Followers

NOVEMBER WRAP UP

 November Wrap Up| Dah lama tak buat wrap up macam ni. Memandangkan 2021 dah nak melabuhkan tirai, mari lah kira rajinkan diri update blog. November ni rasa macam banyak sikit benda nak tulis berbanding bulan-bulan sebelum. 

Buka Buku Pink 

Awal bulan November kami suami isteri ke klinik kerajaan untuk buka buku pink. Boleh refer post ni untuk tahu cara buka buku pink. 

CARA-CARA BUKA BUKU PINK| APA KENA BUAT?

Untuk pertama kali boleh je kalau suami nak temankan. Untuk seterusnya lebih prefer suami kerja saja sebab ambil masa yang sangat lama untuk habiskan check up. Lagipun suami tak boleh masuk sekali walaupun dalam klinik tempat menunggu, kalau masuk pun suami kena berdiri lama. Iqbal berdiri hampir  5 jam, nasib baik ada kedai makan sebelah klinik, boleh la pergi sarapan dekat situ. 

Pengalaman pertama kali buka buku pink. Sebelum ni tengok orang je pergi ulang alik KK, lepas ni giliran leyla pulak. 


23 november 2021 -  Baby makin membesar. Dah nampak sifat sebagai manusia. Teruja semasa doktor tengah scan. Tengok awak gerak-gerak bila doktor tekan-tekan perut. Kaki awak macam cuba tendang-tendang perut. Tak tahu la bila dah besar nanti mesti awak asyik menendang je ni. 

Repeat Check Up Sebab Urine Kotor. 

Satu pengalaman juga. Nasihat untuk preggy mom, please minum air secukup nya untuk elakkan urine kotor. Memang susah untuk telan air, tapi jangan jadi macam leyla. Kena makan antibiotik. repeat pergi KK lagi untuk check up. Sebelum pergi KK, minum air banyak-banyak. 

Kalau preggy mom tak boleh minum air masak, boleh minum air kosong + perahan lemon atau air barli kosong. Jangan terlebih ambil gula, nanti risau sangkut gula tinggi pula. 

Husband Graduation Day (After 2 Years Pospone)

Kerana pandemik sekarang, majlis graduasi suami di tunda sehingga 2 tahun. Alhamdulillah lepas habis belajar suami terus berkhidmat sebagai guru walaupun belum bergraduasi. 

Jadi kali ni graduasi bawa baby dalam perut. Kami dah berangan graduasi bawa anak kecil tapi tak sempat hehe. Sempat bawa baby baru 3 bulan dalam perut. Semoga anak-anak ikut jejak papa nya. 


Tahniah kepada suami tercinta, graduasi dengan kelas pertama. Untung PTPTN dah tukar status jadi biasiswa, tinggal leyla yang kena bayar PTPTN. Semoga ada rezeki lepas ni boleh bayar PTPTN one off. Ameen. 

Alahan Semakin Baik

Alhamdulillah hujung bulan november, alahan makin okay, boleh makan seperti biasa kecuali nasi. Masih belum mampu nak tengok @ telan nasi. Makanan lain slowly boleh makan. Ayam ikan daging semua sikit-sikit tapi belum boleh masak lauk-lauk. 

Paling feveret ikan keli salai masak berlado mak mertua. Tak dapat makan tu rasa nak menangis, hehe. Ikan keli goreng biasa lama dah tak makan sejak mengandung. Padahal feveret la ikan keli. 

Lunch sizzling yee mee sudah sebulan tanpa rasa jemu. Tapi cuma boleh makan di Tesco Bukit Beruntung. Sizzling tempat lain tak boleh makan. Menu makan malam bihun goreng. Bihun goreng saja yang boleh masak sekarang. Makan bersama keropok Terengganu (baby orang terengganu kan). 

Selera makan semakin bertambah tapi dengan menu pilihan sahaja. Jarang muntah, cuma 2 hari sekali macam tu. Kalau makanan tak sihat dan dia tak suka dia akan keluarkan balik, jadi untuk elakkan terjadi macam tu, leyla cuma akan makan apa yang nak makan sahaja. 

...................................

Sekian itu sahaja wrap up untuk November. Yang ini je mampu ingat. Yang lain cuma habiskan masa dengan kerja dan berehat dekat rumah sahaja. Hello Disember. Disember yang penuh dengan aktiviti. :)

5 comments

  1. Seronoknya Leyla dah preggy dan x lama lagi nak jadi ibu dah....jaga kandungan baik- baik semoga segala alahan berlalu pergi...tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak SA. ameen. harapnya semua berjalan lancar dan dipermudahkan. terima kasih kak SA

      Delete
  2. tahniah dh pregrant., semoga ibu dan anak dlm kandungan sihat senantiasa., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Mujib. terima kasih wak lat. doa2kan ya

      Delete
  3. Tahniah yer🌹🌹take care and staysafe

    ReplyDelete