Followers

KURSUS PRAPERKAHWINAN SECARA ONLINE DI SELANGOR


Kalau dulu kena hadirkan diri selama dua hari ke Pejabat Agama untuk hadiri kursus praperkahwinan, sekarang ambik peluang musim PKPP ni untuk selesaikan kursus praperkahwinan secara online, mudah cepat dan jimat. Kursus ni cuba perlu bayar RM50 dan setengah hari untuk baca semua modul yang diberi dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Murah kan? jimat dah kat situ. Yang penting mudah dan cepat. Seminggu je dah boleh ambil sijil dekat pejabat agama daerah yang didaftar kan. Kami ambil dekat pejabat agama Petaling Jaya.

Tapi kursus ni dah diambil bulan lepas dan baru update bulan ni, nampak tak seorang aswalela ni sentiasa busy sampai tak ada masa nak update blog. Niat nya nak bagi step by step untuk daftar kursus praperkahwinan dekat sini, tapi malangnya... 


Tak pasti sama ada tawaran praperkahwinan secara online ni masih ada ataupun tak. Nasib baik hari tu sempat buat dan dah selamat dapat sijil. Selesai satu perkara, banyak lagi perkara-perkara lain bakal menyusul. 


Dalam proses ni, banyak bantuan dari bakal suami la, semua dia settle kan dari isi google forms, bincang dengan pihak penganjur untuk tukar tarikh sebab sabtu aku kerja, so kena buat next sabtu. Dan sampai ambil sijil pun dia wakilkan sebab aku kerja lagi sabtu sebab alternate. 

Tapi lepas ambil sijil sempat buat ayat "saya sorang je pergi ambil sijil sorang2, yang lain semua ambil dengan pasangan masing-masing. Siap ada yang pandang semacam sebab datang sorang" Sorry ya bakal suami, semua benda kena buatkan untuk saya. Terima kasih kerana memahami bakal isteri awak yang sentiasa sibuk memanjang sampai semua benda tak sempat nak buat.  

I'm so lucky to have him. Thanks a lot future husband. In shaa Allah. 


And yeyyyyyyy dah dapat dah sijil nikah,Alhamdulillah dah boleh nikah dahhhh. eh belum2. Banyak lagi step we need to go through together. 

Semoga urusan-urusan lain juga berjalan lancar, jauh lagi jodoh tu nak sampai tapi dalam masa menunggu saat tu, perlahan-lahan uruskan mana yang boleh dulu, nanti tak ada lah kelam kabut sangat. 

Doakan jodoh kami panjang hingga ke jenjang pelamin dan ke syurga ya. Ameen. 

0 comments