Followers

PENGALAMAN MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

 Assalmualaikum. 

Nak simpan pengalaman pertama melahirkan anak pertama dekat sini, in shaa Allah anak kedua dan seterusnya pun kalau ada rezeki akan disimpan disini jugak aaagituuuu. Belum apa-apa dah fikir anak kedua. 

Lain orang lain pengalaman nya kan, bahkan lain anak jugak lain pengalamannya. Ada yang teruk sangat ada yang mudah sangat, tapi sakit beranak ni ibarat nak terputus nyawa kan. Part mana korang rasa paling sakit ?

1/6/22

Pagi pukul 3 tu rasa macam ada cecair yang menitik, bila basuh tidur balik bila tersedar subuh tu ada lagi cecair tu. Air ketuban ke ? first time memang nervous kan, cepat-cepat pergi hospital selayang. Bila cek tak ada bukaan lagi dan dia suruh refer hospital sungai buloh sebab kawasan leyla kena refer sungai buloh. 

Lepas dah refer sungai buloh kena tahan 24 jam untuk pemantauan, memang tak ada sakit apa dan lepas 24jam tak ada apa-apa cecair dah, jadi bukan lah air ketuban ya. Sebelum balik dr cek ada dalam 2 cm bukaan. Mungkin sebab dr asyik seluk dan sekali bantu bukaan rahim. 


Sempat lagi bergambar sakan sebab tak sakit Langsung time ni. Duk tengok orang contraction seram pulak. Tapi bila diri sendiri contraction, gambar pon tak sempat nak ambil. Handphone pon tak tertengok. 

2/6/22

Keluar darah lepas balik dari hospital, mungkin sebab dah kena seluk banyak kali, darah keluar. Lepas 2 3 hari still keluar darah sikit-sikit.

4/6/22

Start rasa contraction bila waktu malam, bila siang dah tak de sakit langsung. Dalam masa tu asyik ulang alik depan hospital pagi-pagi sebab ingat nak ke hospital, bila sampai je depan hospital, sakit terus hilang. Time ni memang dilema, kesana kesini pusing dalam kereta sebab konfius nak kena pergi hospital ke tak. Sambil-sambil confius tu pergi la sarapan dekat Warung Che Bunga. Sedap makanan situ, memang feeling pantai timur sangat. Warung kelate. Iqbal pon cakap lulus makanan kat situ, dan esoknya pergi lagi depan hospital lepas tu dah hilang sakit, cancel plan, repeat warung che bunga lagi sebab sedap sangat. 

Ma dengan ayah sampai dari terengganu, sempat lagi jalan-jalan dekat taman Eco Grandeur. nak bawak jauh-jauh risau takut nak beranak. Paranoid ja keja. Ingatkan ma ayah sempat tengok cucu, tapi cucu tak nak keluar lagi, ma ayah dah balik Terengganu. 

8/6/22

Contraction datang lagi bila waktu malam, sakit sangat dan makin kerap, dah tak larat nak tahan, cepat-cepat ajak Iqbal pergi hospital. Sampai dalam pukul 5 pagi, bila cek CTG ada contraction tapi cek bukaan masih 2cm. Lambat lagi tapi kena tahan dah tak boleh balik. Bila pagi cek lagi, bukaan 3 - 4 cm. Tapi baby belum enggage, masih terapung walaupun dah masuk laluan. Dr terus suruh masukkan dalam labour room. Tapi sebab ramai yang datang nak beranak time tu, jadi nama leyla dia anjak ke belakang sebab kes tak emergency. Sebab tak sakit sangat cuma contraction tu ada. Dalam menunggu tu, layan contraction kejap kejap datang. Nak makan pun dah tak selera tapi tetap gagahkan diri makan untuk tenaga nanti. 

Dari 5 pagi Tu Iqbal tunggu kat luar dengan debaran. Ingtkan dah boleh beranak, rupanya sampai ke petang pun belum lagi beranak. Berkampung juga Iqbal dekat depan Dewan bersalin, memang tak berani nak pergi jauh dari Dewan bersalin tu. 

