Followers

MINUM AIR GULA KALI KEDUA

 Hai assalamualaikum. 

Sebelum ni ada posting tentang minum air gula kan. Baca sini. 

MINUM AIR GULA DAN DETAIL SCAN DI POLIKLINIK KEN RIMBA

Untuk kali ni kena minum air gula kali kedua. Mungkin sebab faktor umur mengandung 25 tahun keatas kena minum air gula dua kali. Minggu 20 dan minggu 28. Last time minum dekat Klinik Ken Rimba tapi kali ni malas nak pergi jalan jauh, jadi decide untuk minum air gula dekat Klinik Anda, Kuala Selangor. 

2 3 hari sebelum tu dah pergi Klinik Anda untuk check selsema, sebab tiba-tiba selsema, memang risau sekarang kalau selsema dan sakit tekak sebab risau covid kan. Terpaksa la pergi cek untuk dapatkan MC. Tapi hmmm sedikit mahal la bagi leyla sebab kena RM114 untuk ubat2 semua. Tapi okay la sebab boleh claim kan. 

Lepas tu pergi untuk minum air gula, dah tanya harga siap-siap berapa, dia cakap RM45. ok la sama je dengan klinik sebelum ni. Tapi air anggur bancuh, ok la walaupun before ni RM35 je untuk air anggur sebab nak ke klinik sebelum ni pun jauh juga kan. Sejak-sejak dah besar perut ni malas sangat nak jalan jauh-jauh. 

Sebelum minum air gula, kena ambik urine dulu. Rasanya tak perlu pun urine tu. Lepas tu baru jumpa doktor, then doktor tanya ada problem apa-apa ke sebelum ni, cakap la tak ada kan. Bila dia cucuk dia cakap result ambil masa 1 minggu ya. What? hehe lupa nak cakap tadi tapi saya dah cucuk ni, tak apa ke? Oh my, ingatkan result terus dapat. Lama nyaa 24/3 ada appointment lagi. Nak bawa result tu. Pening kejap. 


Banyak sangat gelas besar gabak dan manis sangat. Nasib baik request sejuk, kalau tak memang tak boleh telan ni. Lepas minum auto rasa nak muntah. Tahan... tahan .. jangan muntah. Lepas tunggu 2 jam, ambil urine lagi then cucuk ambil darah lagi sekali. Lepas tu tangan lagi sebelah uratnya kurang timbul, jadi dia cari-cari tak dapat dan cucuk je. Bila dah masuk jarum baru kekanan kekiri cari urat. Ayoooo sakit tuu. 😥😥

Lepas dah siap. Dekat kaunter bayaran kena RM60. Pelik kejap sebab awalnya kata RM45. Dia cakap ada caj consult doktor, jadi ada tambahan RM15. Hmm patut dia bagitau awal-awal kan tadi harga tak termasuk consult doktor. Then dia suruh call 23hb paling awal untuk ambil result. Tu pun kalau siap. Hari ni call 23hb belum siap lagi. Lepas tu cakap mungkin siap lagi 2 3 hari. Hmmm. Cakap balik yang hari tu dia cakap boleh siap 23hb, then baru dia cakap boleh nanti dia call lab dulu tanya dah siap atau belum. Suruh tunggu dia call balik, tapi 2 jam lepas tu call follow up sendiri, nasib baik dah ada result katanya baru sampai. Nasib baik boleh dapat hari ni juga. 

Terkeno den. Sabar je la. So far leyla rasa lepas ni cari klinik lain la hehe, klinik ni best sebab sangat selesa, decoration cantik dan kemas bersih. Sofa selesa. Mungkin bagi orang lain amount tu sikit. Tapi bagi leyla nak yang amount berpatutan dengan servis. Servis okay jugak tak teruk cuma ada sikit-sikit yang leyla tulis kat atas tadi tu je. Yang lain okay In shaa Allah. 

4 comments

  1. 1st time kena minum air gula, tahun lepas la... Sebab nak check paras gula dalam darah.. So dah setahun dok telan ubat kencing manis dah nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sedap tak bro framestone ?

      Delete
  2. Anak kak ana pun last week g klinik anda selayang sebab demam. Seratus plus juga bil tu. Tp servis dorang ok. So pejam mata je bayar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sikit kan mungkin sebab dia klinik 24 jam rasanya. jadi harga mahal sikit banding dengan klinik biasa

      Delete