Assalamualikum. Hai...
Dengar tajuk pun hati dah 'dupdapdupdap' nervous kan? Untuk yang pertama kali jumpa bakal mertua sudah tentu perasan nervous gementar tu semua ada, tak boleh tidur malam pon boleh jadi, asyik fikirkan apa yang akan jadi nanti kan.
Perkahwinan tu mudah, tapi untuk kita merancang perkahwinan tu susah, untuk kita meyakinkan kedua belah pihak itu sulit. Untuk mengenali hati budi keluarga pasangan dan untuk keluarga pasangan mengenali diri kita juga sukar. Perkahwinan bukan sahaja dengan pasangan semata, tetapi dengan keluarga nya yang akan menjadi keluarga kita nanti.
Kat sini ada tips sikit yang mungkin boleh diguna pakai untuk semua dan lebih kepada tips untuk perempuan, lelaki pun boleh try cara ni, tapi olah2 la sendiri ya.
1. Rancang Pertemuan.
Sebelum nak pergi jumpa bakal mertua, jangan tiba-tiba terjah je rumah dia. Pasangan kita perlu bagitau keluarga nya dulu serba sedikit tentang diri kita. Mungkin sebulan atau seminggu, sekurang-kurang nya keluarga pasangan tahu yang anak nya berkawan dengan seseorang. Lepas tu 2 atau 3 hari sebelum, pasangan bagitahu nak bawak kita ke rumah untuk berkenalan, mintak izin dengan ibu bapa kita untuk ke rumah bakal mertua. Supaya kedua belah pihak tahu tentang pertemuan ni. Seeloknya jangan pergi ketika dalam majlis contohnya hari raya, majlis kenduri, majlis aqikah, atau majlis - majlis lain kerana, tumpuan keluarga mertua tak akan tertumpu kepada kita dan masa untuk suai kenal pun menjadi singkat dan mengganggu keluarga pasangan.
Sebelum jumpa bakal mertua, tanya pasangan kita dulu tentang keluarga nya. Apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka. Ini dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.
2. Jaga Pemakaian.
Jaga adab berpakaian kita juga sangat penting. tak semestinya perlu berbaju kurung bertudung labuh, cukuplah memakai baju yang sopan dan tidak menjolok mata. Sedap mata memandang dan nampak simple. Bab make up, perempuan memang titik berat, tapi jangan keterlaluan, cukup make up nipis dan ber lipstik supaya nampak segar dan tidak pucat. Jangan make up makan nak kahwin ya. Terkejut orang nanti. Simpan je make up tu untuk kahwin nanti.
3. Bawa Buah Tangan
Ajaran mak aku yang selalu diulang-ulang, nak ke rumah orang, tak kira rumah keluarga kawan-kawan atau rumah orang sakit atau rumah bakal mertua, bawa buah tangan. Contohnya boleh bawak kek, roti ataupun buah-buahan. Apa-apa pon boleh sebenarnya, tengok kesesuaian. Aku bawak buah je last time. Before tu pernah bawak keropok keping dari Terengganu, pernah bagi kuih jugak. Jadi pandai2 lah korang nak bawak apa. Kalau tak ada idea sangat, kalau dah waktu petang boleh je brenti beli goreng pisang untuk makan petang, tu pun dikira buah tangan. Tak perlu lah nak kena bawak hadiah beg LV, Chanel bagai tau.
4. Jaga Adab dan Rajin di Rumah Orang.
Dari kecik memang aku dah diajar untuk ringan tulang kat rumah orang, mula-mula memang tak suka tapi lama-lama kita akan terbiasa dan senang dan berterima kasih dekat mak sendiri. Apa yang mak aku ajar, bila pergi rumah orang, kita sama-sama masuk dapur, jangan tunggu je kat ruang tamu orang bawak keluar air. Kita boleh tolong buatkan air dan sediakan juadah. Lepas makan, basuh pinggan mangkuk dekat dalam sink, jangan basuh pinggan sendiri je. Sama-sama tolong masak untuk makan tengah hari, tak pandai masak takpe, tolong potong sayur je, nak masak tu tak berapa digalakkan sebab kita tak tahu citarasa keluarga orang macam mana.
5. Kenal-Kenal Dengan Bakal Abang/ Kakak/ Adir Ipar.
Ini tips terakhir, ini juga penting tau. Kenal dengan adik beradik pasangan kita, jika kita cepat selesa dan mereka juga selesa dengan kita, lebih mudah untuk kita membiasa kan diri dalam keluarga pasangan kita. Jangan terlalu sombong dengan adik beradik nya. Selalu berendah diri dengan semua ahli keluarga walau siapa pun kita. Kelak mereka juga jadi sebahagian dari hidup kita. Ringan - ringan kan diri bertanya dan bersembang dengan adik beradik nya.
Okay, itu je 5 tips yang korang boleh praktik kan. Nak tips lebih boleh PM tepi ya. Semoga berjaya korang. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk menyatukan dua jiwa ni ya. Ameen.
2 comments
eheeeh seram nak jumpa bakal mertua..
ReplyDeletenervous kadang2 yang kita dok jaga control tu yang x menjadi hahaha..
haah kak . biasa kalau part yg kita control tu la yang fail, smpai potong buah pon terpotong jari hahaha
Delete