Followers

TIPS MASUK UniMAP (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS)

Assalamualaikum.


Tips Masuk UniMAP (Universiti Malaysia Perlis) | Bunyi macam lawak, tapi kalau aku mula mula nak masuk universiti pun, aku gigih mencari jugak tip-tip nak masuk universiti ni. Hidup universiti ni berbeza kan dengan hidup di sekolah dan matrikulasi. Apa lagi nak tahu macam mana keadaan di universiti yang kita bakal daftar dan belajar.

Sebelum tu, tahniah kepada blogger syira sophie sebab dapat tawaran ke Universiti Malaysia Perlis. Boleh lah nanti lepak lepak dengan blogger Syira Sophie ni. Post entry ni pun sebab soalan soalan yang diajukan Syira Sophie ni, Terasa macam perlu je nak buat entry macam ni. Mudah sikit adik adik lain nak buat rujukan sebelum masuk universiti nanti. Ok, jom kite tengok soalan yang mungkin sama dengan soalan awak awak semua.

UniMAP ni kampus memang berterabur ke (soalan famous) ?

Yep, berterabur, ada di sseluruh daerah di Perlis. Di Padang Besar untuk Kejuruteraan Teknologi, di Wang Ulu, di Kuala Perlis, di Pauh Putra, di Kangar dan di Simpang Empat. Bergantung kepada kos yang awak dapat, Penginapan di bahagi mengikut kos masing masing.

Penginapan di UniMAP macam mana ?

Penginapan sangat selesa, kerana kami menginap di rumah yang berpenghuni seramai 8 orang (rata rata), 3 buah bilik. Asrama cuma di Pauh Putra tetapi cuma 2 blok dan yang lain rumah by rumah. Semua pelajar tinggal di penginapan yang UniMAP sediakan, tak perlu keluar cari rumah sewa sendiri selama 4 tahun belajar. Untung kan?

Medical Check up macam mana ?

Untuk pendaftaran memang ada borang untuk medical check up tetapi tidak perlu buat di klinik sendiri. Sebab di UniMAP memang ada sediakan slot untuk medical check up, X-tray pun ada di UniMAP, tak perlu bayar sesen pun untuk X-tray dan medical check up. Sebab dalam yuran dah ada sekali medical check up, kalau buat sendiri dekat klinik luar, free free ja la ampa bayar dalam yuran tu.

Yuran boleh bayar separuh dulu tak ?

Boleh, bayar separuh pun boleh, nanti dah masuk duit PTPTN bayar la lagi separuh tu. Tak bayar langsung pun tak apa, cuma lepas dapat PTPTN tu terus bayar la, jangan joli dulu dengan duit tu, nanti tak cukup duit matey. Bayar terus kalau dah masuk PTPTN nanti.

Macam mana nak uruskan PTPTN ? 

PTPTN memang ada slot disediakan untuk pelajar uruskan PTPTN nanti, jadi jangan bimbang. Settle dalam online ja, Sediakan setem hasil ja siap siap 2 keping, nanti susah nak keluar beli pulak. Nak print borang pun boleh dekat universiti. Ada kedai photostat.

PTPTN guna Bank Muamalat je ke?

Yep, Muamalat bank official untuk UniMAP, ATM dekat UniMAP pun ada muamalat dan jangan risau, bank muamalat ada di Kangar.

Apa yang perlu bawa ketika hari pendaftaran ?

Bawak je apa yang ada diberitahu dalam borang, tu sahaja. Susun siap siap apa yang ditulis dalam borang, senang nanti tak kelam kabut nak cari. Bawa gambar passport sekali. Bawak la 3 4 keping pun. Prepare ja takut takut dia mintak.

Nak pakai apa semasa hari pendaftaran?

Pakai baju  formal. Tahu kan formal tu macam mana ? yang penting kasut tu kena bertutup, jangan pakai sliper atau sandal.

Yang lain tu hampa akan tahu semasa orentasi nanti. Kalau nak cakap semua kat sini tak suprise la nanti. Sabar je la, nanti awak tahu la sendiri. Cuma lalui dengan tenang dan gembira. Stay Happy dan selamat belajar ya semua. Selamt menempuhi alam universiti. Nanti cari la kite kat UniMAP eh. hehehe.



10 comments

  1. Anonymous23 August

    Huhuhu. Kak lela dri smsd eh ? Kalau silap , sorry . Nk tnye psal ptptn yg online , yg bhgian no akaun bank muamalat tu nak isi gane sebab pihak bank kabo suh buat dkt u ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kak lela smsd. Bdk smsd ke ni ? Kekgi dekat u ad ye settlekan pasal borang semua. Sekali dgn lampiran tu. Mngkin buat masa tu kot. Tak tahu menjawab soalan x ni. Wasep akak kat no ni kalau nk tnye npe2. 0194295733

      Delete
  2. assalamualaikum kak lela, sye dpt diploma in mechatronics kat unimap. 28/5 ni intake. sye nk tau camne enviroment kat sna? as in the internet, friendliness, management, asrama and overall?

    ReplyDelete
    Replies
    1. internet sini okay ja. tapi as u know mmg youtube semua yang terlarang tu tak boleh lah. asrama ok, ada cakap deka atas. management. tak ada management yg perfect, ok ok ja laa. and overall ok jaa. adik rasai sendiri nanti macam mana. makan kat sini ok, bnyk je kedai mkn kat bawah blok.

      Delete
  3. nak tanya unimap dia ni bila ye ada intake dia sendiri ? daftar pkai upu satgi takut x dapat pulak dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai dear, unimap xde intake sendiri dear. isi ja upu letak first choice. jamin boleh dapat punya. cuba la dulu. rezeki tu selalu ad

      Delete
  4. Anonymous23 May

    Nak tanya..masa hari pendaftaran tu dia sambung sekali dengan orientasi ke?ataupun kita boleh balik lepas pendaftaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak balik dah. lpas daftar terus sambung orentasi dan masuk kuliah.

      Delete
  5. Anonymous02 February

    Kak dh graduate ke... Saya bru sem 2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awk. belum lagi. tengah intern skrg ni

      Delete