Followers

Tempat Rekreasi di Terengganu

Tempat Rekreasi di Terengganu | Kuala Ibai |


Asslamualaikum . Walaupun aku ni orang Terengganu, tapi sejujurnya Terengganu belum habis ku jelajah. Lepas habis sekolah aku ke Perlis nun jauh di utara sana untuk sambung lagi belajar. Jadi tolong jangan gelakkan aku bila tahu aku agak ketinggalan dalam meneroka negeri sendiri.

Hari ini nak bagi tempat yang menarik untuk lepak bersama kawan dan bersama keluarga. Bagi aku tempat ni sangat menarik dan agak privacy. Jadi boleh lah nak meluangkan masa bersama keluarga dengan keindahan alam semulajadi. Meluangkan masa bersama buah hati tidak dibenarkan kecuali suami. Bukan apa. Untuk tidak mencemarkan kawasan yang indah dengan perkara yang tidak elok. Itu sahaja.

Kali ni kite ke Kuala Ibai. Disini suasana yang nyaman dan persekitaran yang bersih. Boleh bawak anak anak bermain kerana terdapat taman permainan disini. Boleh bawak bekalan ringan untuk makan. Lokasi berdekatan dengan Masjid Terapung, Kuala Ibai.

tempat menarik di terengganu

Dekat sini ada jambatan gantung yang unik menghubungkan kita ke kawasan lost green world (nama rekaan aku). Sebab kat belakang tu ada pokok yang tinggi dan hijau ala ala lost world gitu.

tempat menarik di terengganu

Ada tasik yang boleh menenangkan jiwa yang tengah lara dan otak yang tengah kusut masai. Aku suka kat sini sebab ada hijau, ada air dan ada angin. Sangat tenang.


kuala ibai


kuala ibai

Dekat belakang tu ada banyak bangku dan tempat duduk. Aku tak snap taman belakang tu sebab seronok sangat tengok pemandangan kat sini.

Tempat Menarik di Terengganu | Pulau Duyong |

Tempat ni aku jumpa sebab tak tahu nak lepak mana lepas lepak di Kuala Ibai. Jadi pusing punya pusing, sampai lah ke sini. 

Lokasi di Pulau Duyung, Hadapan tempat makan D'Ganu Steambot dan Mclong Cafe. Tempat ni bagi aku sangat menarik sebab suasana kampung nelayan yang sipernuhi bot bot nelayan yang unik dan ala ala retro gitu. 


20150615212421


20150615205841


20150615205810

Dari sini boleh nampak Chinese Town dan I love K.T tu .

20150615205812 (1)

Lepas puas lepak kat sini boleh la menikmati steamboat di D'Ganu Steambot .

2 comments

  1. aswa blh jd turis gaid ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah boleh abe we. Jadi turis gaid gtu.

      Delete