Followers

Project Hydroponic di balkoni

 Assalamualaikum.

Alkisah orang menanam, Aku pun nak menanam, orang menanam cara hydrophonic aku Pon nak mencuba. 🤣 Lama-lama Makin bertambah pasu-pasu dekat balkoni ni, Makin bertambah pokok-pokok kecik. 

Leyla ni bukan pandai sangat menanam, tapi mencuba sebab tengok seronok je bila tengok hasil kebun orang lain, tapi bila tanam sendiri alahai lambatnya nak dapat hasil. Menanam ni betul-betul ajar diri untuk untuk bersabar walaupun selalu soalan-soalan macam "bila pokok ni nak besar ? Kenapa dia naik tinggi macam ni? Kenapa dia macam ni? Dia terbantut ke ? Apa Yang tak cukup no, tak besar-besar Pon dia ? Lambat jugak ya nak dapat hasil" selalu memghujani si suami. Sampai Kan dia Cakap " sayang nak makan sayur ke? Nanti saya beli sayur apa awak nak" hahahaha. 

Sebenar nya bukan sayur Tu Yang Kita nak, Kita nak makan hasil tanaman sendiri tapi diri sendiri tak boleh sabar 🤣 ingat Kan tanam Hari ni, minggu depan dah boleh harvest hahaha. Lepas dah tak sabar tunggu hasil tanam guna tambah Kita tanam guna Cara hydroponic Pula. 

Ini little gardener Yang selalu tolong teman mama menanam. Orang bizi dia pun bizi nak susun-susun. Tengoklah balkoni Leyla kecik je, muat-muat 2 orang duduk. Macam mana nak menanam banyak-banyak. Dekat sini juga lah nak jemur baju sebab sini kena direct sunlight, kalau belakang tak kena matahari, baju lambat kering. Lepas Ni nak kena buat rak nak susun balik pokok kat sini. Next project !! Masalahnya tuan punya badan weekend Pon kerja. Hari ahad je mana sempat nak godek-godek sini. 

Pokok ketumbar ni elok pulak Naik. Dah Makin tinggi, seronok la kalau tumbuh elok macam ni. Yang lain lambat betul nak Naik. Yang penih cili Rasa nya memang tak Ada harapan dah Tu. 

Itu anak benih Yang semai Dalam sponge hydroponic, lambat juga nak bercambah. Ada la 2 pokok dah bercambah. Tu Pon dah gatal tangan nak alihkan masuk Dalam bekas lain. Beli bekas dekat kedai eco nak tengok mana yang sesuai untuk jadikan bekas air Baja. Iqbal hanya mampu geleng kepala je tengok Bini dia Lepas satu-satu angkut barang masuk rumah. Perempuan memang macam ni kan. Kalau laki tak ada sangat nak membeli barang pelik-pelik macam ni. 

Hai si pokok Kari, cepat la engkau membesar. Ni abah (mertua) yang bagi Dari kecik tapi tak besar-besar lagi. Abah memang suka angkut pokok bagi menantu dia 🤣 

Ini tak tahu la dah bantut ke apa. Sebab sebelum cuti Raya Haji Hari Tu Leyla semai, Lepas Tu tinggal balik kampung 5 Hari. Cakap suka Hari dia la nak tumbuh ke tak nak. Lepas balik Tu eh Ada la 2 3 pokok Yang Naik tapi memanjang je daun Ada 2 he macam spouts lagi. Lepas Tu kesian, ambik la transfer dalam pasu. Eh, naik pulak dia bertambah daun-daun tapi Tu lah, kurus je macam Tu. Lambat sikit nak membesar. Suka hati dia lah, Kita tengok je nak besar ke taknak. 
Ini baru nak bercambah, daun dah Naik banyak, first experiment Leyla guna hydroponics. Kita tengok apa jadi. Lepas ni Tunggu anak benih lain bercambah dulu, Kita transfer masuk bekas hydroponic ni. 

Sekian sahaja bebelan petang ni tentang update pokok-pokok Di balkoni. Begitu lah, kalau bukan update pasal afeeya, update pasal pokok. Nampak sangat mak-mak materials sekarang ni Kan. Hehe. 


3 comments

  1. lamanya tak tengok Afeeya comel tu.....meriah dah kebun leyla..akak tak ada bakat menanam,pokok takmau hidup,yang hidup pun kalau tolong siram je pun blh mati huhu,bila tengok orang tanam itu ini teringin nak menanam jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe leyla pon ini je baru nak menanam. dulu cakap jugak tangan panas, tanam pokok tak payah siram pun boleh mati. tapi ni tatau la demam apa suka pulak nak menanam. tapi tu la, sepah2 pulak dekat balkoni. nak kena pikir nak kemaskan macam mana

      Delete
  2. rajinnya.. bila la kita pun nak buat gini..

    ReplyDelete