Followers

DIPLOMA DAN MATRIK, MANA SATU YANG ELOK ?

Assalamualaikum..

Ingat entry semalam yang saya janji nak bagi pandangan untuk adik adik memilih jalan seterusnya selepas SPM ? Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah kepada semua yang berjaya, yang tak berjaya mencapai target tu, jangan risau, sebab masih ada jalan dihadapan sana dik.

OK, lepas dapat result mesti pening nak pilih samaada STPM ? MATRIKULASI? ASASI? DIPLOMA? SPA? ataupun terus KERJA?
Ni cuma pendapat dan pandangan 20 sen saya. Jangan 100% berpegang kepada pendapat saya ni, sebab masing masing ada minat masing masing kan.

Saya assume asasi dengan matrikulasi sama la kan sebab setahun ja. Yang pening sikit antara matrikulasi dengan diploma kan ? Sebenarnya masing masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Ada lebih ada kurang jugak.

MATRIKULASI

Kalau adik adik pilih matrikulasi, OK. Sebab adik adik boleh jimat 2 tahun berbanding dengan diploma, Kalau ada yang plan nak kahwin awal tu boleh la sebab adik adik akan grade lebih kurang dalam umur 23 ke 24 tahun. So muda lagi kan?

Tapi, matrikulasi adik adik memang kena struggle kejar pointer sebab nak fight untuk ambilan degree dan untuk pastikan kos yang adik adik nak tu dapat. Kan nanti kalau result tak bagus, kos pon dia bagi kos lain daripada yang di idamkan. Tapi ok ja bagi pendapat akak, nanti muda muda dah kerja.

DIPLOMA.

Dengan diploma, konfem konfem akan bazirkan masa selama 2 ke 3 tahun. TAPI, sekurang kurang nya adik adik dah ada diploma berbanding dengan matrik, adik adik tak boleh kerja lagi dengan sijil matrik. Nak ikut pengalaman pun akan lebih kepada diploma sebab masa belajar tu, adik adik akan belajar dari basic sebasic basicnya dan ada praktikal bekerja. Ada lah sikit pengalaman kat situ.

Bila sambung degree dengan diploma, adik adik boleh potong setahun degree kalau universiti yang sama. Industri pon biasa akan lebih prefer untuk ambil pelajar yang ada diploma untuk bekerja kerana dah ada pengalaman bekerja dan lebih banyak kefahaman lah. Mana tak nya, 7 tahun hadap benda sama.

SPA.

SPA bagi akak elok jugak sebab terus dapat kerja. Kalau dapat tu pergi je lah sebab zaman sekarang sangat lah susah nak dapat kerja. Serius yang ni. Saya pun risau apa nasib saya habis belajar nanti.Just grab the chance sayang.

KERJA. 

Kalau adik adik masih mampu nak belajar, sambung lah belajar. Sebab dengan sijil SPM, apa ja kerja yang ada lagi ? semua bangla dah ambil alih dah. ops. Tapi itu lah hakikatnya dik. Sekurang kurang nya ambil lah sijil kemahiran. Sijil kemahiran ni bagi akak lagi elok sebab boleh kerja sendiri dan belajar pun tak ada tekanan sangat.

Ok, itu lah pendapat 20 sen akak. Kalau ada soalan boleh email, pm facebook takpun pm ja kat ig tuu. Jangan malu malu bertanya ye. In shaa ALLAH akak tolong. Buatlah pilihan yang betul ya dik. Jangan menyesal di kemudian hari walaupun hakikatnya setiap keputusan yang kita buat, kita akan tetap rasa menyesal walaupun sikit.

1 comments

  1. bagus info ni untuk dik-adik lepasan SPM. Akak dulu matrik tapi dulu saingan tak hebat macam sekarang. Darimatrik ke uni lagi senang.. sekarang dari matrik nak ke uni susah jugak. Kalau boleh kejar pointer, go on dengan matrik. If tak boleh, buat diploma & ijazah, or stpm -> ijazah. Tak semestinya masuk tingkatan 6 tu tak pandai..Apa2pun ambil saja peluang yang ada depan mata. just my 20 cent opinion. :)

    ReplyDelete