Followers

PEREMPUAN TAK SUKA LELAKI YANG DAH SIAP

Semalam dalam perjalanan ke Perlis, pak cik bas tu pasang cerita Lawak Ke Der 2015. Part Bocey memang aku gelak sakan lah. Lawak sangat, satu bas tu gelak. Bab Douglas Lim aku tak berapa gemar sangat. Macam tak sampai, sampai tapi macam tak lawak. (maaf peminat Douglas Lim). Bab Harith Iskander tak payah cakap lah, memang aku suka dengar dia membebel. Cakap pon dah lawak.

Ni bab Afdlin Shauki yang macam bagi pandangan dan sedikit nasihat untuk Hans Isaac. Bukan untuk Hans sahaja, untuk lelaki lelaki diluar sana. Bukan salah Hans kenapa dia tak kahwin lagi, mungkin belum sampai jodoh, tapi Afdlin Shauki cakap semua yang join Lawak Ker Der ni semua tak hensem, tapi semua dah kahwin, dah ada anak dah. Dan dia cakap, perempuan tak suka lelaki yang dah siap. Bukan dia cakap, isteri dia yang cakap.
lelaki kemas

Kalau difikirkan pun, memang kebanyakan lelaki yang dah siap ni lambat sikit kahwin, Aku tak tahu lah orang lain berbeza pandangan, tapi kebanyakan yang aku jumpa, lelaki yang dah siap lambat kahwin. Maksud lelaki yang dah siap tu macam mana ? Bukan yan dah cukup lengkap hidung mulut tapi lelaki yang tak siap ni tak ada mulut, hidung. Tetapi penampilan dan cara hidup yang dah lengkap, yang tidak memerlukan perempuan lagi untuk bantu hidup dia. Penampilan diri yang segak bergaya, kemas dan sebagainya. Keadaan rumah yang kemas tersusun rapi tanpa bantuan maid ataupun mak. Ini lah lelaki yang dah siap maksudnya. Lelaki yang dah perlukan seorang perempuan dalam rumah dia. Semua dia buat sendiri, semua dia kemas sendiri, semua dia susun sendiri, baju dia basuh, jemur, seterika sendiri.

 Lelaki yang tak siap dia tak akan buat benda macam ni. Rumah mesti ada sepah sikit sikit. Baju seterika pun macam tak seterika sangat. Pakai neck tie pon senget sikit. Jadi dia perlukan perempuan untuk tolong dia buat semua tu. Dan perempuan akan tengok dan fikir " i must do something to that guy" Macam tu lah lebih kurang. Dan aku setuju jugak dengan pendapat Afdlin Shauki tu. Kalau lelaki yang dah siap ni, perempuan nak tegur pun takut. Takut dikatanya perempuan tak siap pulak kan bila lelaki tu terlebih perfect dan teliti. Jadi perempuan macam tak suka sikit dengan lelaki yang cerewet. Terutama perempuan yang malas macam aku ni. Nanti sepah sikit dimarah marah. Masak tak kena citarasa tak dimakan. Perempuan suka lelaki yang asal boleh je. Apa yang dia masak, yang tu yang dimakan dan dikomen cakap " sedapnya sayang masak" walaupun masakan tu tak ada lah sedap sangat pun.

Jadi pesan Afdlin Shauki, jadi lah macam dia, besarkan diri anda, pergi kerja tight in sebelah, Rambut kasi serabai sikit. dan pesan aku jangan buat macam tu, nanti orang cakap mati bini pulak. Jadilah lelaki normal yang tak berapa nak sempurna dimata perempuan. Nanti perempuan takut nak dekat.

3 comments

  1. hahahhaa...betul jugak la tu...perasan sangat yg lambat2 ni sebab diorg dh boleh independent,,padahal ensem bangat hannss

    ReplyDelete
  2. betul..saya dr dl xcr lelaki yang lebih perfect dr saya, takut saya kalah dimata & hati dia kelak
    ...hehee =D

    ReplyDelete