Followers

Puasa tapi tak solat

Aku tertarik dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang puasa tapi tak solat.

Sah ke puasa kalau tak solat ?

Walaupun tak tutup aurat, masih diterima diterima puasa kita. Tapi kalau tinggal solat, puasa kita TIDAK DITERIMA. Semua terjawab disini. 


Kita jadikan tahun ini lebih baik daripada yang sebelum sebelum. Maknanya yang siapa tak sempurna tak cukup dia punya 5 rukun rukun Islam. Inilah masa dia.  Kerana Allah tak beri kepada semua orang. Ramadhan esok hari bukan semua orang dapat. Anak beranak kita yang dah mati dah tak dapat. Duduk dialam barzah dah. Kita nano nano rock rock pun dapat juga. Jadi ada peluang tak ?

Peluang ada didepan mata. Siapa siapa yang tak solat bertaubatlah .. bertaubatlah .. bertaubatlah.. Kerana ? awal-awal perkara yang ditanya kepada seorang hamba di dalam kubur nanti ialah sembahyang.  Daripada hadis ini, siapa yang tidak sembahyang ibadat lain SAH tetapi TIDAK DITERIMA. 

Kenapa puasa tak diterima kalau tiggalkan solat sedangkan tak tutup aurat puasa masih diterima? 

Kerana solat itu tiang. Kalau tiada tiang takkan boleh berdiri puasa zakat haji diatas tiang. 

JADI SELAMAT BERAMAL DAN SEMOGA ENTRY INI MEMBERI SEDIKIT SEBANYAK KESEDARAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN SEMUA PIHAK. 

0 comments