Followers

Birthday Celebration di Terengganu - Mermaid Theme

Assalamualaikum. 

Cerita birthday Afeeya masih belum tamat lagi bila cuti raya haji tokma Afeeya di Terengganu nak celebrate birthday dia dekat kampung. Jadi mama apa lagi, terus zup zap memikirkan tema yang kedua untuk birthday party Afeeya. Yap, sebab Afeeya masih belum boleh request, jadi tema ikut mama hahaha. Jadi tema birthday party kali ni adalah.... jeng jeng jeng....

Mermaid !!

Yap, mama pilih tema mermaid sebab mama suka mermaid. Mama acah-acah Aspalela dalam cerita duyong tu, boleh la aswalela kan, dah dekat dah tu kan. hehehe. 

Jadi apa persedian untuk kali ni ? 

Kek. kek by tokma, tokma selama ni dia asyik buat kek untuk birthday orang-orang kampung, jadi kali ni tercapai hajat dia nak buat kek untuk cucu sendiri. Cucu pertama dia. Kalau korang nak tahu, tokma dia suka buat kek kalau birthday orang-orang kampung aka jiran-jiran kampung walaupun orang tak mintak, sebab dia saja-saja sambil practice deko kek, sambil dia sedekah gembira kan orang. Pelik kan? tapi tu lah tokma Afeeya yang tak pernah reti duduk diam. Ni juga salah satu sebab rezeki dia tak putus. 

Dress. Mama cepat-cepat order dress dekat shopee lagi, kali ni dress warna purple ala-ala under the sea lah, tapi tak ada lah nak pakai costume mermaid sebab nanti susah nak berjalan tak ada kaki, ade ekor je nanti kan. Mama beli lah dress kembang-kembang siap ada starfish lagi tapi starfish kami dah buang sebab rupanya starfish yang betul, keras macam batu, risau pulak kan takut tercucuk, jadi kami buang je. 

Deco. Kami beli balloon warna-warna macaroon, pastel gitu. Pink, purple, green and blue. Beli balloon clear sekali sebab nak nampak macam buih. Semua shopee je sebab cepat dan murah berbanding dekat kedai. Lagipun senang tak payah berjalan, sambil baring pun duit melayang. hahaha. Tambah lagi dengan wording dan coral tu diy sendiri je. Backdrop guna backdrop pelamin tokma je, tokma dia buat bisnes pelamin juga, ambik je hiasan-hiasan pelamin tu guna. 

Meals. Special sikit kali ni tokma buat mee kari untuk menantu kesayangan, sebab iqbal asyik tanya bila nak makan mee kari mak mertua dia, jadi ini lah kalinya kita buat mee kari. 

Other dress code. Tema purple jadi semua kena pakai purple. Lelaki leyla beli baju t shirt je musim panas kan, pakai baju tshirt je santai-santai. Leyla punya dress beli dari Zoe Arissa. Tokma beli sendiri sebab leyla tak tahu macam mana nak cari baju plus size yang kena dengan jiwa dia. Nampak smart pulak tokki afeeya pakai tshirt purple tu kan. 

Maka jadilah birthday party kali kedua untuk Afeeya. Ajak budak-budak kampung memeriahkan lagi majlis. Kemain kau jah, dua kali birthday kau. Nasib baik masih dalam bulan Jun kan. Tapiiiiii.... part yang mencabar adalah .....



Mood Afeeya tak berapa baik. Sangat cranky dan nangis jeee. Dia takut dengan orang ramai-ramai dekat kampung. Cuaca dekat kampung pun tak menentu, panas sangat kadang hujan. Bila panas dia rimas, dekat kampung tak ada aircond, jadi dia rimas. 

Start balik kampung ramai saudara jumpa Afeeya dan mostly diorang memang nak ambik main dengan Afeeya. Sayang nya Afeeya takut hahaha. Sebab cara approach Afeeya tak kena. Dia tak boleh suara kuat-kuat pastu takut-takut kan dia. Kalau nak baik dengan dia, kena ambil hati dia dulu, cakap slow-slow, main-main bagi dia gelak, tak boleh terus nak ambil dia. Dekat kampung tokki dan abang iman (sepupu 8 tahun) je boleh main dengan dia. Yang lain semua dia taknak. 

So hari birthday dia ramai orang, dengan cuaca panas dia tak boleh nak rehat. Dengan mama dia banyak kerja tak boleh nak ngempeng je, dia jadi badmood, sekali dengan mama dia badmood hahaha. Penat la kan kalau anak macam tu dengan orang tak habis-habis nak mengusik ambik dia, lagi dia jadi takut nak jauh dari mama. Mama dia pun rimas dengan cuaca panas yang teramat tu. Jadi tak banyak ambil gambar. Lepas dia potong kek je terus bukak baju, tala kan kipas terus dia tertidur kepenatan. Kesian dia. Nasib baik dah sambut birthday dia hari tu, jadi tak ada terkilan sangat. Boleh baca dekat sini 

First Birthday Cake Smash



6 comments

  1. sian birthday girl muncung masam je muka...tak pe la buat lepas angin tokma nak celebrate birthday cucu..tokma tangan berseni ni serba serbi pandai cantik kek tokma buat

    ReplyDelete
  2. comel tema nie.. baju birthday girl pun cantik

    ReplyDelete
  3. Alolo....Kesian dia penat Dan badmood.. Tapi yang penting kek comel.. Selamat Masih kecik tak leh pilih tema sendiri..Haha.. Baju birthday girl pun Comey! Geram nengok!

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar2 birthday party Afeeya. Cantiknya kek Tokma dia buatkan 😍

    ReplyDelete
  5. happy birthday, Princess Afeeya. Semoga menjadi anak yg solehah. Aamiin....

    ReplyDelete
  6. Sweet dan lembut aje warna2 belon semua. Semoga membesar dengan sihat ya si comel!

    ReplyDelete