“Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.”( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas). - See more at: http://www.rawatanbekam.com/
Minggu lepas, saya ada ke pusat rawatan resdung. Sebenarnya niat dihati nak pergi facial kononnya sebab kebelakangan ni muka sangat teruk sebab panas sangat kat perlis. Malam malam pun tidur tak menentu. Jadinya muka jadi macam ayam berak kapur. Sangat tak bermaya dan suram. Tambah cuaca kat perlis ni sangat lah mencabar. Tengah hari suku boleh sampai 40- 41 darjah celcius. Panas tu. Ada terima berita pelajar kedah meninggal terkena strok haba. Jadi hati hati ye semua yang belajar di utara. Minum air banyak banyak.
Ok berbalik kepada rawatan bekam tu. Dalam fikiran nak pergi facial tu, Kawan saya ada cakap, "Kenapa tak pergi bekam ja ? buang resdung dan darah kotor". Emm, ada betulnya jugak. Kenapa aku tak buang darah kotor dulu dari muka. Lagipun boleh hilangkan rasa cepat sakit kepala. Saya ni memang jenis cepat sangat sakit kepala bila panas dan penat.
RUANG MENUNGGU |
Sampai je dekat spa rawatan bekam, boleh tahan cantik kedainya. Dulu tak secantik ni kata kawan. Sekarang dah upgrade. Alhamdulillah rezeki lebih. Terus ambil pakej bekam untuk muka. Semua 6 point dekat muka. Mulanya berdebar jugak tapi buat buat cool je la.
Semasa rawatan tu ada sakit sikit lah tang nak cucuk tu. Saya ni memang alergik sikit dengan jarum. Seram nak kena cucuk cucuk ni. Sebelum tu dia massage sikit kawasan muka yang nak di bekam dengan minyak. Lepas tu dia suruh tutup mata. Masage lagi lepas tu dia cakap nak cucuk sikit. Semaasa kena cucuk, mak ai, sabar je lah. banyak jugak dia cucuk pakai jarum yang nak test jenis darah tu. Nasib bukan pakai jarum besar gedabak tu. Jangan takut pulak, bukan sakut sangat pun, saya je lebih lebih sebab memang jenis takut jarum. Tapi okay ja saya habiskan 6 point dengan hati sado.
6 point termasuk tepi mata dua point, pipi 2 point dan rahang 2 point. Yep, bekam akan tinggalkan kesan yang agak extreme tetapi jangan risau kepada yang bertudung, sebab kesan hanya tinggal di tepi mata sahaja. Mungkin sebab kawasan tu tak ada lemak. Jadinya dekat pipi memang tak ada kesan langsung sebab saya punya lemak pipi yang banyak. Kesan dia akan hilang ngam ngam seminggu.
Darah yang keluar saya tak pasti saya punya banyak mana. Sebab tutup mata kan. Dia tanya nak tengok tak pun, saya cakap tak apa lah. Huuu bau darah pun dah cukup.
Hasil dari bekam tu. tak boleh nak nampak 100 % lagi sebab baru sekali buat. Tapi okay bagi saya yang senang nak kena sakit kepala kalau cuaca panas, tapi lepas bekam ni, panas yang amat dekat perlis ni pun Alhamdulillah tak sakit kepala sangat. Kalau tak balik kelas memang satu seksaan lah.
kepada sesiapa yang nak buaat bekam, sangat disyorkan. Sebelum buat rawatan luaran, elok kalau kita buang darah darah kotor di sebalik kulit dulu. Bagi kulit fresh dan peredaran darah lancar bawah kulit. Baru boleh nak buat facial semua tu. Jangan risau, tak sakit pun. Selamat mencuba semua.
8 comments
Moga Allah turunkan hujan...amin...
ReplyDeletein shaa Allah.aminn
Deleteuish leyla, kat muka boleh bekam juga ye.. leyla jaga kesihatan ye sayang, musim panas terik ni di utara sana , rindu sangat dengan adik leyla manja kak ana ni :)
ReplyDeleteboleh kak ana. tapi tinggal kesan la sminggu. nasib pakai tudung. heee. mesti lah lela rindu kak ana yg comel ni jugak
DeleteIeyla , hi sis. salam ukhwah. pusat bekam ini ownernya kawan akak. Akak linkkan entry ini kepada link akak yer. Tq
ReplyDeleteboleh akak. silakan. ya ka ? leyla sje2 je review ni untuk orang ramai. kalau nak yang full review boleh je leyla tolong, in shaa Allah boleh promote2 kat orang perlis.
DeleteAssalamualaikum adik lela, saya kak Farah dari AMS WELLNESS CENTRE. Terima kasih atas review ni. Moga dengan review ni dapat bantu lebih ramai yang memerlukannya.
ReplyDeletemoga Allah beri adik kesihatan yang baik.
waalaikummusalam kak farah. in shaa Allah dan sama sama. saya cume review sesaja ja. mana tahu orang cari jumpa entry ni kan. boleh la bantu yang mana mampu. kalau akak nak saye review lagi detail pun boleh. boleh email dekat aswaleyla@gmail.com
Delete