7.30 Malam 

Baru ditolak masuk labour room. Bukaan masih 4 cm. Bila masuk labour room, dr pecahkan ketuban, plopppp, terasa panas dan banyak air keluar, ohh macam ni rupanya bila air ketuban pecah, so yang hari tu memang bukan lah, noob sikit kan sebab first time. hahaha. 

Bila dah pecah ketuban dr cakap baby dah makan tahi dia tapi tak banyak, masih ok. Dr dripkan air dan juga ubat untuk contraction, apa tah nama nya. Lepas tu dr detect ada GBS then kena on antibiotik setiap 4 jam. Bermulalah saat-saat nyawa rasa dihujung tanduk. 

Iqbal dekat luar dah ready ingat kan masuk labour room dah terus boleh bersalin. Nampak nya meleset yaa. Tunggu dan tunggu lagii..... 

Di labour room, sakit contraction tu Allah je yang tahu. Bila bukaan lambat, dinaikkan level contraction lagi, sakit sampai tak boleh nak berzikir dah. Bila kadang-kadang mampu baca doa nabi yunus, rasa kurang sikit sakit. Tapi disebabkan terlalu sakit, sampaikan tak boleh kawal pernafasan dan tak boleh nak berzikir. Diorang bagi gas entonox untuk kurangkan sakit. Bila sedut gas tu, kita jadi khayal dan lupa sekejap sakit walaupun tetap sakit. Sempat la lelapkan mata. Bila contraction datang lagi, terus tersedar dan sedut lagi gas tu tanpa ingat hari esok, sebab sakiiiittt sangat. Sepatutnya kena kawal supaya tak jadi khayal sangat tapi sungguh tak tahan dah, memang sedut je tanpa pikir hari esok. Kesan nya seminggu pon masih mamai2 sebab sedut gas tu banyak sangat. 

Macam-macam jadi dalam labour room tu, baby tidur dalam perut, CTG tak cantik. Asyik kena kejutkan baby sampaikan dr seluk dekat bawah untuk kejutkan baby. Lepas tu tiba-tiba dr kalut cakap tak jumpa air ketuban ke apa tah, leyla mamai masa tu. Dr cakap kena alihkan kepala baby. "Buat la dr, saya dah tak kisah dah dr nak buat apa". Dr seluk lagi alihkan kepala baby then splashhh keluar lagi air ketuban. Sebab bukaan lambat sangat, Dr naikkan lagi level contraction. 

Jam seolah lambat bergerak, 1 pagi, 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi masih belum beranak. Iqbal dekat luar dah gelisah. Leyla memang tak larat nk text atau apa, memang sakit yang teramat dasyat. Lepas tu hantar voice note dekat Iqbal. "Saya dah tak larat dah, Rasa macam nak mati dah". Lagi runsing Iqbal dekat luar. Dahaga lapar semua ada, mintak air diorang tak bagi sebab dah drip air, tak boleh minum dah. Merayu-rayu nak air sebab mulut dah kering sangat. Lepas tu dia bagi sikit je air dia cakap sepatutnya tak boleh tapi dia bagi untuk basahkan tekak sikit. Sikit sangat. 

Lepas tu salahkan diri sendiri sebab tak boleh nak bangun buka mata, baby tidur lagi dalam perut tapi leyla tengah layan khayal sampai tak boleh nak celik mata. Lepas tu mintak dekat nurse nak air nak basuh muka. Nurse ambil tisu dan basahkan dengan air. Sambil leyla basahkan muka, sambil titikkan air yang tersisa dekat tisu tu dalam mulut, Dahaga sangat. Macam tu ke dahaga dekat padang masyar nanti. Ya Allah. 

5 pagi

Rasa macam nak berak. Bila cakap dekat nurse dia cakap berak je lah. Tapi bila nak berak tak keluar. Bila cek bukaan baru 8cm. tak boleh beranak lagi sebab belum fully open. Lepas tu memang sakit macam orang sasau jadinya dengan khayalnya lagi. Bila cek bukaan 9 cm tapi kepala baby dah nampak, dr suruh tahan dulu sebab belum fully. Tapi macam dah tak tahan sangat dah. Bila dr lain masuk leyla dengan mabuk-mabuk cakap "Dr saya tak nak beranak la, sy dah tak larat, sy dah tak de tenaga" dr tu cakap "mana boleh, awak mesti boleh nyaa" Bila dr lain nak cek bukaan leyla tak kasi sebab dr tadi suruh tahan, leyla takut bila cek makin keluar baby, hahaha part ni lawak, sebenarnya leyla dalam sedar tak sedar cakap macam tu. 

