Cara Buat Kek Coklat Layer Puding Caramel Paling Senang | Assalamualaikum. Sementara cuti sem masih berbaki lebih kurang dua minggu lagi ni, eloklah kite perasap kan dapur sepuasnya supaya nanti dekat uni tak ada lah craving nak masak ke apa kan. Kek coklat paling senang nak buat dan bahan bahan pun ada dekat rumah ja, tak perlu nak kena beli tepung itu ini, cheese itu ini. Puding caramel pun paling senang sedap sebab tak muak sangat kalau makan sebab pakai roti. Kalau pakai semuanya telur, memang agak cepat muak kan.
Kat sini aku nak kongsi sikit Cara Buat Kek Coklat Layer Puding Caramel ni. Tak payah pakai peutar kek sebab aku guna blender ja. Siap ! Blender jangan pakai lepas blend cili pulak. Kan nanti jadi kek coklat spicy pulak. Tips kalau blender tu tak berapa yakin dengan bau bawang atau rasa cili, blend tepung gandum dengan air supaya dia dapat bersihkan bau dan rasa pada badan blender tu. Taka da lah jadi kek coklat spicy nanti. Ok sediakan bahan macam dibawah ni.
Bahan untuk pudding caramel
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu besar air biasa
- 4 keping roti gardenia
- 4 biji telur grade b. Kalau grade A pakai 3 biji
- ¾ cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 sudu the esen vanilla.
Bahan untuk kek coklat
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 cawan serbuk koko
- 1 ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan susu pekat
- ½ cawan susu cair
- Sedikit soda bikarbonat
Cara dia, buat puding caramel dulu baru buat kek coklat. Kukus pudding caramel dulu, baru layerkan dengan kek coklat.
Cara cara buat pudding caramel.
- Panas kan pengukus.
- Panas kan 3 sudu gula sampai betul betul cair dan sekata. Masukkan 1 sudu air. Hati hati jangan terkejut, dia memang menggelegak lain macam nanti. Cepat cepat masukkan gula tadi dalam Loyang kek. Letak tepid ulu yang ni. Biarkan sejuk.
- Campur semua bahan pudding caramel- roti gardenia(carikkan), telur, susu pekat, susu cair, dan esen vanilla ke dalam blender.
- Blend semua bahan sampai betul betul hancur. Lama sikit pun tak apa.
- Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam Loyang dan kukus selama 40 minit.
Cara buat kek coklat.
- Lepas dah kukus pudding caramel. Buat adunan untuk kek coklat pula.
- Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan blend sehingga gula dan telur sebati (Pakai gula castor, kalau tak, blend kering dulu gula, baru senang nak sebati)
- Masukkan serbuk koko, susu pekat dan susu cair ke dalam blender tadi, blend bagi rata.
- Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam blender dan blend lagi. Nak blend sekali gus pun boleh, Cuma takut tak rata ja. Adunan jangan terlampau cair. Kalau cair sangat tambah tepung gandum sikit. Biar lebih pekat berbanding pudding caramel tadi.
- Dah masak pudding caramel, Buka penutup pengukus supaya pudding caramel menurun dna mampat kebawah Loyang, tuang adunan kek coklat tadi ke atas pudding caramel yang dah masak tu. Kukus lagi selama 40 minit.
- Cucuk kek coklat dengan garfu untuk tahu masak ke tidak kek tersebut. Kalau tak melekat pada garfu, masak lah tu.
Yeyyy ! dah siap, senang je kan? Bukan susah pun. Rajin atau malas je nak buat ni. Sedap pun sedap. Kek coklat yang moist lembab lembab dengan manis manis pudding caramel. Boleh buat hidangan makan petang ataupun pencuci mulut. Gambar aku tak ada la lawa sangat, tapi boleh membantu korang nak imagine macam mana kek coklat layer pudding caramel ni kan. Dan kek aku buat tak sama banyak sebab pakai dua Loyang, tak cukup banyak pudding caramel tu, jadi tak balance antara kek coklat dan pudding caramel. Kalau dapat buat balance mesti lawa ni. Next time pulak buat balance. In shaa Allah.
6 comments
sedapnya leyla... :)
ReplyDeletekak ana, kek tu sedap. lela tak sedap. jgn mkn lela
Deletekak ana, kek tu sedap. lela tak sedap. jgn mkn lela
Deletesalam kenal..
ReplyDeleteteganu katne? meh2 berkenalan..
jgn lupe pos kek coklat utk kak skit.. haha
saye setiu. akak mane ? jage makmal skoloh mne ?
Deletemohon pos ke sni sket..
ReplyDelete