Followers

REWARD OLYMPUS PEN Lite (E-PL6) UNTUK DIRI SENDIRI

Sebagai lifestyle blogger, kamera adalah keperluan utama yang perlu ada. Terutamanya ketika saya melancong tak kira lah luar atau dalam negara. Sebagai seorang blogger memang gambar aset paling penting yang perlu diisi didalam setiap entry. Setakat penulisan yang baru nak belajar ni memang tak mampu nak melahirkan penghayatan yang bagus. cewahhh.

Sebelum ni saya dah ada camera digital yang biasa, gambar tidak lah berapa cantik dan memuaskan, jadi kamera tu telah menjadi hak milik ayah. Ayah yang guna untuk ambil gambar kerja dia. Saya beli pulak SJCam 5000, pakai 2 3 kali, tak puas hati pulak sebab salah beli yang tak ada wifi pulak, susah nak buat kerja. Nak buat handphone sebagai shuttle pun tak boleh, aktiviti selfie tergendala. Nak guna untuk record video je boleh.

Sebagai reward untuk 2015 yang telah berjaya, saya belikan diri sendiri satu camera OLYMPUS PEN Lite. (E-PL6). Nak tunggu orang belikan memang tak ada. Jadi hadiahkan diri sendiri.



Kenapa OLYMPUS ? bukan NIKON atau CANON? Sebenarnya saya nak beli camera DSLR kononnya nak jadi photographer cari duit lebih, tapi ma punya pun dah ada satu camera CANON, buat apa nak ada sampai dua. Bukan saya guna pun. Lagipun untuk aktiviti traveling, camera DSLR sudah tidak releven waktu sekarang. Camera MIRRORLESS lebih mesra dengan traveller dan semua aktiviti. Cuba fikir, nak pergi jalan-jalan kat taman, nak tangkap gambar biasa-biasa pun kena usung camera DSLR, susah kan ? nampak terlalu profesional berbanding camera MIRRORLESS yang lebih humble tetapi mampu hasilkan gambar yang cantik setanding dengan camera DSLR.

Jom kita unboxing kan kotak, tengok ada apa.





Selain dari dalam kotak, saya masih dapat freegift Tripod, 16GB FlashAir Memory Card Wifi, Zoom Lens ED 40-150 mm f4.0-5.6 R dan TravelBag untuk baby Olympus saya ni. Zoom Lens memang best sangat sebab sangat jauh boleh zoom dan sangat sharp.


FlashAir Wifi boleh pindah kan gambar terus ke handphone. Jadi mudah lah untuk terus update ke Instagram dan laman sosial yang lain. Nak terus update blog pun boleh.

Camera spect dan warna yang sediakan untuk anda. Aku pilih warna hitam, nampak lebih menawan dan elegent. Warna putih nampak macam mainstream sangat dan warna merah nampak macam tak ada stail.



Kepada yang suka selfie, camera ni sangat recommended sebab boleh selfie dengan mudah, cuma lipat skrin ke atas dan take a selfie ! Mudahkan ?


 Kenapa Mirrorless dari Olympus ? Kenapa bukan dari Nikon atau Canon? Jawapan dia sebab Nikon dan Canon adalah pengeluar Camera DSLR tersohor. Mana-mana DSLR memang akan pilih Nikon dan Canon, jadi syarikat Nikon dan Canon akan sentiasa upgrade camera DSLR bukan camera Mirrorless. Aku pernah beli camera Nikon Digital, gambar tidaklah secantik mana. Tetapi Olympus adalah antara pengeluar camera Mirrorless dan sentiasa upgrade camera Mirrorless sama jugak seperti Fujifilm. Fujifilm juga cantik dalam segi warna untuk camera Mirrorless, tetapi harganya jauh lebih mahal.


Jadi bagi saya camera ni sangat sesuai untuk dibawa kemana-mana. Sesuai untuk travel ataupun untuk dibawa ke majlis seperti majlis kahwin. Boleh letak dalam handbag sendiri. Tak susah macam nak bawa DSLR.

OK, part harga saya tahu ramai yang tertanya-tanya. Saya dapat semua sekali termasuk lens cover untuk Zoom Lens RM 1750.00. Berpatutan sebab dapat sekali dengan Zoom Lens dan Tripod.

Untuk OLYMPUS PEN Lite (E-PL6) saya bagi ....




4 comments

  1. wowww..!! dasyat Leyla sekarang.. camera pun dah pro dah.. makin cantik la gambar2 dalam blog ni nanti ye.. hehehehee.. tahniah Leyla, reward diri sendiri tu memang bagus sebagai motivasi.. :)

    *bila nak snap gambar kak ain plak..? ehh.. jumpa pun entah bila kan.. hehehehee..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak ain. hasil titik peluh berjurai dekat padang kawad. hehehe. in shaa Allah nanti kalau jumpa kitta selfie bnyak2 yaa

      Delete
  2. wahhh, cantiknya, Iday belum ada mirrorless camera lagi, paling suka part selfie tu. Sekarang pergi event bawak DSLR lagi. tapi nasi baik bukan iday bawak, husband yang bawak. hehehehe

    nanti nak check la olympus punya camera. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade rezeki boleh lah beli nnti kak iday. kita pon ingt nk dslr tapi ssh nak bawak nanti. yg ni ckup lahh

      Delete