Dalam banyak banyak hal, hal ni la yang plaing buat aku cepat naik angin, masa dan janji. Bukan nya jenis tak boleh sabar tapi memnag cepat je naik angin kalau 2 benda ni tak ditepati. Aku rasa ramai je yang jenis tak suka orang tak tepati masa dan janji ni dan ramai jugak yang ambil mudah dengan 2 perkara ni. Mungkin dah terbiasa dengan ayat "alah, biasa la, janji melayu" Ampa la salah seorang yang jatuhkan martabat melayu dengan kekal kan ayat 'janji melayu' tu.
Kalau nak cakap sabar aku ni senipis kulit bawang, kalau order makanan sampai lambat tak pernah lagi aku nak marah marah dan maki orang kedai tu walaupun aku tengah puasa dan nak berbuka puasa time tu. Sebab aku paham lah nak masak masak ni bukan nya cepat. Nak masak untuk ramai orang lagi walaupun memang kedai tu tak ada orang. Aku boleh sabar je. Tapi kalau bab tak tunai janji dan masa ni memang cepat je angin aku naik. Nak kata ccepat naik sampai nak tunggu 5 minit dah nak marah tu tak la, ni sampai 2 3 jam aku tunggu siapa yang tak panas kan. Dah siap pakai tudung bagai, tunggu tak sampai sampai. Aku pernah tunggu kawan dari pukul 7 petang sampai pukul 11 malam taw baru sampai. Apa yang korang rasa kalau macam ni?
Bab janji pulak.dah janji macam macam nak keluar sekian sekian kan, kalau tak jadi ke, ada hal ke, bagi la tahu cancel, pastu plan la nak keluar pulak bila, paling tidak bagitau la macam mana nak settle benda ni. Jangan nak main lepas tangan dan biar kawan tu tercongok tunggu macam orang tak ada kerja pulak. Kesian la kat dia.
Huih, entry ni nampak macam marah sangat ke eh? garang pulak aku hari ni. Bukan nak marah pun sebenarnya. Cuma minta ampa semua jadi orang bertanggungjawab sikit dengan masa dan janji. Ni antara ampa dengan orang lain. Bukan ampa dengan diri ampa ja. Pikir masa orang lain jugak. Masa ni penting taw, tak tahu la kalau tak penting pun bagi ampa. Aku susah nak marah, tapi kalau bab ni aku cepat je naik angin. hehehe. Mungkin sebab ni aku memang tak layak bercinta lagi. Kalau bercinta kau tak tahu berapa lama aku kena kunyah hati sendiri nak marah punya pasal. Hehehe 'over no'.
1 comments
aik...kenapa ada loghat utara sikit ni hahaha
ReplyDelete