Peringatan! untuk dapatkan tiket free, korang perlu ada kegigihan yang jitu bangun awal dan beratur seawal jam 7 pagi dekat entrance KL Tower tu ya. Dan seawal 830 pagi, tiket free tu dah habis, jadi kami tak sempat dengan tiket free tu, Kami sampai depan entrance jam 9 pagi dan agak terkejut jugak bila tengok rupanya ramai yang gigih beratur awal pagi macam tu. Unbelievable!
Jadinya kami beli tiket untuk sky deck berharga RM36 per person, kami bertiga. Yes! sekarang ada diskaun 50% untuk sky deck which is sebelum ni harga RM71 per person untuk warganegara ya. Jadi berbaloi la kalau naik sekarang. Promo ni sampai 31 Julai je tau.
See, Ramai kan ? tapi line ni tak ramai sangat sebab untuk ke skydeck, perlu bayar, so tak ramai la yang nk naik sky deck.
Korang kena beratur untuk beli tiket dekat situ, 1 orang 1 family, jangan beratur ramai2, jaga penjarakan sosial ya. Nanti tiket booking akan sent ke phone, tengok kekosongan waktu pulak, ada pukul 10 pagi, 3 petang dan 8 or 9 malam, aku lupa. so kitorang naik pukul 3 petang. Lepas beli tiket, pergi makan dulu, jalan jalan Times Square kejap, jalan jalan KLCC kejap, cuci mata dekat Suria KLCC kejap. Lepas tu pergi sana balik pukul 2 30 petang. atas tu agak jem ya, parking penuh, so kena naik awal sikit untuk cari parking.
Bila dah sampai waktu kita nak naik ke atas, akan ada announcement dan kita kena dapatkan tiket dekat kaunter bersama bayaran. then kita akan diminta tunggu dalam theater room, tak ada theater pun dekat situ ya, cuma ada instruction daripada pihak menara KL. Dorang akan bagi tag sekali.
Dah tak sabor sangat nak naik ke atas tu.
Taraaaaaa !
Banyak lagi tarikan kat sini yang korang boleh masuk. Ada up side down house, mini zoo, KL forest eco park, Blue coral aquarium, tower facade lighthing, Jelutong tree dan dining atmosphere 360 degree .
Here's some info for you !
4 comments
hakak yang tengok gambar2 hampa ni kembang kakiiii oit..
ReplyDeletebagusnyaa la berani hehehe..
kikiki. mula2 pijak berpeluh sampai betis kak. lepas tu nak melompat pon dah ok dah .
Deletenice..tapi ai gayat..hahah takott..
ReplyDeletegayaat sikit awal2 nanti dah biasa rasa mcm dah okay dah. hehehe
Delete