kalau result lelaki, sebab semua orang cakap lelaki, eh tup tup baby girl. Tersuprise la mama papa 😆. Bila detail scan ni konfemkan lagi sekali gender. Sono tu cakap "eh karipap la mama, ada karipap ni" Maka confirmlah girl. Mama excited la sebab nak beli baju pink, papa frust sebab dah berangan nak beli mainan anak, nak buat bilik anak macam naruto. Adoii. Sabar ea papa, tunggu next pulak ya. 


Ni harga untuk Detailed scan RM110. Dapat gambar dan CD. Cd nya leyla belum sempat buka ada apa. Nanti baru nak tengok. Rasanya result untuk detail scan. 

Bagi leyla detailed scan ni sangat penting. Untuk tengok keadaan baby dan supaya boleh dapatkan rawatan awal kalau ada komplikasi dan juga supaya kita boleh bersedia lebih awal untuk sebarang kemungkinan. Kakak ipar leyla pun ada cerita kawan dia buat detail scan dan nampak baby dia rupanya ada problem dekat jantung, dan dia lebih bersedia untuk terima sebarang kemungkinan bila baby dilahirkan. Minta dijauhkan dari kemungkinan yang tak baik. Nauzubillahhiminzalik. Kalau ada problem dikesan ketika detail scan kita akan cepat-cepat diminta untuk rujuk kepada pakar dan ambil langkah seterusnya tanpa terlambat. Detailed scan ni lagi penting ya daripada 4D/5D scan. 4D/5D Scan cuma untuk lihat muka baby dari dalam perut sahaja. Tak boleh nampak sedetailnya keadaan baby.

Oh ya, untuk detail scan disarankan buat pada minggu ke 18 sehingga minggu 24. Leyla buat pada minggu ke 22. Dah cun-cun dah waktu tu. Jangan terlalu lambat sebab nanti baby makin membesar dan susah nak tengok keseluruhan baby. Bila dia dah padat dalam kantung, dia tak boleh nak pusing-pusing lagi dah, jadi payah sikit nak tengok part-part yang tersembunyi. Jadi buat dalam minggu ke 20-24 tu dah okay. Kalau minggu 18 takut terlalu kecil lagi. Untuk cek kedudukan uri dengan betul, kena tahan kencing sepatutnya, tapi leyla dah buang air dulu sebelum tu, jadi tak dapat result yang cantik la. Kedudukan uri tetap nampak cuma result yang tepat tu tak dapat. 


Overall pasal klinik ni best la. Kami sebenarnya duduk jauh dekat Rawang tapi tetap pergi sini dekat Klang sebab dah selesa dekat sini. Nak tunggu lama pun tak terasa sangat sebab boleh tengok tv boleh rehat-rehat. Mostly yang datang untuk cek baby. Proses kat sini pun laju je. Kalau yang cek up baby tu kejap je dah siap. Tak perlu tunggu lama-lama. Leyla recommend la klinik ni untuk korang ynag nak scan atau check up dekat sini. Untung kalau duduk dekat-dekat sini je kan. Okay jumpa next entry pula ya. Bawah ni leyla sertakan info klinik sikit ya. 

Poliklinik Ken Rimba

Address: Jln Lengkuas C 16/C, Ken Rimba, 40200 Shah Alam, Selangor

Hours: 

Tuesday 8am–10pm

Wednesday 8am–10pm

Thursday 8am–10pm

Friday 8am–10pm

Saturday 8am–10pm

Sunday 8am–10pm

Monday 8am–10pm


Thanks for reading this entry! 

4 comments

  1. Luas dan selesa nampak klinik ni. Apa apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaamin...

    ReplyDelete
  2. tahniahnyer dpt baby karipap.. hehehe

    ReplyDelete
  3. luas dan selesa rupa kliniknya. tahniah dpt bby karipap juga. nnt seronok lah hias dorg dgn baju2 fancy

    ReplyDelete
  4. Part minum air gula tue memang sentiasa seram😂😂

    ReplyDelete