Followers

MY 3RD TRIMESTER ESSENTIALS

 


1. Aircond & Kipas. 

Sebelum ni memang boleh tolerate dengan panas. Sebab leyla pon memang dah biasa dan tak pernah ada aircond pun dekat rumah. Tapi bila dah masuk 3rd trimester dan cuaca sekarang sangat tak boleh bagi kerjasama. Terpaksa juga pasang aircond dekat rumah dan husband leyla dah menggigil malam-malam, sampai selimut dengan toto, tapi leyla masih berpeluh hadap aircond dan kipas serentak. 

2. Sliper bulu-bulu. 

My husband belikan sliper bulu-bulu ni supaya kaki tak sejuk jalan atas mozek. So comfy bila jalan tapi kena hati-hati turun tangga sebab kepala paws tu besar sangat. Hehe tq husband. 

3. Minyak Zaitun Shurah


Ini wajib ada untuk massage malam-malam. Sebelum tidur husband akan urut-urut kaki dan belakang sebab lenguh sangat. Walaupun tak ada masalah kaki bengkak, tapi tetap rasa kebas-kebas dan lenguh yang tak ada penghujung. Bila nak tidur rasa sesak nafas, jadi my husband la jadi tukang gosok-gosok belakang sampai tertidur. Thanks again husband. 

4. Stretch Marks Cream


Dah masuk 3rd trimester tiba-tiba perut jadi membesar dengan jayanya. Before this kecik je perut nampak tak nampak je sampai semua orang asyik tanya kenapa perut kecik. Dah masuk 8 - 9 bulan, tiba-tiba membesar dan menimbulkan stretch mark dekat bawah perut. Nasib baik tak banyak sangat tapi tetap pedih ya. Leyla guna Palmer's Cocoa Butter Formula Massage Cream for Stretch Marks. So far ok, perut rasa lembab dan tak pedih-pedih dah.

Stretch marks cream ni disarankan apply dari awal lagi. Start trimester ke 2 dah boleh start sapu untuk elakkan stretch mark ni, tapi tetap akan ada jugak stretch marks tu cuma tak banyak dan kurang pedih-pedih. 

Itu lah essentials sepanjang 3rd trimester ni. 

Semoga bermanfaat. Thanks for reading. 

1 comments

  1. OM dulu 3rd trimester, kerja nak tidur je. Lepas tu malam, manjang nak kencing. Sampai menangis penat nak bangun kencing.

    ReplyDelete