Followers

JIKA CANTIK YANG KAU CARI, AKU BUKAN ORANGNYA


Dah lama rasa nya tak cakap soal hati perasaan dekat blog ni. Bagi chan la hari ni ya. Tiba-tiba terdatang ayat ni dalam fikiran, mungkin ada yang dah pernah dengar kan. Cuma entah tiba-tiba tergerak nak tulis ayat ni. Dan alang alang tu tulis lah dekat gambar terus guna apps fontee ya dekat fon kalau ada yang nak tanya.

Jika cantik yang kau cari, aku bukan orangnya| Aku bukan seorang yang cantik putih bersih macam orang lain tetapi aku bersyukur dengan siapa diri aku. Bagi aku cantik tu subjektif, sesiapa pun boleh jadi cantik di mata sesiapa pun. Pernah korang tengok orang berkulit putih dengan yang berjulit sawo matang, ada yang cakap sawo matang tu lebih manis. Mungkin dimata si melihat dengan pandangan orang lain berbeza.

Jadi cantik ni tak bawa kemana, dah tua pun kerepot juga. Cuma perlu jaga supaya kemas, wangi dan bersih dah cukup. Allah dah cipta semua hambanya sempurna dan cantik. Walaupun ada cacat dimana mana, sebenarnya dia tetap sempurna dimata Allah. Jadi mana satu pilihan kita, sempurna dimata Sang Pencipta atau sempurna dimata manusia?

Yang membezakans seseorang itu adalah keikhlasan hati menerima kelebihan dan kekurangan orang lain. Kalau untuk yang berpasangan, menerima kelebihan dan kekurangan dalam melengkapkan satu sama lain. Bagi aku 'sayang' semua orang boleh cakap, tapi keikhlasan tak semua orang boleh buat untuk seseorang. Keikhlasan memafkan kesalahan orang lain dan menerima kesalahan orang lain dengan sabar.

Jadi hargai orang yang ikhlas menyanyangi seadanya kita. Kerana belum tentu orang lain boleh sayang kita seikhlas itu.

4 comments

  1. Betul.Cantik dalaman itu sangat penting.Indah luaran itu nikmat dan hadiah.Cantik dalaman akan mengacuankan kecantikkan luaran namun cantik luaran tidak semestinya membentuk indahnya dalaman.

    ReplyDelete
  2. tak perlu mencari yg cntik kalau yg baik ada sntiasa bersama kita. cantik tidak kekal kemana. percaya pada cinta yg ada didepan mata. InshaAllah kita bahagia. <3

    ReplyDelete
  3. Cantik itu subjektif.

    ReplyDelete
  4. Cantik hati yang utama. Muka cun peloles mcm mana pun kalau hati tak secantik wajah, no point juga kan.

    ReplyDelete