Followers

KEPUTUSAN OOTDRAYA TASKA AFEEYA


Dah habis raya maka dapatlah keputusan #OOTDRAYA afeeya. Mesti ramai tertunggu-tunggu keputusan nya kan. Kami pun tak sabar nak habiskan Contest ni sebab kami perlu bekerja keras nak dapatkan like banyak. Contest ni dipilih base on like paling banyak. Jadi memang bekerja keras la kami mintak kawan-kawan like kan gambar. Kalau dulu nak dapat like dari follower senang, tapi sekarang media sosial orang cuma tengok je kan, kadang-kadang tak perasan pun ada kawan-kawan upload gambar, cuma lalu-lalu saja kan. Upload untuk simpan sebagai kenangan sahaja. 

Terima kasih kepada yang like gambar afeeya. Terima kasih dan maaf juga yang leyla ada pm mintak like hehehe. Terpaksa pm sorang-sorang mintak like kan gambar. Ampun ya semua. Iqbal sampai sekolah minta cikgu-cikgu kat sekolah buka ig masing-masing dan like depan dia hahaha. Semangat kauuu. 

Dannn keputusan nyaa..... 

jeng.....

jeng.... 

jeng.....

Afeeya dapat no 1!!!!!

Alhamdulillah rezeki Afeyaa. Hadiah dia dapat voucher RM200. Voucher tu potong untuk yuran taska dia. Jadi bulan ni cuma bayar RM437 lepas tolak tambah. Yuran dia RM650, lepas tolak rebate bayar awal dapat la RM635 macam tu. 

Tahniah anak mama, nanti mama convertkan voucher tu beli barang untuk Afeeya okay. RM200 tu boleh beli toys Afeeya yeeyyyy. 

Saja mama papa semangat untuk Afeeya. Supaya afeeya tahu bila kita nak kan sesuatu kita kena usaha sungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh buat apa-apa perkara. Bila dapat reward kena bersyukur tau. Ini demo untuk Afeeya 😹 Nanti dah besar giliran Afeeya pulak untuk praktikkan. Yang paling penting usaha dengan kudrat sendiri. Jangan sesekali ambil jalan pintas. Hack sana sini untuk menang end up tak dapat apa langsung. 



5 comments

  1. tahniah kerana menjadi johan contest ini. Semoga menjadi anak yg solehah nanti. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. Tahniah afeeya..alahai acik minta maaf rasanya terlepas pandang pasal contest ni..comey cute sangat princess ni mana boleh tak menang kan

    ReplyDelete
  3. yeayyyyyyyyyyy tahniahhhhh afeeya💐💐💐💐💐🫰🫰🫰 banyak juga tu hadiahnya... tahniah jg utk mama dan papa afeeya👍👍👍

    ReplyDelete
  4. waaa tanhniah3.. kan dh kata boleh menang.. tahniah afeeya dan mamanya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Tahniah afeeya dan family.

    ReplyDelete