Followers

WHAT IS IN MY HOSPITAL BAG ?



Assalamualaikum.. 
Hari ni dah day 12 berpantang, nanti leyla share pengalaman bersalin dekat sini. Ini list leyla buat sebelum bersalin, dan ini yang leyla pack masuk dalam hospital bag. Bila dah sampai hospital leyla adjust-adjust balik bawak yang paling perlu sahaja. Sebab beg berat nak usung kesana sini. So sekarang leyla cerita balik apa yang perlu dan sebenarnya tak perlu pun bawak masa nak bersalin tu. 




1. Labour room.

Yang ni perlu je bawak prepare, tapi masa leyla beranak tak sempat nak bagi pun pack labour room tu. Dan baby dibedung pakai bedung hospital ja. Nurse dan staff dalam tu tak sempat nya nak siapkan baby. Dia akan mandikan baby, lap kering-kering lepas tu bedung baby pakai bedung hospital. Tapi still kena masukkan labour room cloth untuk baby tu dalam bag sebab nanti bila staff hospital transferkan kita dalam wad, kita kena siapkan sendiri baby, pakaikan baju, booties & mittens semua. 

2. Baby stuff day 1.
Boleh je nak masukkan terus incase nak tukar baju untuk malam atau pagi kan. Perlu juga as back up. Kot-kot baju labour room tadi tak muat or besar sangat atau tak sesuai ke. 

3. Baby going home & Mommy going home
Yang ni leyla rasa better tinggal je dalam kereta dulu. Sebab ni nak guna last. Nanti bila dah discharge minta je husband yang bawakkan, sambil-sambil husband uruskan proses untuk discharge, boleh la kita tukar-tukar baju baby and mommy. Sebab nak bawak dalam 1 beg semua nya tu berat. Kita tengah sakit memang tak larat nak angkat berat-berat macam tu. 



4. Food stuff
Yang ni penting. Bawaklah kurma banyak sikit & biskut energy bar atau coklat. Time contraction memang tak lalu nak makan nasi dah lagi-lagi nasi hospital. Jadi kurma, energy bar & milo sangat lah membantu disaat macam ni. Kalau agak lama dalam waiting room boleh la bawak roti sekali. Ini lepas bersalin pon boleh makan sebab lepas bersalin sangat lah lapar. 

So barang personal mommy apa yang kena bawak ?

1. toiletries & tuala
2. pad (extra kalau ada bleeding)
3. Telekung solat (before bersalin)
3. Nursing bra (kalau before tu kita pakai bra biasa, bila dah beranak memang lagi senang pakai nursing bra untuk susukan baby. Atau pakai je siap-siap dari rumah. tapi bawak jugak la untuk tukar-tukar)
4. Panties / panties pakai buang
5. pad jenis pants. (lepas beranak memang mudah pakai pad jenis pants je. Macam pampers. kalau pakai ni leyla dah tak pakai panties dah. Sebab memang seriau nak pakai panties bila dah berjahit kat bawah. Risau ketat ke apa, jadi pakai je pad jenis pants tu. 

Ada 2 jenis ni leyla pakai. Libresse & kotex. Lagi best brand kotex untuk pad pants ni. Lebih murah. Tapi untuk pad biasa leyla lagi prefer libresse. 


Leyla pack kan siap-siap macam ni. Sealer bag tu belidekat shopee RM19 je. Senang pack kan je pastu nak guna ambil. Barang-barang lain leyla tinggal je kat kereta. In case kena warded lama, minta husband bawa. Leyla hari tu 3 hari kena warded, jadi memang sempat husband datang waktu melawat,bawak keperluan lain, ambil baju kotor bawak balik basuh kat rumah. Baju baby la kena bawak balik, mommy just pakai baju pink provide by hospital ja. Hari-hari boleh tukar. 

Thanks for reading this entry !

4 comments

  1. Anonymous22 June

    wah dah bersalin alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Satu perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete