Followers

5 ciri ciri lelaki idaman wanita

lelaki idaman


Citarasa seorang perempuan ni berbeza beza. Ni aku cuma bagi secara keseluruhan sahaja. Kalau ada nak tambah, tabah sendiri lah ye. Komen kat bawah ni.
Tapi aku percaya, semua perempuan nak didampingi ciri ciri lelaki dibawah ni. Aku ? ermm, mestilah nak macam ni jugak. Tapi perlu diingat, jangan terlalu taksub dengan ciri ciri lelaki idaman ni. Jangan pula tinggalkan suami, tunang, kekasih hati sebab tidak mempunyai ciri ciri yang diidamkan. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan nya. Terima lah seadanya kerana, kekurangan kita melengkapkan kelebihan dia, kelebihan dia melengkapkan kekurangan kita.

ok, ciri yang pertama adalah...

FAMILY GUY

Family guy ni termasuklah penyanyang, caring, hormat orang tua, suka kan kanak kanak, pandai memasak, rajin kemas rumah dan rajin membantu kita melakukan kerja kerja rumah. Dalam kata lain. family guy ni macam ada sifat ayah ayah laa. Family guy ni bagi aku dia sangat menghormati kedua ibu bapa dia dan kita. Pandai ambil hati orang tua. Boleh bawak bersembang dengan orang tua. Tidak lah diam seribu bahasa kalau depan orang tua. Nanti orang kata sombong pulak kan. 
Yang kedua adalahhh ...
 

KELAKAR

Orang kata kelaakar ni penting, Kalau antara kelakar dan hensem, pilih lah yang kelakar sebab boleh menceriakan hari hari mu. Kalau yang hensem, mendukakan hari hari mu sebab makan hati je setiap kali keluar, perempuan duk usha jee. Nasib lah kan, siapa suruh pilih yang hensem. Tu kata orang lah, kata aku, tak perlulah kelakar sampai tahap badut tu. Cukuplah setakat boleh buat kita ketawa sebab ketawa tu adalah ubat kepada penyakit hati. Sebenarnya dia bukan perlu kelakar sangat, tapi lebih kepada pandai ambil hati. Kalau dah perempuan tengah bad mood, dia buat lawak bodoh, rasa nak bagi pelempang jugak kan.

PEMURAH TAPI PANDAI KAWAL KEWANGAN

Kebanyakan wanita akan cakap lelaki ni kedekut.Ya, aku pon cakap benda yang sama. Sebab setiap benda nak berkira. Nak keluar atas hal penting pon berkira duit minyak kereta. Nak makan pon fikir harga dua tiga kali. Sebenarnya lelaki ni bukan kedekut, tetapi dia tengah kawal perbelanjaan harian. Kalau nak dibandingkan perempuan, asal nampak baju cantik beli. Asal nampak kasut cantik beli. Asal nampak makanan sedap beli. Sebab tu perempuan mula gelabah kalau dalam dompet tak ada duit RM 50 atau RM 100 tapi lelaki boleh releks je kalau dalam dompet ada RM 1 sebanyak 5 keping. 

ROMANTIK

Yang ni memang idaman semua wanita lah kan. Nak nak trend sekarang tengah duk #relationshipgoal. Tak perlu lah kejar sangat relationship goal macam orang orang kat luar sana tu. Biasa biasa sudah la. Romantik tak semestinya kena bagi bunga, bagi coklat, buat suprise bagai. banyak lagi cara lain. Tapi lelaki pon kadang kadang kena la jugak buat semua ni. Baru lah kekasih hati sayang. Baru lah kekasih rasa lebih diharai. Takkan perempuan yang kena buat benda macam tu kan. Ni duk tengok kawan punya pakwe buat macam macam untuk awek dia. tapi dia tak ada apa apa. Makan hati jugak lah si awek tuu .


TALENTED GUY


Talented ni macam ada kelebihan dalan sesuatu perkara. Contohnya pandai main bola sepak , pandai main gitar, pandai menari, pandai menyanyi, pandai melukis. Perempuan akan suka lelaki buat suprise dengan kelebihan yang dia ada. Contohnya main gitar semasa ulang tahun kelahiran, nyanyi semasa ulang tahun perkahwinan. Menari semasa candle light dinner. Melukis potret kalian berdua. Lebih kurang macam tu la talented guy ni

7 comments

  1. Alhamdulillah.. dah dapat lelaki yang diidamkan.. hehehehhee... :)
    Semoga Leyla pun dipertemukan lelaki yg diidamkan juga ye...

    Salam.. Haii.. Senarai pemenang telah diumumkan.. Jemput jenguk senarai pemenang ye..
    Senarai Pemenang ParodyMe : 1st Giveaway By Dramatic Uniq Please send alamat pos anda melalui email/whatsapp untuk terima hadiah ye... :) tQ.. :)

    ReplyDelete
  2. tambah lagi satu leyla. yang paling perempuan suka : bertanggungjawab hehehe

    ReplyDelete
  3. Macam mana boleh terlepas gambar saya Kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ups, maaf abg arz, xmintak izin nk up gambar abg arz kat sini. izinkan saye ye

      Delete
  4. selamat mencari...! Good luck

    ReplyDelete