Followers

PERADUAN MELUKIS LOGO BOLA SEPAK NEGARA | HARIMAU MALAYSIA |

Assignment minggu ni kena buat logo dan hantar kepada FAM sempena pertandingan melukis logo tu. Mesti mengarut punya logo yang saya lukis. Mana lah pandai nak buat logo ni semua. Edit gambar tahu lah. Jadi, kepada sesiapa yang volunteer nak buat logo boleh lah join sekali. Tu ada sedikit syarat kat bawah ni. Kalau nak lagi terperinci boleh ke laman web rasmi FAM.


Penciptaan logo dan tema ini adalah selaras dengan mandat  FAM untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.

HARIMAU MALAYSIA adalah nama baharu yang diberi kepada pasukan bola sepak kebangsaan. Peraduan ini adalah kelolaan FAM bagi mencari imej baharu kepada pasukan bola sepak Malaysia.

 SYARAT DAN TERMA PERADUAN

 Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hak milik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hak cipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.

Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:

Nama Penuh
Nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Alamat E-mel
Salinan kad pengenalan Malaysia

Hak pemenang yang terpilih adalah hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.


Untuk SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO FAM boleh layari

2 comments