7 pagi. 

Memang dah tak tahan sangat macam nak berak sangat. Dr datang cek dan kepala baby memang dah nampak dah. Dr suruh leyla berak, suruh teran berak. Tapi keadaan leyla yang mamai tu, dr suruh pegang bontot dan tarik sambil teran nak berak. Ok, good. Berak lagi katanya. Memang tak ada keluar najis la sebab tak makan lagi. Lepas tu dorang dah kalut suruh push. Leyla tnya husband leyla mana, dorang terus keluar panggil Iqbal. Push lagi tapi memang kedudukan tak selesa. Dorang tinggikan kedudukan dan buang separuh katil jadikan katil bersalin. Macam gambar kat bawah ni. 

Iqbal masuk, cepat-cepat dia dapatkan leyla, lega Iqbal dah sampai. Tapi sempat lagi leyla marah hahaha. Bukan marah sebenarnya, tapi sebab leyla tengah bertarung dengan mamai gas tu sambil nak tarik nafas dalam-dalam, tapi bila bagi semangat leyla rasa tak boleh nak tarik nafas. "Jap diam-diam" leyla cakap macam tu hahhaa. Baru lah boleh tarik nafas. Lepas tu teran lagi, tak buka mata, memang tengah mamai teruk lagi, dr dah gunting-gunting bahagian bawah untuk bantu baby keluar tapi sikit pun tak rasa sakit gunting tu. Lepas tu tarik nafas lagi sekali, paksa diri buka mata, barulah nampak sekeliling. Baru pandang dada dan pussshhhhhh. Dr, nurse, bidan hospital & Iqbal terus bagi kata semangat, sikit lagi, dah nampak baby dah, teruskan push. Tiba-tiba rasa plopppp keluar seketul dari perut dan perut terus rasa lega, diorang semua bersorak sambil dr letakkan baby atas perut. Tergamam kejap ada malaikat kecil atas perut. Dr suruh push sikit lagi untuk keluarkan uri. Ploopp uri pulak terkeluar, lega rasa. 

7.15 pagi 

Lahirlah puteri sulung kami. Alhamdulillah semua selesai, hilang segala sakit dekat badan. Lepas staff hospital bersihkan baby, diletak dalam coat dekat dengan leyla. Iqbal diminta keluar dan beli makanan sementara dr nak jahit luka bawah. Jahit luka pun dah tak rasa sakit cuma ada part-part kulit tu yang rasa sakit. Part isi dah tak rasa apa dah. 

Lepas dah selesai jahit, Iqbal masuk dan iqamatkan baby. Terasa satu perubahan dalam hidup bila dah jadi mama papa. Tengok Iqbal iqamatkan baby, rasa terharu, gembira, sayu semua ada. Perasaan yang bercampur. Lepastu baby dah mintak susu, memang tatau macam mana nak susukan baby time tu, panggil nurse ajarkan. Nasib baik nurse tu ajarkan dan yang bagus nya baby dah pandai latch sendiri, memang nampak pro ya baby latch time tu. Pandai betul anak mama. 


Diberi rehat sekejap sebelum staff hospital datang bersihkan darah dan tolak ke wad. Iqbal dah keluar labor room, leyla rehat kejap. Lepas tu staff hospital datang dan bawak leyla & baby ke wad untuk pemantauan. 

Selesailah pengalaman pertama melahirkan anak. 

Serik tak ? buat waktu terdekat ni rehat dulu hehe. Tapi tak serik lagi untuk lahirkan malaikat-malaikat kecil ni. Semoga Ada rezeki seterusnya. Ameen. 

2 comments

  1. Boleh tau tak EDD bila? Saya baru je masuk hospital baru ni, tapi lepas cek memang bukan air ketuban. Rasa macam takutnyaa ya Allah nak beranak ni, macam-macam ada yang bermain dalam otak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. EDD 10 jun. beranak 9 jun. in shaa Allah semua baik-baik sahaja. kuatkan semangat mommy

      Delete